life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Saturday, November 27, 2010

Throwaway Daughter

By:Ting-Xing Ye with William Bell

Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk saya terus membaca kerana masih di kurniakan dua mata yang masih lagi dapat melihat.

Ini merupakan buku ke-enam saya nukilkan di dalam belog yang saya sayangi. Bukan bermakna saya baru membaca enam buah buku sepanjang 21tahun saya hidup. Tapi buku-buku ini merupakan buku yang terpilih kerana isinya yang menarik dan memberi manafaat secara langsung mahupun tidak langsung.

Dan setakat ini, sumber buku yang saya baca diperoleh daripada perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Terima kasih kerana memberi saya peluang meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa inggeris saya.
 ******
Cerita ini berkisar pada zaman China mengalami revolusi demi revolusi. Dalam mengurangkan populasi negaranya yang semakin menigkat dan menyebabkan populasi negara China yang tinggi melebihi kadar keupayaan negara. Bermulalah era setiap keluarga hanya boleh memiliki seorang anak dan jika didapati sebuah keluarga mempunyai lebih dari satu anak, keluarga itu akan dikenakan denda dan sara hidup anak yang kedua dan seterusnya adalah lebih tinggi.

Masyarakat china sangat mementingkan anak lelaki melebihi anak perempuan. Apabila polisi kerajaan yang membenarkan seorang anak setiap keluarga, maka ramailah bayi perempuan yang dibuang gara-gara bapa mentua mahukan anak lelaki yang dapat mewarisi nama keluarga mereka. Malah, mereka merasakan anak perempuan adalah bebanan dan tidak membawa sebarang keuntungan.

Cerita ini menceritakan tentang seorang anak perempuan cina yang menjadi anak angkat kepada pasangan suami isteri Canada. Dong Mei hidup bahagia bersama pasangan suami isteri ini dan mempunyai seorang kakak. Suami isteri ini sentiasa mengingatkan Dong Mei akan usulnya untuk Dong Mei tidak melupakan ibunya, Chun Mei yang melairkannya.

Bagi Dong Mei, mengapa dia perlu mencari ibunya yang telah membuangnya di rumah anak-anak yatim? Namun, semakin Dong Mei membesar, semakin kuat rasa untuk mencari identitinya yang sebenarnya. Bermulalah pengembaraannya ke negeri kelahirannya, mencari ibunya dan terbongkarlah segala kisah yang berlaku sehinggakan Dong Mei terdampar di rumah anak yatim.
*****
Kisah ini mengingatkan saya kepada tazkirah yang diberikan oleh adinda Ahmad Muqsit di petang Raya Haji. Ketaatan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan membawa kepada ketaqwaan. Sekiranya kita ambil dari sudut pandangan Islam, seorang ibu berusaha keras daripada anaknya ditaman hidup-hidup lantaran daripada tradisi dan polisi yang telah digariskan oleh masyarakat. Hasil daripada tindakan ini, hampir-hampir menyebabkan si ibu menjadi gila. Kasih ibu tiada tara. Pengorbanan si ibu berpisah dengan si anak demi melihat kelangsungan kehidupan si anak dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada anaknya. Akhirnya menjadikan anak itu seorang yang berjaya.

Jika kita lihat dalam zaman sekarang, pembuangan anak yang berleluasa seakan kita kembali kepada zaman jahiliyyah sebelum ajaran Islam tersebar. Ini bukanlah pengorbanan sebenar. Lihat kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail. Semenjak kecil, Nabi Ismail ditinggalkan bersama ibunya Hajar. Nabi Ismail membesar menjadi seorang anak yang taat. Taat sang anak kepada ayah, namun ketaatannya kepada Sang Pencipta melebihi taatnya kepada sang Ayah. Sehingga mendapat perintah untuk menyembelih Nabi Ismail, pun Nabi Ismail rela menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Allah buat ayahnya Nabi Ibrahim. Ketaatan memang memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan membawa kepada ketaqwaan

wallahu'alam =)

Thursday, November 25, 2010

The Earth Throw Tantrum

One day i woke up from my deep sleep. I could not recall what i have dreamed of. But, unconsciously my brain start thinking and thinking. Why all these kind of natural disaster happening more often than before? Maybe i had a dream that related to this matter that made my brain crack and thought all the morning bout this. That's made me write this post. Its all dedicated to my beloved EARTH.
************************


I have been created long time ago. By my Lord, the Most Gracious and Most Merciful. I have been living and watching one by one creature living inside me. from the biggest creature HE ever created and placed it inside me, into the smallest one. From the time i'm still healthy and strong until now, i'm weak and could no longer bear anymore corruption.

Everyday and every moment, i could felt something was changing inside me. Sometimes, i cried, sometimes i feel angry, sometimes i just feel sad, and i also feel happy. But when people reside inside me. The changing become more drastic and dramatics. Sometimes i felt the panicked inside me overflowing and affect them too. Then the people would grief and cried and saying something cruel to me. Some other people are concern about me too. Oh, i'm really glad about that. But, they are too little and their voice rarely reach the higher authority.

Since long before, when people do something outside the Law of Allah, i will throw them away! I hate people that did not follow the Lord's rule and regulation. But ofcourse, my power is limited. I only can do things i want so long as my Lord gives the permission. So, there still people that do bad things living and walking inside me.

Remember, the story of Prophet Lut a.s? When his people refuse to back to the nature and insisting on having their own way of living. I throw them deep inside me! As usual, i got the permission to do so. Its my Lord order, so i did.

Since before, the war is always happen inside me, the war over the power, to dominate the world and just to show they are great. I could not bear it all, that some of my soil would not work properly. No plants can grow for such a long time.



And then, the era of development came. People tried to create more building, cut more trees and leave me without any care. Did they forgot that if there is no tree, how could i keep waters from evaporating? How the dirt would stay still?
So everything happen now, the Tsunami, landslide, earthquake, and volcano . All happen so that i could remind them to take good care of me and remind them the responsibilities they hold. As the servant of Allah as well as the khalifah in the earth.



Some people might say; this is the sign of the Day of Judgment is getting closer. Maybe its true in one way, but they should even be more careful in their action and abide Lord's rule. But the things that i could see only more and more corruption towards me as well as their own behavior.

I tried to show all kind of sign that they should behave now before its too late. Before i might explode and gone, and everyone inside me would gone too. For i'm now is too weak and too old to hold anymore brutality than i had.


O people please save me!Do your responsibilities!

sincerely yours,
Mr. earth

Sunday, November 21, 2010

=D

The wise Monk Scoops white Jade
=
"Do as you please"
^^

-Yozakura Quartet-

Saturday, November 20, 2010

The Scholars

In our lives
We walk different path.
Generals, statesmen,
saints, even the Immortals,
Start out as ordinary people
Dynasties rise and fall,
Morning fades to evening.
Winds off the river
blow down trees
from former reigns.
Fame, wealth and rank
vanish away.
So do no crave these things,
Wasting your days.
Drink up and be merry!
Who can tell
where the waters carry blossoms
cast upon them?
-from the Throwaway Daughter book-

Thursday, November 18, 2010

Pollyanna Grows Up

 
Mr. Google Pic

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengupdate blog. Sebenarnya, buku kali ini sudah habis dibaca sebulan lebih daripada tarikh entry ini ditulis. Sudah lama post ini dibiarkan menjadi draft.

Ingat lagi pada cerita Pollyanna dan The Glad Game? Ini merupakan cerita sambungan dari cerita Pollyanna. Di pengakhiran buku Pollyanna yang ditulis oleh, Eleanor Hodgman Porter; Pollyanna menjalani terapi untuk kakinya yang patah kerana kemalangan kereta. Mak saudaranya berkahwin dengan doktor yang merawat penduduk-penduduk di kawasan kediaman Pollyanna. 

Dalam buku kedua ini, menceritakan tentang, bagaimana mak saudaranya bimbang akan pembangunan sahsiah Pollyanna memandangkan dia masih belum sedar apa yang telah dilakukanya. The Glad Game yang sering dimainkan oleh Pollyanna merubah hampir semua kehidupan penduduk kawasan itu. Mereka berjaya untuk hidup dengan lebih positif dan menghargai kehidupan yang mereka lalui. 

Mak Saudara Pollyanna bimbang bila Pollyanna sedar akan keistimewaan yang dia ada akan menyebabkan anak saudaranya ini menjadi sombong dan mempunyai sifat-sifat yang tidak bagus. Setelah berbincang dengan suaminya dengan tindakan yang patut mereka ambil, dengan pula tawaran daripada jururawat yang merawat Pollyanna dari bandar lain meminta untuk Pollyanna menemani Mrs. Carew, kakak jururawat yang merawatnya dengan harapan The Glad Game yang sering dimainkan oleh Pollyanna mampu mengubah kehidupan Mrs. Carew. Akhirnya mak saudara Pollyanna membenarkannya untuk pergi ke bandar besar tempat kediaman Mrs. Carew.

Bermulalah kehidupan Pollyanna di tempat yang sangat asing, dia yang suka untuk berjalan-jalan pada mulanya tidak dibenarkan keluar daripada halaman rumah Mrs. Carew kerana di khuatiri akan di culik atau sesat. Namun setelah Pollyanna berjanji untuk tidak ke tempat lain melainkan taman yang berhampiran dengan rumah yang didiaminya, mereka membenarkannya untuk pergi. Di taman itu, Pollyanna bertemu dengan dua orang rakan, seorang gadis yang kelihatan hampir berputus asa dengan kehidupan dan juga seorang budak lelaki yang kelihatan hampir sebaya dengannya. Kehidupan dua orang ini berubah hanya dengan mendengar celoteh Pollyanna memandangkan dia sangat suka bercerita.

Pollyanna akhirnya kembali pulang ke kampung halamannya selepas perubahan Mrs. Carew daripada seorang yang sangat kelam dan suka bersendiri kepada seorang yang periang dan mula mengambil berat terhadap kerja-kerja yang telah dibiarkkan sekian lama.

Pollyanna, mak saudara dan suaminya berpindah ke luar negara kerana suami mak saudaranya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di sana. Di sana berlaku tragedi yang menyayat hati. Suami mak saudaranya meninggal dunia dan mereka terpaksa pulang ke kampung halaman kerana duit simpanan mereka tidak memcukupi untuk menampung kehidupan di sana. Pulanngnya mereka, Pollyanna sudah meningkat dewasa.
Sepulangan mereka, mak saudara Pollyanna menjadi seorang yang pesimis dan prejudis. Pollyanna menjadi susah hati dengan perubahan mak saudaranya, walaupun dia cuba untuk bermain permainan yang selalu dimainkannya. Kesabaran dan kesungguhan Pollyanna untuk melihat mak saudaranya kembali gembira membuahkan hasilnya. Akhirnya mak saudaranya akur untuk cuba sekali lagi bermain permainan Pollyanna itu.

Dalam buku ini juga diceritakan bagaimana perasaan Jimmy kawan Pollyanna sejak kecil dan budak lelaki yang ditemuinya di taman dahulu(Jamie). Jimmy yang menyimpan perasaan kepada Pollyanna berhasrat untuk menyuntingnya, namun disebabkan mak saudara Pollyanna mahukan seorang yang mempunyai latar belakang yang jelas, menolak Jimmy kerana dia merupakan anak yang kehilangan ibu dan bapa dan tidak diketahui siapakah mereka.

Bermulalah bab mencari identiti Jimmy yang sebenarnya sehingga menemukan Jimmy dengan Mrs. Carew, yang merupakan emak saudara Jimmy dan cerita disebalik mengapa Jimmy boleh menjadi anak yatim-piatu.

Menarik bukan kisah ini? Untuk tahu lebih lanjut dan lebih jelas, jom baca buku ini!
Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari cerita ini. Setiap orang akan menghadapi masa susah yang sangat susah sehingga kita terasa akan susahnya untuk bangkit semula menjalani sebuah kehidupan.

Tapi, kita seharusnya sedar akan orang-orang disekeliling kita yang menyayangi kita dan mengambil berat tentang kita. Yang tidak kisah akan latar belakang dan kekurang-upayaan yang kita ada sama ada secara fizikal, emosi mahupun mental. Yang menerima kita seadanya kerana kita merupakan salah satu penyeri hidup mereka hanya dengan berada dekat dengan mereka, dan juga menjadi penyokong kita bila kita kesusahan.

Monday, November 15, 2010

Recce

Semalam, (since sekarang sudah 15 Nov..hehe) aku g survey tempat untuk kem bulan 31/12-2/1 nanti bersama lagi tiga orang committee . Jadi drebar je. Tapi ini pengalaman baru untuk aku, drive dari pergi sampai balik. Dari UIA, bergerak ke Bukit Cerakah, Shah Alam. Ikut kereta brothers kat depan. Depa bawak keta lalu pusing-pusing. haish..dah la pinjam keta orang.

FYI, kete yang aku bawak ni kete saga lama. Aku mana penah bawak kete len selain kete kancil. hee, so agak nervous la nak bawak kete pinjam ni. Sampai kat Bukit Cerakah, sama-samalah survey tempat. Seyezly, Cerakah tak best! Sungai(kalo bley kata sungailah) die pun dah kering. Patu banyak monyet pulak tu. Dua kali dah camping kat Cerakah.

Then, lepas pusing round tengok tapak Khemah, since chalet dah penuh kena book, kiteorang pun balik nak g survey ulu yam pulak. Before that, kiteorang g cari tempat nak solat, aku yg drive ni, follow je kete brothers tu g mane. Last2 derang bawak g UIA PJ, nostalgiknya...haha..lama dan berkurun dah tak g uia pj, time ni uia pj ada festival. RAFEST, Raudhah Festival. sekejap je duk sini, then terus ke destinasi yg seterusnya.

Dalam perjalanan pegi ke ulu yam, hujan turun, tapi tak lebat sangat. aku da cuak da, sebab balik mesti hujan lebat. nak bawak kete naik turun bukit, memang lemah r jawabnya. At the end, time nak balik tu, ada la jugak 2-3 kali enjin mati. hehe

Kawasan ulu yam yang kiteorang g tu, atleast bagi aku, kawasan baru la. cantik...best! So, harapnya derang pilih ulu yam..^^

p/s:penat giler memandu!lepas maghrib je trus tido...

Tuesday, November 9, 2010

I'm Lucky

Lucky that i have caring dad
Lucky that i have strict mom
Lucky that i have so many niece and nephew
Lucky that i have sisters and brothers
Lucky that i can still further my study
Lucky that i have understanding and dearest friend
Lucky that i meet my friends all over the world
Lucky that i meet you.
Lucky that i make so much memories, good and bad
Lucky that i still alive!

Thank you very much for being here and there
Alhamdulillah for giving me so much blessing

p/s: baru pulang dari teman ibu ke sekolah. Urusan adik. jumpa cikgu2! Happy sangat buat Cikgu Imelda!!!!!Cikgu mengandung!!!!hoho....tak sempat tanye bape bulan sudah kandungan cikgu..wahhh~

Saturday, November 6, 2010

renungan-termenung

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak bersabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu.”

[Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032]