"Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab"
-Cinta kerana Allah, Pahrol Mohamad Juoi
-Cinta kerana Allah, Pahrol Mohamad Juoi
Saat kita mencintai belahan jiwa, kita merasa perlu untuk memberi, sebagai bukti kasih dan cinta kita pada dia. Saat dirasakan pemberian itu terlalu banyak, kita merasakan perlu menerima bukti daripada si dia juga. Sedangkan salah satu pembuktian cinta adalah dengan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas. Bahkan, tanggungjawab itu mampu mengukuhkan cinta antara dua jiwa. Tika dua jiwa memahami tanggungjawab dan memenuhinya dengan penuh rasa cinta, tiada lagi rasa kita memberi berlebihan tanpa mendapat balasan.
Seperti mana kita mendakwa kita mencintai
kekasih hati kita, begitu juga dakwaan kita tentang cinta kita kepada
Allah dan rasul-Nya. Cinta itu hadir dengan pembuktian dalam menjalankan
tanggungjawab kita kepada-Nya. Tanggungjawab yang ada dalam
garis-panduan dan rujukan kita, Al-Qur'an dan Sunnah. Bagaimana mungkin
kita bakal merasai manisnya cinta-Nya andai kita gagal memberi sedikit
daripada permintaan-Nya. Sedangkan Dia telah memberi banyak sekali
rahmah dan nikmat. Bukankah Allah itu maha pengasih dan maha
penyayang.Cinta itu ertinya saling memberi. Allah telah mengurniakan
kita segala keperluan dan kehendak kita. Malahan, Allah memberi apa yang
terbaik buat kita. Tetapi, adakah kita telah memberi apa yang terbaik
daripada kita?