life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Thursday, December 31, 2009

Sajak

Hari ini buka balik diary yang dah lama tersimpan. Diary selepas berakhirnya zaman persekolahan sehingga berakhirnya zaman matrikulasi. Yes. Saya menulis diary. Walaupun tidak setiap hari melainkan apabila hati terasa gundah/gembira dan peristiwa-peristiwa penting. Entah kenapa hari ini tergerak kembali untuk membaca isi-isi dalam diary itu. :)

Dalam diary itu ada perjalanan yang di lalui di MHI dulu, cerita yang tidak ada penghujungnya sebab sudah berhenti menulis, dan perangcangan kewangan. Oh..dab semestinya rasa hati yang tidak tercurah pada sesiapa kecuali orang terdekat. Dalam selak-menyelak helaian diary itu, terjumpa dengan satu sajak ni. (i will write it here coz i found its funny). Hairan?terkejut? Dulu, idea menulis dan mereka sajak sangat banyak. Walaupun saya adalah pelajar science. Tak percaya? Boleh jumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah rendah saya. They knew i wrote sajak. Just lately..ayat-ayat bunga bahasa sudah kurang tercetus di minda. haaa...saya pun tidak tahu kenapa.

Now, i'm going to airport. Adik akan ke Yaman sambung tahfiz di sana, dan kalau ada rezeki, akan terus sambung belajar di sana. Dia sedang menunggu keputusan SPM. Dan dah tentu dia tetap memohon universiti tempatan. Sekejap sahaja dapat meluangkan masa bersama. Sejak dari tingkatan satu sehingga sekarang, dia menghabiskan masa di negeri orang. Dari Kelantan ke Johor Bahru dan sekarang ke Yaman. "Muqsit..belajar elok2 kat sana...moga dapat mantapkan tahfiz di sana. We will always support you from here.yes we will"

ha..skang ini adalah sajak yang di pilih:

Hilang ditelan rasa
Resah menanti di dada
Letih dan lelah kurasa
Rasa, rasa, rasa
Rasa fizikal
Rasa perasaan

Nikmat makanan
Di rasa melalui lidah
Rasa fizikal

Kelembutan sentuhan bonda
Di rasai melalui sentuhan
Rasa fizikal

Resah, gembira, marah, sedih
Rasa perasaan
Yang kadang sukar di teka

Rasa fizikal
Kerasaan, ketahuan, kekuatan
Rasa perasaan?
Sukar di tafsirkan
Maksud yang lahir di hati insan

Akukah yang tidak mengerti
Rasa perasaanku sendiri?
Atau perasaan itu sendiri
kadang memang tak tertafsir?

-June 2008-

P/s: Sajak ni tak ada kaitan dengan pemergian adik ke Yaman. Tapi mesti rasa sedih bila adik tak da kat sini. Kesian abah..kurang lagi lelaki di rumah.
Sajak tu, memang tak seseni A Samad Said, Shakespeare, dan penulis-penulis sastera yang terbilang namanya. Tapi itu adalah salah satu sajak yang saya tulis. Terpulang pada anda untuk mentafsir ianya sebagai apa.

wallau'alam.

Sunday, December 27, 2009

Dari-Nya kita datang, Kepada-Nya kita kembali

Innalillahi wa innailairaji'un...

Terasa gerun, bila mendengar berita hari ini. Selepas beberapa hari mengharungi hari gembira di tambah dengan berita keputusan PMR adik yang Alhamdulillah, cemerlang mengalahkan kakaknya ini. Terasa dekatnya Malaikat maut, tetapi tidak di ketahui bila masanya diri ini akan pergi menghadap-NYA dengan amalan yang sangat sedikit berbanding dosa yang melebihi tinggi gunung, hatta mungkin memenuhi ruang alam.

Seorang demi seorang sedara-mara dekat pergi meninggalkan dunia yang sudah semakin uzur umurnya, menunggu arahan dari-NYA untuk menghancurkan segala isinya. Hari ini, atau lebih tepat semalan, memandangkan entry ini di tulis pada jam 1.21 pagi, telah selamat Mak Long kembali kerahmatullah. Kakak tiri ibu@mak sedara tiri yang baru di kenali ketika umurku meningkat remaja. Walaupun hanya tiri, tetapi hubungan kekeluargaan itu tidak membataskan kami untuk berhubung mesra. Biarpun ada yang mengatakan hubungan tiri itu tidak rapat malah mungkin ada yang bergaduh. Tetapi, bagi kami, tidak seperti itu.

Tahun lepas, kehilangan wak long(mak sedara sebelah abah), dan tidak sempat untuk melihatnya buat kali terakhir. Kali terakhir adalah hari raya, ketika wak long terlantar di hospital. Aduh..sedihnya..bila pulang ke kampung, terasa kehilangan setiap kali singgah di rumah wak long. Tiada lagi wajah lembut tersenyum menyambut penuh mesra. Kalau aku anak sedaranya terasa begini, apatah lagi sepupu-sepupuku, anak kepada wak long..kemudian..tidak lama selepas pemergian wak long, lebih tepat lagi, bulan empat yang lepas, cik yat pula pergi meninggalkan kami. Bertambah sedih hati bila terkenang sepupu2ku itu.

Kali ini Mak long pula..Moga di cucuri rahmat Allah..Ibu, abah, abang, kakak and adik akan bertolak pagi ini ke melaka untuk melihat dan menguruskan serta memberi sokongan kepada adik mak long serta keluarganya. Diri ini tidak dapat pulang memandangkan kesihatan yang semakin hari semakin kurang.

Mereka pergi membawa bekal amalan yang terkumpul di dunia, meninggalkan anak-anak dengan mengharapkan agar sentiasa terkirim doa anak yang soleh.

Hati berkata; bilakah akan tiba masa aku? adakah aku sudah bersedia? Cukupkah amalanku? apa alasanku meninggalkan perintahNya?

Sibuk dengan urusan dunia, lupa tentang hidup kita hanya sementara..Aduh..aku tersedar..tapi adakah sedar ini akan kekal? atau, diri ini akan alpa dan hanyut kembali dalam arus dunia yang mengasyikkan sehingga tidak teringat akan nikmat syurga yang telah dijanjikan oleh-NYA?

Ya Allah,
Moga diri ini sentiasa sedar dan Mujahadah dan Istiqamah di jalan SEHALA penuh berliku ini.Amin

p/s: cerita dari Penang akan di tunda pada masa yang sesuai
Mrs. Chiaki said that, not all men like that, and i agreed...i'm sorry for hurting other good men out there. But its hard to find good men now. And She also said that, one day we will meet with somebody someone, the Mr.Right. and i told her that maybe..if there is Mr. Right for me..i might open my heart again. Pedih melihat mereka di permainakan lelaki2 di luar sana.