life (68) wisdom (37) quotes/poems (32) family (26) events (20) iiu (19) Ramadhan (17) books (17) marriage (17) memories (14) stories (14) dreams (10) sightseeing (6) children (5) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Sunday, June 21, 2009

Gembira dalam sedih?-reunion sgpusuian


Bismillahirahmanirahim..

Sebelum melanjutkan cerita yang berlaku pada hari tersebut, memulanya nak mohon seribu kemaafan andai dalam entry kali ini, ada ayat-ayat yang menyinggung perasaan pihak yang hadir pada tempat kejadian ataupun tidak. Honestly, lepas dah perfikir panjang, i thought i really need to write somethings. Rather than i keep it by myself, why not share it with other, moga kat sini ada pengajaran dan boleh memperbaiki perjumpaan buat masa akan datang. Insya Allah kita akan jumpa lagi kan?

19 Jun 2009, Klcc.

Hari ini (19jun) Intan dan Azam organize reunion buat batch 2002-2006. Ramai jugak yang datang. Actually memang seronok dapat jumpa dengan semua orang balik. Especially kawan2 yang dah lama tak jumpa. eheh, bukan tak gembira jumpa kawan-kawan yang biasa jumpa, tapi kegembiraan berjumpa dengan yang lama tak jumpa lagi banyak..

Semua makin cantik dan bergaya.LOL. Macam yang korang boleh baca kat blog una, azam, nadea and yan. Insya Allah lagi detail dan menarik dari dalam blog ni. Eventhough tak de activitit2 melainkan aktiviti bertukar berita dan bergambar, tetap hari ini terisi dengan rasa bermakna. ^^

Sedih? kenapa? Sebab mata yang memandang rasa sedih. Balik dari jumpa kengkawan semua, balik dengan mashitah, ntah macam mana timbul soal ni. Tak bape ingat kenapa. Luahka lah kat Mashitah, rasa takut, sedih suma tengok kawan2. Well we are changing. I know. Sedih sebab, kita berjumpa, tapi batas pergaulan kurang terjaga. Bukanlah nak suruh korang berborak di balik pokok or balik tabir. Its natural la face to face. Kat sekolah dulupun camtu gak. Takkan dah keluar kena borak balik tabir/pokok/dinding plak kan. tak de maksud camtu.

Cuma mungkin terlampau gembira sangat berjumpa sampai kita terlupa. Tertepuk bahu opposite gender ke apa ke. Huu..bukan nak bagi ceramah kat korang, sebab aku tau korang pun tau. Mungkin sebab kita terlampau gembira berjumpa, tanpa sengaja benda ni berlaku. Tak taulah kalau mata ni tersalah nampak. Wallahu'alam.

Sebabnya, aku harap pertemuan sebegini berlangsung dengan mendapat redha-Nya. Bukanlah lepas ni kene buat buka majlis baca qur'an sume. Cume harapnya pertemuan akan datang lebih terjaga. Nak ke nanti kalau ada cikgu-cikgu ternampak keadaan camni, kecewa? Bukan hal hipokrit kat sini, tapi hal agama. Benda yang wajib kita patuh. Bukan nak jaga pandangan cikgu2 terhadap kita, tapi pandangan Sang Pencipta.
Tapi, kalau aku tegur macam ni, taknak lah kalau korang kecil hati and tamau ajak aku gi mane2 dah. Bila aku cakap camni, tamau ar korang cakap aku ni alim bagai. Sebab aku bukan baik dan perfect pun. What if one day aku terbuat bende2 yang aku tegur korang?(nauzubillah..minta dijauhkan). Koranglah harapan aku untuk tegur kesilapan aku kalau2 aku pulak yang terbuat, sengaja buat, or buat-buat buat.

Please..lets take this as positive and aku tak cakap semua kat situ bertepuk tampar bagai. Macam azam cakap, sape makan cili die terasa pedasnya. Bukan aku tulis ni untuk bagi korang rase pedas, tapi take is as bende yang kita boleh perbaiki lagi. Kawan bukan hanya untuk bersama kita bergelak ketawa or mengampu. Definisi kawan pada aku ialah orang yang support kita dari segala penjuru, bersama dengan kita susah dan senang dan yang paling penting, berani nak tegur kalau kita ada buat salah. Tak semua boleh ada ciri2 ni, tapi as long as we tried to, we will Insya Allah.

Lepas ni, jangan pulak korang tamau tegur aku. Aku masih perlukan teguran dari korang. Macam Peha tegur aku time form 5 tu, macam azam tegur aku kat matrix dulu and macam yang pia selalu tegur aku bila aku jadi sgt stubborn. akupun wat salah gak. Bila korang tegur, aku tau, korang sayang kat aku ^^. Aku tau, masih banyak lagi kesilapan dan tingkah laku yang aku perlu perbaiki agar korang tak kecil hati dan feel annoy lagi dengan aku.

Sungguh aku gembira jumpa korang balik!

buat yang akan masuk university lepas ni, May korang success dengan jayanya menghadapi kehidupan as Mahasiswa/siswi. And yang sudah/sedang berada di alam university moga kita sama-sama success.Amin.
Aku tulis sebab aku sayag korang semua..^^

Monday, June 8, 2009

Amaizing Race

Bismillah..

Yesterday, i had an amaizing day!So much fun eventhough its tiring. Atas nama menjadi fasi program amaizing race untuk Singaporean yang nak tengok how teens at malaysia. Berlangsunglah program ni selama setengah hari dari pukul 2.30petang till 8.30pm. Me, Nad, Asma and Husna bergerak ke klcc around kul 10am. Saje berjalan2 kat klcc yang sesak tuh sementara menunggu masa untuk menjalankan tugas sebagai fasi. Kat klcc de pameran lego. Memang cantik r cakap pameran tu. ada taj mahal, menara klcc, petra(jordan), and 2 lagi bangungan yg tak tahu namenya.(tak ingat).




Nampak macam tak gune legokan. tapi klo tengok dari dekat memang lego.Cayalah..macho giler! Bape lamelah agaknye derang nak siapkan satu bangungan tuh. Kalau takde kesabaran yang tinggi, memang susahlah nak siap. After penat round2 and dah dekat kul 1ptg, kami memasing kena bergerak ke check point yang ditetapkan.
Me and Nad jaga check point pertama iaitu Masjid Negara. Dari Klcc tu naik lrt ke pasar seni and jalan kaki ke MAsjid Negara. Abg Auzan dah mesej, tanye kat mana sebab kiteorang tak sampai2 lagi. Takut terdelay perjalanan program ni.Huu..memang delay sangat2 pun. sebab rombongan dari singapura lambat sampai. Sebelum tu mereka dari Pusat kesenian ISlam. Around 2.30-2.45p.m baru start. KAt Masjid negara derang kene jawab teka silang kata before bergerak ke check point kiteorang. At first, task yang derang kena buat ialah main2 alat2 senaman kat masjid negara tu. Tapi nad cakap tak proper nak main sebab dah petang sangat. So we change the game into 'Transfomer'.
Next check point is LRT pasar seni. kat sini derang wat grafiti dengan teme 'Palestin' Tapi, me and nad tak tengok sampai habis as kiteorang nak bergerak ke checkpoint seterusnya which is Klcc. First group yang selesaikan task ni, dapat klu kene pergi ke CC. bila tanya derang cc tu apa derang jwb cybercafe. Pelik jugak r dengar coz derang suppose bergerak ke klcc. Rerupanya memang klu die camtu and depa kene rujuk peta untuk cari tempat yang de kaitan dgn 'cc' ni.
Check point kat klcc ni paling lama sebab kene buat teka silangkata lagi and soalan die memang killer la. And klu nyer akan bergerak ke pavillion. This is my first time sampai ke pavillion.Haha..orang kl tapi baru first time ke pavillion. Itupun tak masuk. just duduk kat luar bersama kak nabila and kak wani, yang jaga check point ni. Husna and asma jaga check point kat klcc. kat Pavillion ni, task derang kene interview people there about how they think of teenagers nowadays.
Dari Pavillion derang suppose pergi ke time square. tapi disebabkan dah lambat sangat which da dekat dengan waktu magrib, check point kat TS di batalkan and terus ke check point yang terakhir; chow kit. we follow one group ke chow kit. And bila samapi kat chow kit dah kul lapan malam. Nak cari tempat solat plak..the singaporean derang jamak takhir. Sementara menunggu lagi dua group sampai, derang wat hal memasing.
They are too friendly. And sesame derang, derang speak english. TApi tak bermaksud derang tak pandai cakap melayu. Lancar je dua2 bahasa ni. Memang fluen gila bahasa inggeris derang. Tetibe jadi tak confident bercakap bi dengan derang.huhu.
But this is new experience. Kenal dengan orang singapura. And my first time round kl. MEmang round habis r..(maybe)..
walluha'lam..