life (68) wisdom (37) quotes/poems (32) family (26) events (20) iiu (19) Ramadhan (17) books (17) marriage (17) memories (14) stories (14) dreams (10) sightseeing (6) children (5) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Friday, September 24, 2010

Rose In Bloom

 

Ingat lagi cerita Eight Cousins? Rose in Bloom adalah sequel daripada cerita Eight Cousins. Kali ini, Louisa May Alcott bercerita tentang bagaimana kehidupan Rose dan sepupunya yang sudah meningkat dewasa. Rose kembali ke kampung halaman selepas dua tahun mengembara bersama bapa saudaranya Dr. Alec atau Uncle Alec dan Phebe, adik angkat Rose yang merupakan orang gaji di rumah Aunty Plenty.

Rose dan Phebe bertambah cantik dan elegan menunjukkan kejayaan Uncle Alec mendidik dua anak dara ini. Rose dan Phebe berjaya menarik perhatian sepupu-sepupunya. Campbell merupakan keluarga nobel. Orang ramai menghormati menghormati mereka kerana keperibadian Campbell menyebabkan mereka menghormati keluarga Campbell. Apatah lagi Uncle Alec mendidik Rose dan Phebe menjadi insan yang mementingkan keutamaan dan kesejahteraan masyarakat miskin.

Jika golongan nobel-nobel lain lebih banyak menghabiskan masa dengan menghadiri parti-parti, berseronok dan membaca buku novel (novel di samakan dengan novel fiksyen yang tidak memberi faedah malah hanya membawa kepada khayalan). Campbell, terutamanya Rose, lebih menghabiskan masa dengan berbakti kepada yang memerlukan.

Dalam cerita ini, Rose meminta izin daripada Uncle Alec untuk merasai kehidupan seperti belia yang sebaya dengannya. Pergi ke pelbagai parti, bergembira dan sosial selama 3 bulan. Rose mengambil ini sebagai ujian dan cabaran untuk melihat kemampuan dirinya menghadapai dugaan dan godaan berseronok sebelum meneruskan projeknya untuk membina sebuah rumah sewa kos rendah untuk golongan miskin.

Kita dapat melihat perkembangan setiap watak utama dalam cerita ini di mana Archie, sudah mula tertarik dengan Phebe yang semakin angun, dan Archie mula serius menjalani kehidupannya dengan menjalankan perniagaan bersama-sama  Uncle Mac, bapa Mac dan Steve.

Charlie pula masih dengan sikap suka berhibur, dan tidak memilih untuk melakukan pekerjaan serius seperti Archie. Charlie gagal menunaikan janjinya terhadap Rose untuk tidak meminum arak, menerima kemarahab Rose. Selepas itu Charlie berjanji pada diri sendiri untuk tidak meminun arak kembali dan melakukan pekerjaan yang serius. Selama sebulan dia berjaya melakukannya, namun apabila dia berhasrat untuk pergi ke India bekerja bersama ayahnya, disini ujian untuk Charlie sangat besar kerana, pelbagai jamuan diadakan untuk Charlie yang akhirnya gagal unutk menolak tawaran rakan-rakannya untuk minum arak. Akhirnya meninggal dunia akibat jatuh dan ditendang kuda tungganagannya selepas pulang dari berjumpa dengan rakan-rakannya.

Mac, berusaha untuk meningkatkan lagi skill komunikasi memandangkan dia merupakan seorang yang ulat buku. Mac pergi mengembara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran disamping mempelajari seni puisi. Mac berjaya menulis puisi dan diminati ramai. Malah, Mac dengan beraninya membawa pulang anak kecil yang kematian emak kerumahnya walaupun dimarahi Aunty Jane dan akhirnya anak kecil itu menjadi anak angkat Rose.

Steve diceritakan banyak tentang bagaimana dia menjadi watak yang menyokong dan membantu abangnya Mac untuk terjun berjumpa dengan masyarakat. Steve juga diceritakan sebagai orang yang pertama bertunang diantara sepupu-sepupunya.

George dan Willy tidak banyak muncul memandangkan mereka belajar disekolah berasrama. Jadi, mereka lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di kampung halaman.

Jamie, sepupu yang paling kecil menjadi lebih matang dan banyak menolong ahli Campbell yang memerlukannya untuk melakukan sesuatu perkara. Jamie, membesar dan menjadi seorang gentleman. Kalau dulu, ketika Jamie kecil, dia banyak melakukan perkara-perkara yang nakal, kini dia lebih menghormati dan lebih memahami dan dapat membaca suasana persekitaran.

Biarpun banyak perkara yang berlaku, sedih, gembira, kematian, kesakitan, persengketaan dan perpisahan. Sekiranya tiada rasa kasih dan saling hormat-menghormati, Campbells sudah musnah dan membawa hal masing-masing.

Alangkah bagusnya kalau masih ada lelaki yang gentleman seperti tujuh sepupu ini.
Rose In Bloom,  menutup tirai dengan semua kesusahan dan kesabaran yang mereka hadapi akan ada ganjaran yang menanti.
Saya tidak dapat nak menjaga pengakhiran cerita yang ditulis oleh Louisa May Alcott. I cant never predict the storyline. Its Amusing!

Thursday, September 9, 2010

The call

When i received a call from you, i feel glad and happy. You arrived safely here. Thank to Allah for letting you coming here again :)

When you call me, at that time, i was sleeping. But knowing that you called me i unconsciously  answered the call after my lil sister give the phone. Though i vaguely remember what i had said to you, but i know i answer you properly.Hopefully ;)

Sorry for the monotone, since i cant even open my eyes at that time, but i knew what you said. I remember it. Thanks for calling me and telling me you are safe and happy by your family at that time. :D

*big hugs for you*

see you soon...

Saturday, September 4, 2010

Eight Cousins

google pic

Howdy people~

Alhamdulillah, minggu yang sibuk sudah berlalu. UIA sudah memulakan cuti pertengahan semester dan cuti raya dengan rasminya pada 4 September 2010. Tapi ini bukanlah perkara pokok yang ingin dibincangkan dalam entry pertama bulan sembilan ini.

Ingat lagi tak pada buku cerita Jo's Boys dan penulisnya? Buku yang telah saya review pada bulan april yang lepas. "Eight Cousin" merupakan buku yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu, Louisa May Alcott. Menariknya cerita ini, ia berkaitan dengan bagaimana nak mendidik seorang anak. Rose yang kehilangan ayah dan ibu dijaga oleh 6 orang emak saudara! Sebelum penjaga sebenar Rose datang. Ayah Rose menyerahkan hak penjagaan Rose pada bapa saudaranya yang dikenali sebagai Uncle Alec, dan merupakan seorang doktor.

Cerita ini begitu menarik, bagaimana seorang lelaki berjaya mendidik seorang anak perempuan yang sedang membesar dan akan menhadapi masalah-masalah remaja. Bagaimana Uncle Alec berjaya mendidik Rose supaya tidak menjadi materialistik dan mementingkan diri sendiri.

Nama buku ini diberi bersempena nama lapan orang sepupu iaitu, Rose, Archie, Charlie, Mac, Steve, Will, Georgie and Jamie. Tujuh lelaki dan sorang perempuan! Bagaimana Rose hidup dan membesar dengan tujuh orang sepupu lelaki! Rose menjadi tempat mereka bertujuh mengadu dan berterus-terang tentang rahsia-rahsia mereka. Dibawah didikan Uncle Alec, Rose berjaya mengubah persepsinya terhadap lelaki. Rose juga rajin untuk belajar pelbagai perkara disamping turut menjaga kesihatan dengan bersenam dan bercucuk tanam.

Dibawah pengaruh Rose, Archie dan Charlie yang tertua diantara mereka berjanji untuk tidak merokok dan mengambil minuman keras dan berjudi. Perjanjian mereka ialah untuk Rose tidak memakai anting-anting (yang merupakan keinginan paling tinggi Rose) dan mereka tidak akan sekali-kali melakukan tiga perkara itu.

Uncle Alec memilih masa setahun untuk mendidik Rose, sekiranya emak saudara-emak saudara Rose melihat Uncle Alec gagal mendidik Rose, maka mereka akan bergilir-gilir menjaga Rose selepas tempoh setahun itu tamat. Tapi Uncle Alec berjaya kerana Rose menjadi seorang yang mengambil berat tentang orang lain.

Rose menghabiskan masa sebulan untuk setiap rumah emak saudaranya. Untuk memberi peluang emak saudaranya bermanja dengan Rose.

Mungkin review kali ini kurang bagus. Tapi, percayalah, buku ini memang seronok dan bagus! Ada pengajaran yang boleh kita ambil. Setiap kali membacanya, emosi kita turut sama merasai apa yang dirasai oleh watak-watak ini. Louisa May Alcott pandai menyusun ayat dan dapat menggambarkan suasana dengan baik, menyebabkan saya berangan-angan suatu hari nanti Amerika dan British akan saya jejaki. Tentunya selepas Jepun!