life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Friday, September 18, 2009

Sonata 5 Avicenna corner^^

Satu pagi terjaga dan teingat tentang memori-memori as a high school student. Then teringat dekat poem yang sirr created dengan wawa yang terpublish dalam majalah skolah. Biarpun dah publish dalam majalah sekolah, tetap nak tulis dalam ni. Tak salah kan?

Salam Ukhuwah pembuka kata
Buat tatapan warga semua
Mari saudari juga saudara
Sonata 5 Avicenna empunya gaya

12 putera 24 puteri
Inilah semua isi kelas kami
Ustazah Noriza bergelar Ummi
Mengajar arab dikelas kami

Monitor kami penyanyi rupanya
Menjasi ahli kumpulan An-Nusra
Wan Amirun empunya nama
Sekali beraksi semua ternganga

Tiada seri tanpa ketua
Tanpa penolong hilanglah ceria
Bila di usik pasti selamba
Penolong monitor Wawa namanya

Tiga serangkai sentiasa bersama
Berkongsi cerita suka dan duka
Satu impian satu cita-cita
Inilah mereka Peha, Ratu dan Adda

Kalau belajar merekalah juara
Kalau bercakap petah sahaja
Topik sensasi sentiasa ada
Amal dan Haliza berkepit bersama

Nasihat sentiasa meniti dibibirnya
Di masa hadapan amat berguna
Dialah 'Ustazah' diIbnu sina
'Atikah Abdul Rahman empunya nama

Majidah pula lain ceritanya
Di dalam kelas pendiam sahaja
Bila membentang serius sahaja
Punya gaya dan juga karisma

Ceria sentiasa bila bersamanya
Aizat dan Niesa bergelak ketawa
kalau belajar tekun pastinya
Straight A's impian mereka

Di dalam kelas sentiasa bersama
Belajar bersama berceritapun berdua
Hazimah dan Azzri empunya cerita
Kalau belajar tak malu bertanya

'All for one' kumpulan mereka
Huzaifah dan Epul membuka cerita
Giat beraksi di atas astaka
Pelajaran jangan di abai pula

Jauh ke Sudan dia mengembara
Kembali ke Malaysia terus periksa
Bergelar genius itulah dia
Syaizul Abdullah Syamil panjang namanya

Minat LK dikelas hamba
Walaupun 'otai' berhati mulia
Ahmad Syukri empunya nama
Susah dan senang sentiasa bersama

Pakar Add math dikelas kami
menjadi rujukan bila tak mengerti
Arif Sukarno pemilik diri
Orangnya pemalu bersopan lagi

Tekun sungguh jejaka ini
Melaksanakan tugas yang di beri
Calon cemerlang SPM tahun ini
Mohd Oden gelaran di beri

Sekejap ke sana sekejap ke sini
Sibuk mengalahkan seribu menteri
Mustaqim Nasron nama di beri
Menceriakan kelas harapan kami

'Guru' Sejarah buat kami
Kalau belajar hebat sekali
'Skandal' baru pasti di ketahui
Azam Adnan paparazzi kami

Amirul Hafiz berbeza sekali
Tegas dan serius sifat dimiliki
Menjadi K.P sungguh dedikasi
Harapan bonda tidak di lupai

Bila bertemu tercetuslah makar
Buat kelas jadi gempar
Hazim dan Muaz bijak berhumor
Tanpa mereka Avicenna hilang sinar

Meminta duit setiap masa
Bukan pengemis bukan juga papa
Mandat di beri di galas redha
M-Hijrah bendahari Ibnu Sina

Diari hitam terkepit di sisi
Tegas dan peramah sifat di miliki
Insan bernama Athirah Azni
T.K.P Smksp tahun ini(2006)

Bertudung manis cantik berseri
Menulis khat pandai sekali
Bila marah merahlah pipi
Intan Syafinaz baik hati

Dalam kelas jarang sekali
Sibuk mengarah di sana sini
Ketua Editor sidang redaksi
Nadiah Sukarno tersenyum murni

Comel dan rajin sifat di beri
Pengawas sekolah penuh dedikasi
Kalau di sakat malu sekali
Husna najihah memang begini

Riuh sebandar bila berkata-kata
Cerita menarik sentiasa ada
Impian di hati mendapat 11A
Mashitah Ab Rahim sentiasa bersahaja

Hitam manis empunya badan
Itulah dia Amira asyikin
Suka bersajak dan jua pantun
Impian dihati menjadi sasterawan

Sentiasa bersama dimana sahaja
Hazy dan Zaty empunya cerita
Bila bercerita sentiasa berdua
Kejar impian Kejayaan dicipta

Gigih berusaha mencapai wijaya
Andai tak faham lincah bertanya
Buku kecil sentiasa bersama
Beginilah dia Sofia Diana

Pelajar baru tahun ini
Sopan dan pendiamm bergelar Amni
Biarpun diam penuh halusinasi
Cemerlang dunia akhirat yang dihajati

Beliawanis cantik kerap bergembira
Tetap selamba dimana saja
Jawatan pengawas disandang ceria
Alina Wahab penutup sonata

Ukhuwah terbina lima tahun lamanya
Menyimpan kenangan mengusik jiwa
Moga kita bertemu semula
Di IPT searena Malaysia

Habis sudah sonata kami
Bertemu berpisah fitrah ilahi
Ampun dan maaf di pinta kami
Moga ukhuwah kekal bersemi
Sudah lama tak dengar berita Aizat, Niesa, Hazimah, Azzri, Zaty, Haliza. Lost contact..

Thursday, September 17, 2009

Aku seorang Hamba

Aku seorang hamba
Malu menghirup NIKMAT-MU
Kerana aku kurang BERSYUKUR

Aku seorang hamba
Namun sering terlalai
Menghimpun dosa
Siang dan Malam

Aku seorang hamba
Mengharap KEAMPUNAN-NYA
Kemudian
Lalai lagi memunaikan
AMANAH-NYA

Aku seorang hamba
Hanya mampu berdoa
Agar tidak terusan
Terjerumus
Tanpa AR-RAHMAN dan AR-RAHIM-NYA

Aku seorang hamba
Memohon hidupku
Sentiasa dalam REDHA-NYA
Mohon hidupku
Di jalan yang LURUS