Friday, September 9, 2011

A Little Princess

credit to Mr.Google
Assalamualaikum!

Kepada pembaca blogger sekalian =)

Kali ini mahu berkongsi satu buku classic English yang telah Sirr baca bulan lepas. Buku cerita ini berjudul A Little Princess yang di tulis oleh Frances Hodgson Burnett. 

Seperti entry sebelum ini, setiap buku bahasa inggeris akan Sirr ulas dalam bahasa melayu.  

A Little Princess ini berkenaan seorang gadis yang berasal dari India. Nama dia Sara Crewe. Dia di hantar ke London untuk meneruskan pengajiannya di rumah Miss Minchin dan juga atas sebab keadaan di India yang kurang baik untuk kesihatan Sara.

Di rumah berasrama Miss Minchin, Captain Crewe, bapa Sara meminta Miss Minchin supaya menyediakan bilik yang terbaik dan perkhidmatan yang terbaik buat anaknya Sara. Miss Minchin dengan tidak rela hatinya menyediakan segala kelengkapan buat Sara, dengan harapan Captain Crewe akan memberi bayaran berlipat kali ganda berbanding bayaran-bayaran pelajar lain.

Namun, disebabkan Kesihatan Captain Crewe merundum dan akhirnya meninggal dunia disebabkan menguruskan lombong diamond yang akhirnya tidak menjadi, Miss Minchin tidak mendapat bayaran yang diharapkan.

Pada sambutan hari lahir Sara, berita sedih itu dikhabarkan kepada Sara dan Sara dipaksa untuk bekerja sebagai pembantu rumah. Malah, Sara juga diarah untuk mengajar kanak-kanak bahasa France. Dia diberi makan yang sedikit dan dipaksa untuk bekerja keras.

Sara yang dilahirkan dan dibesarkan dalam kehidupan yang penuh mewah terpaksa menempuh perubahan hidup yang drastik. Dia tinggal di loteng dan dibekalkan dengan tilam keras dengan sehelai selimut nipis untuk melindungi dirinya dari musim sejuk di London.

Sara, seorang gadis bijak dan mempunyai hobi yang pelik. Dia suka membaca dan bercerita. Dari minatnya ini Sara mempunyai imaginasi yang tinggi. Dia akan membayangkan dan mengubah pandangannya terhadap bilik barunya demi menghiburkan hatinya. Itulah hobi saya.

Semenjak di tempatkan di loteng, Sara selalu membayangkan dia berada di penjara, bersama teman pembantu rumahnya. Mereka membayangkan satu hari nanti mereka akan berjaya keluar dari penjara ini.

Sara, sejak dari dia mendaftar di rumah-sekolah ini, pelajar-pelajar lain memanggilnya dengan panggilan puteri, kerana aura yang Sara ada dan peribadinya yang baik dan mengambil berat. Sara meneruskan 'permainan' ini dan membayangkan dirinya menjadi puteri. Dia akan cuba untuk melakukan apa yang akan dilakukan oleh seorang puteri sebenar apabila berhadapan dengan situasi yang getir.

Sara, seorang gadis yang baik. Walaupun dia dilahirkan dan dibesarkan di tengah-tengah kemewahan. Kekayaan tidak membutakan matanya untuk bersenang-senang seorang diri. Dia berkongsi kegembiraan dan kekayaannya dengan semua.

Semasa berhadapan dengan kesusahan, Sara menghadapinya dengan berani. Walaupun kadang-kala, 'permainan'nya tidak mampu menghiburkan hatinya, bila dia sangat letih dan lapar.

Buku ini sangat terkenal sehingga di adaptasikan menjadi anime! Pada mulanya Sirr menyangka buku ini datangnya dari Jepun, kerana lebih dulu menonton anime. Bila membaca buku ini, hati tersentuh. Ada nilai-nilai kemanusiaan yang kita boleh ambil. Bukan sekadar hiburan dikala kebosanan.

Nak tahu apa kesudahan Sara, Jom baca A Little Princess =D

Sirr jamin, tak bosan punya! Memang berbaloi =)

Selamat membaca!