google pic
Howdy people~
Alhamdulillah, minggu yang sibuk sudah berlalu. UIA sudah memulakan cuti pertengahan semester dan cuti raya dengan rasminya pada 4 September 2010. Tapi ini bukanlah perkara pokok yang ingin dibincangkan dalam entry pertama bulan sembilan ini.
Ingat lagi tak pada buku cerita Jo's Boys dan penulisnya? Buku yang telah saya review pada bulan april yang lepas. "Eight Cousin" merupakan buku yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu, Louisa May Alcott. Menariknya cerita ini, ia berkaitan dengan bagaimana nak mendidik seorang anak. Rose yang kehilangan ayah dan ibu dijaga oleh 6 orang emak saudara! Sebelum penjaga sebenar Rose datang. Ayah Rose menyerahkan hak penjagaan Rose pada bapa saudaranya yang dikenali sebagai Uncle Alec, dan merupakan seorang doktor.
Cerita ini begitu menarik, bagaimana seorang lelaki berjaya mendidik seorang anak perempuan yang sedang membesar dan akan menhadapi masalah-masalah remaja. Bagaimana Uncle Alec berjaya mendidik Rose supaya tidak menjadi materialistik dan mementingkan diri sendiri.
Nama buku ini diberi bersempena nama lapan orang sepupu iaitu, Rose, Archie, Charlie, Mac, Steve, Will, Georgie and Jamie. Tujuh lelaki dan sorang perempuan! Bagaimana Rose hidup dan membesar dengan tujuh orang sepupu lelaki! Rose menjadi tempat mereka bertujuh mengadu dan berterus-terang tentang rahsia-rahsia mereka. Dibawah didikan Uncle Alec, Rose berjaya mengubah persepsinya terhadap lelaki. Rose juga rajin untuk belajar pelbagai perkara disamping turut menjaga kesihatan dengan bersenam dan bercucuk tanam.
Dibawah pengaruh Rose, Archie dan Charlie yang tertua diantara mereka berjanji untuk tidak merokok dan mengambil minuman keras dan berjudi. Perjanjian mereka ialah untuk Rose tidak memakai anting-anting (yang merupakan keinginan paling tinggi Rose) dan mereka tidak akan sekali-kali melakukan tiga perkara itu.
Uncle Alec memilih masa setahun untuk mendidik Rose, sekiranya emak saudara-emak saudara Rose melihat Uncle Alec gagal mendidik Rose, maka mereka akan bergilir-gilir menjaga Rose selepas tempoh setahun itu tamat. Tapi Uncle Alec berjaya kerana Rose menjadi seorang yang mengambil berat tentang orang lain.
Rose menghabiskan masa sebulan untuk setiap rumah emak saudaranya. Untuk memberi peluang emak saudaranya bermanja dengan Rose.
Mungkin review kali ini kurang bagus. Tapi, percayalah, buku ini memang seronok dan bagus! Ada pengajaran yang boleh kita ambil. Setiap kali membacanya, emosi kita turut sama merasai apa yang dirasai oleh watak-watak ini. Louisa May Alcott pandai menyusun ayat dan dapat menggambarkan suasana dengan baik, menyebabkan saya berangan-angan suatu hari nanti Amerika dan British akan saya jejaki. Tentunya selepas Jepun!