life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Friday, August 20, 2010

Thursday, August 19, 2010

Pollyanna


Pernah dengar tentang cerita ini?Pernah baca?Haa..kalau tak pernah, mari sama-sama membacanya. Bahasa Inggerisnya mudah dan jalan cerita dia seronok. Walaupun masih belum boleh mengalahkan cerita 'Little Women', tapi boleh bagi tumb up pada penulis buku ini. Cerita klasik yang menarik.

Buku ni menceritakan tentang seorang anak perempuan yang kehilangan ibu dan ayah ketika menginjak umur remaja. Ibunya meninggal dunia lebih awal dari ayahnya. Pada umur 11 tahun, dia terpaksa berpindah kerumah ibu saudaranya kerana ayahnya meninggal dunia. Nama dia ialah Pollyanna. Nama gabungan dua adik kepada ibunya, iaitu Polly dan Anna. Saudara keluarga ibunya telah meninggal dunia kecuali ibu saudaranya yang bernama Polly.

Pollyanna menjalani kehidupan barunya bersama ibu saudaranya dengan rasa gembira. Walaupun pada asalnya, ibu saudaranya memberikan arahan-arahan yang membuatkan Pollyanna terdiam. Tetapi Pollyanna tetap positif menghadapi kehidupannya. Biarpun pada awalnya bilik yang ibu saudaranya sediakan untuk Pollyanna hanyalah sebuah bilik loteng yang tidak mempunyai karpet dan apa-apa hiasan, Pollyanna tetap menerimanya dengan gembira. Pollyanna tetap berasa sedih kerana angan-angannya untuk memiliki bilik yang mempunyai lukisan yang cantik dan terhampar permaidani yang gebu tidak kesampaian. Namun kesedihan itu cepat-cepat dihapuskan dengan bermain satu permainan yang telah diajar oleh ayahnya.

Nama permainan ini ialah 'The Glad Game'. Cara bermainya ialah, fikirkan perkara yang boleh membuat kita rasa senang dan lapang menerima dan menghadapi cabaran yang ada samada dari segi kebaikan ataupun keburukan. Apa yang Pollyanna ialah, apabila dia berasa sedih melihat bilik yang disediakan oleh ibu saudaranya, tanpa karpet dan lukisan, dia melihat pemandangan dari tingkap bilikny dan berfikir bahawa betapa bertuahnya dia kerana dapat melihat pemandangan yang indah, tanpa perlu ada lukisan di dinding!

Selain itu, Pollyanna juga berjaya membuatkan penduduk-penduduk di kawasan perumahannya melihat kehidupan dalam sudut yang berbeza. Mereka lebih ceria menghadapi kehidupan selepas diajar bermain 'The Glad Game'. Pengakhiran cerita ini berkesudahan dengan Pollyanna mengalami kemalangan jalan raya yang membuatkan ibu saurdaranya berubah dengan lebih menghargai anak saudaranya. Pollyanna menjalani terapi di hospital dan berjaya menyatukan kembali ibu saudaranya dengan tunang ibu saudaranya!

Apa yanng penting, dengan cara melihat dan berfikir sesuatu perkara dalam aspek yang lebih positif, mampu membantu kita untuk hidup lebih ceria dan tenang. Kita akan merasa cukup dengan apa  yang kita ada tanpa rasa perlu untuk berlebih-lebihan dalam kehidupan yang sementara ini.

Menarikkan! Tunggu apa lagi~ JOM jadi POSITIF! :D

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Moga Ramadhan kita akan bertambah keimanan kita
Silalah ambil peluang yang ada ini untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi diri kita.
Moga Allah meredhai perjuangan kita dan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan
Moga Allah mengampunkan dosa kita yang kita buat secara sedar mahupun tidak.Amin

Mencuri masa yang ada untuk mencoret sedikit di dalam blog tersayang. Sudah lama tidak menulis di dalamnya. Moga-moga dia tak merajuk =)
Masih perlu belajar untuk pandai manage time.