Thursday, December 31, 2009

Sajak

Hari ini buka balik diary yang dah lama tersimpan. Diary selepas berakhirnya zaman persekolahan sehingga berakhirnya zaman matrikulasi. Yes. Saya menulis diary. Walaupun tidak setiap hari melainkan apabila hati terasa gundah/gembira dan peristiwa-peristiwa penting. Entah kenapa hari ini tergerak kembali untuk membaca isi-isi dalam diary itu. :)

Dalam diary itu ada perjalanan yang di lalui di MHI dulu, cerita yang tidak ada penghujungnya sebab sudah berhenti menulis, dan perangcangan kewangan. Oh..dab semestinya rasa hati yang tidak tercurah pada sesiapa kecuali orang terdekat. Dalam selak-menyelak helaian diary itu, terjumpa dengan satu sajak ni. (i will write it here coz i found its funny). Hairan?terkejut? Dulu, idea menulis dan mereka sajak sangat banyak. Walaupun saya adalah pelajar science. Tak percaya? Boleh jumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah rendah saya. They knew i wrote sajak. Just lately..ayat-ayat bunga bahasa sudah kurang tercetus di minda. haaa...saya pun tidak tahu kenapa.

Now, i'm going to airport. Adik akan ke Yaman sambung tahfiz di sana, dan kalau ada rezeki, akan terus sambung belajar di sana. Dia sedang menunggu keputusan SPM. Dan dah tentu dia tetap memohon universiti tempatan. Sekejap sahaja dapat meluangkan masa bersama. Sejak dari tingkatan satu sehingga sekarang, dia menghabiskan masa di negeri orang. Dari Kelantan ke Johor Bahru dan sekarang ke Yaman. "Muqsit..belajar elok2 kat sana...moga dapat mantapkan tahfiz di sana. We will always support you from here.yes we will"

ha..skang ini adalah sajak yang di pilih:

Hilang ditelan rasa
Resah menanti di dada
Letih dan lelah kurasa
Rasa, rasa, rasa
Rasa fizikal
Rasa perasaan

Nikmat makanan
Di rasa melalui lidah
Rasa fizikal

Kelembutan sentuhan bonda
Di rasai melalui sentuhan
Rasa fizikal

Resah, gembira, marah, sedih
Rasa perasaan
Yang kadang sukar di teka

Rasa fizikal
Kerasaan, ketahuan, kekuatan
Rasa perasaan?
Sukar di tafsirkan
Maksud yang lahir di hati insan

Akukah yang tidak mengerti
Rasa perasaanku sendiri?
Atau perasaan itu sendiri
kadang memang tak tertafsir?

-June 2008-

P/s: Sajak ni tak ada kaitan dengan pemergian adik ke Yaman. Tapi mesti rasa sedih bila adik tak da kat sini. Kesian abah..kurang lagi lelaki di rumah.
Sajak tu, memang tak seseni A Samad Said, Shakespeare, dan penulis-penulis sastera yang terbilang namanya. Tapi itu adalah salah satu sajak yang saya tulis. Terpulang pada anda untuk mentafsir ianya sebagai apa.

wallau'alam.