Wednesday, May 25, 2011

ummah & keluarga


Sedang menunggu mesin basuh berhenti, tiba-tiba terfikir. Antara ummah dengan keluarga mana lebih penting? Entah kenapa. Mungkin ada kaitannya dengan long list yang diberi oleh naqibah yang kena siapkan sebelum hari Isnin depan.

Kalau ditanya secara general, semua akan kata ummah itu penting dengan hujah-hujah yang hebat-hebat. Tapi, sejauh mana kebenaran dan realiti kita menjalani kehidupan?

Kalau menghadapi situasi yang memerlukan kita memilih antara dua ini, siapakah yang akan kita pilih? Secara tak sedar, kita tetap akan mendahului keluarga kita. Mungkin ada juga segelintir yang betul-betul teguh dengan hujah yang mereka keluarkan.

Sejujurnya, aku akan mendahulukan keluargaku dalam banyak hal. Sebab, keluarga itu sebahagian dari ummah. Ummah terbina dari keluarga. Nak bi'ah solehah, keluarga kena soleh dulu.

Tapi nanti, akan timbul isu; 'Kalau semua nak dahulukan keluarga, sapa nak pimpin ummah?'

Aku pun jadi keliru.


[Penulis dalam mode penuh emosi. Gelodak jiwa yang tak dapat dibayangkan. Macam-macam melayang difikiran. Akur. Kerana manusia itu beremosi. Patuh. Kerana manusia itu dikurniakan akal untuk berfikir dan bertafakur]

P/s: sekali lagi credited to Mr Google untuk manga yang comel ni