life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Thursday, December 9, 2010

Singapura~


27/06/2010:

Setelah hampir seminggu program MISI selesai, seperti yang telah dirancang, Jaulah ke Singapura bermula. Kami diminta berkumpul untuk berkumpul di Pusat Komuniti JIM (PKJ), Melawati dalam pukul 9.00 malam. Memandangkan peserta Jaulah ini merupakan peserta MISI yang kebanyakannya datang dari negeri yang berbezabeza seperti, kedah, Terengganu dan Johor. Bukan semua peserta MISI mengikuti Jaulah ini memandangkan jadual semester masing-masing yang berbeza.



Taklimat program bermula pada pukul 11.30 malam, selepas semua peserta jaulah berkumpul. Taklimat ini disampaikan oleh Akhi Abdullah Omar@AO yang menerangkan tentang jadual perjalanan dan prosedur untuk bergerak ke Singapura. Selesai Taklimat, kami diberi masa untuk mengisi dokumen yyang diperlukan sepanjang perjalanan memandangkan kebanyakan daripada kami menggunakan dokumen perjalanan berkumpulan.

28/06/2010:

Tepat pukul 12.30 pagi, kami mula bertolak dari PKJ menaiki kenderaan yang telah ditetapkan semasa taklimat. Dari PKJ bergerak ke Johor untuk mengambil 3 orang lagi peserta yang menunggu kehadiran kami di Johor. Sampai di Johor, kami menunaikan solat subuh di Masjid Jamek.

Perjalanan diteruskan sehingga sampai di imegrasen. Pelbagai cabaran dan ujian semasa melalui imegresen. Tiada sebarang masalah berlaku di Malaysia sehinggalah kami sampai di imegresen Singapura. Setibanya di Singapura, salah satu daripada kereta yang dinaiki terpaksa dihantar pulang ke Malaysia kerana cukai kereta sudah tamat tempoh.

askar, jumpe dlm perjalanan ke tmpt penginapan

1st perhentian, tunggu org singapura




Peserta yang menggunakan dokumen perjalanan individu terpaksa menghantar kereta dan datang kembali memandangkan kami yang menggunakan dokumen perjalanan berkumpulan tidak boleh sama sekali berpisah, jika tidak, kami tidak dapat memasuki Singapura.

Masalah lain timbul di mana, salah satu dokumen perjalanan berkumpulan kami ditahan atas sebab masalah teknikal dari pihak imegresen Singapura. Namun, Alhamdulillah, segalanya selesai tanpa timbul lebih banyak isu.

Perjalanan diteruskan dan kami sampai ke Masjid Siglap dalam pukul 12 tengah hari. Masjid ini merupakan tempat tinggal kami sepanjang 3 hari 2 malam di Singapura. Kami diberi masa untuk berehat dan membersihkan diri sebelum bergerak ke acara yang seterusnya.




Pukul 4.30 petang kami bergerak ke Masjid Al-Kaft kg Melayu. Pukul 5 petang kami tiba ke destinasi kami dan di arak ke dewan serba guna Masjid Al-Kaft Kg Melayu. Di sini kami mendapat penerangan tentang bagaimana kebanyakan Masjid di Singapura beroperasi. Penerangan ini diberikan oleh Hj MOhd Ridwan sebagai ketua Unit Pendidikan.




Masjid di Singapura berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pembangunan belia, social dan masyarakat, pendidikan dan dakwah. Menurut Hj Ridwan, Masjid Al-Kaft ini menyediakan aktiviti sukan seperti boxing, badminton, dan silat sebagai salah satu acara untuk menarik remaja-remaja Islam menyertai dan mengimarahkan masjid. Apa yang menariknya, aktiviti seperti boxing, bukan sahaja mampu menarik masyarakat Islam malah masjid Al-Kaft turut menerima pelajar bukan Islam untuk turut serta menyertai aktiviti ini. Setiap kali sebelum aktiviti dijalankan, tenaga pengajar dan penganjur akan menyelitkan sesi motivasi dan peringatan kepada remaja-remaja Singapura.

Kedua-dua masjid yang kami jejaki sangat bersih dan cantik. Dana yang dikutip ialah daripada penduduk sekitar dan setiap kali kutipan, masjid ini dapat mengutip lebih dari ribuan dolar Singapura. Melalui dana inilah mereka dapat membuat pelbagai aktiviti.

Malam ini kami berpeluang berjumpa dengan wakil Tertiary Muslim Student Network (TMSN). Mereka merupakan pelajar-pelajar di peringkat universiti dan TMSN merupakan satu rangkaian yang menghubungkan semua muslim di peringkat universiti di seluruh Singapura.

Dan juga sedikit sebanyak kisah sejarah Singapura:
1950-60 an: Politik Singapura lebih kurang keadaannya dengan politik di Malaysia.
1961: 170 kali berlaku tunjuk perasaan+mogok
Tahun 70-an: Survival; Kerajaan berwaspada terhadap setiap pergerakan yang boleh merosakkan keamanan
Pergerakan Islam+Kristian mula masuk ke Timur; buku-buku seperti Hassan Al-Banna, Syed Qutb diharamkan kerana dikhuatiri mengganggu keamanan. Begitu juga dengan pergerakan agama lain.
1978: Kerajaan Singapura di bawah Lee Kwan Yew membuat pelbagai cara untuk menghapuskan isu-isu perkauman yang boleh mencetuskan mogok dan tunjuk perasaan.
Tiada lagi tunjuk perasaan+mogok
Tahun 80-an: Agriculture; Singapura mula maju. Banyak perubahan telah berlaku
Pergerakan dakwah, ‘Amar Ma’ruf terpaksa dijalankan secara rahsia
Tahun 90-an: Industri; Kerajaan Singapura menjemput pelbagai pihak untuk melabur di Singapura
Sekarang: perubahan budaya; yang merupakan bahaya pada masa akan datang = Liberalisme.

Kalau dulu, sebarang bantahan akan membawa kepada hukuman penjara. Kini, atas nama kemanusiaan, atas nama membantu masyarakat; sebarang aktiviti yang boleh menaikkan ekonomi dibenarkan. Contohnya; dulu tidak dibenarkan langsung sebarang aktiviti perjudian di Singapura, namun sekarang sebuah casino di bina atas dasar dapat memberi pendapatan tambahan kepada rakyat Singapura.

29/06/2010:

Hari ini kami bergerak ke salah sebuah universiti di Singapura; University Nanyang. Kami melawat sekitar kawasan university. Di Singapura, mereka menggelarnya Tertiary School. Setiap bidang akan dipanggil dengan nama sekolah. Kami juga berkenalan dengan satu-satunya persatuan Muslim yang banyak membantu pembangunan sahsiah muslim Singapura.

Pada sebelah malamnya pula, kami mendapat pengisian daripada tuan rumah, untuk berkongsi cerita tentang penduduk Islam di Singapura. Sekali imbas, tuan rumah memberitahu, hakikatnya masyarakat Islam di Singapura sangat menyedihkan. Mereka tidak mendapat pendidikan tentang Islam yang lebih sempurna. Tiada pelajaran Agama Islam disediakan di sekolah-sekolah sekular, seperti Malaysia.

Dalam banyak-banyak persatuan di Singapura, kebanyakan persatuan di dominasi oleh Kristian. Persatuan-persatuan ini akan mendapat bantuan keawangan daripada pihak kerajaan dengan menyediakan aktiviti-aktiviti yang membangunkan motivasi dan peribadi individu.

30/06/2010:


Hari terakhir di Singapura kami melawat Kampung Melayu dan muzium Melayu. Kami bersarapan di Singapore Zam Zam, yang terkenal dengan Murtabaknya. Selepas selesai bersarapan, kami bergerak ke Masjid Sultan yang terletak di Kampong Gelam. Masjid Sultan di bina pada tahun 1824 oleh Sultan Hussein. Masjid ini telah berbakti kepada masyarakat muslim di Singapura selama hampir 100 tahun. Keistimewaan Masjid Sultan ini terletak pada leher diantara kubah dan tapak, dimana terdapat ribuan botol minuman yang telah di sumbangkan oleh masyarakat muslim miskin yang mahu memberi bakti kepada pembinaan masjid Sultan ini.


Dari Masjid Sultan, kami melawat muzium Istana Melayu @ Malay Heritage Centre, juga dikenali sebagai Istana Kampong Gelam. Di sini kami hanya memasuki muzium galeri I & L kerana tiada bayaran dikenakan. Di dalam muzium ini, kami didedahkan dengan kesenian dan kebudayaan masyarakat melayu yang tinggal di Singapura sejak berzaman.

Selesai melawat, kami dibenarkan untuk mengunjungi kedai-kedai berhampiran untuk membeli hadiah dan cenderahati. ^__^

Selepas selesai solat zuhur, kami bersiap sedia untuk pulang ke tanah air.