Thursday, September 17, 2009

Aku seorang Hamba

Aku seorang hamba
Malu menghirup NIKMAT-MU
Kerana aku kurang BERSYUKUR

Aku seorang hamba
Namun sering terlalai
Menghimpun dosa
Siang dan Malam

Aku seorang hamba
Mengharap KEAMPUNAN-NYA
Kemudian
Lalai lagi memunaikan
AMANAH-NYA

Aku seorang hamba
Hanya mampu berdoa
Agar tidak terusan
Terjerumus
Tanpa AR-RAHMAN dan AR-RAHIM-NYA

Aku seorang hamba
Memohon hidupku
Sentiasa dalam REDHA-NYA
Mohon hidupku
Di jalan yang LURUS