life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Monday, May 2, 2011

10 Ciri Peribadi Muslim Sejati

Dalam masa cuti yang sangat panjang, marilah kita sama-sama meningkatkan dan meneguhkan lagi keperibadian kita supaya hampir dengan peribadi Kekasih agung kita, Rasulullah s.a.w. Jom tengok, ciri-ciri yang kita boleh tingkatkan:


1.Aqidah Sejahtera
-Menjauhi amalan syirik
-Keikhlasan amal
-Beriman dengan rukun iman
-sentiasa bersyukur

2.Ibadah yang Sahih
-Menghargai solat berjemaah di Masjid
-Qiamullail seminggu sekali
-Menunaikan zakat dan berpuasa wajib
-Sentiasa membaca Al-Qur'an dan menjaga adab tilawah
-Menghafaa 1 juzuk AL-Qur'an

3.Akhlak yang Mantap
-Tidak takabbur
-Tidak menipu, mencaci, mengumpat, dan mengejek
-Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
-Menghormati orang yang lebih tua
-Menunaikan janji dan menjaga rahsia
-Menutup keaiban orang lain
-Sensitif kepada perkara-perkara negatif

4.Mampu Berdikari
-Menjauhi sumber kerja yang haram
-Menjauhi penipuan
-Menunaikan zakat
-Membuat simpanan
-Tidak menangguhkan tugasan
-Memelihara milik awam dan peribadi

5.Berpengetahuan Tinggi
-Mampu membaca dan menulis dengan baik
-Membaca tafsir 1 juzuk
-Menjaga hukum tilawah
-Hafal Hadith 40
-Mengenali sepuluh orang yang dijanjikan syurga
-Mengetahui hukum thoharah/puasa/solat
-Memahirkan diri dengan teknologi baru

6.Fizikal yang Kuat
-Bersih tubuh badan
-Bersih pakaian
-Bersih tempat tinggal
-Beriltizam dengan sunnah makan dan minum
-Senam 2 jam seminggu

7.Sentiasa Bermujahadah terhadap Diri
-Menjauhi perkara haram
-Menjauhi tempat-tempat yang melalaikan
-Meninggalkan tempat-tempat maksiat


8.Pengurusan Diri yang Baik
-Penampilan yang elok
-Tidak mempunyai hubungan dengan pihak yang menentang Islam


9.Menghargai Masa
-Bangun awal
-Menggunakan masa tertentu untuk belajar

10.Bermanfaat Kepada Orang Lain
-Menunaikan hak ibu bapa
-Menyertai majlis-majlis keraian
-Membantu orang yang memerlukan

p/s:peringatan buat diri sendiri juga. Hidup ini tak mudah. Macam-macam masalah ada. Mati pun tak mudah, nanti kena soal macam-macam. Kalau jawapan tak ikut piawai yang dikehendaki, dapatlah kita hadiah yang setimpal dengan jawapan yang salah. Jadi, kalau nak dapat mati yang mudah, memang kena hadapi hidup yang susah bersungguh-sungguh. (insya Allah)

3 comments:

Nadhirah said...

terima kasih (: puas saya cari

Sirr said...

sama2..semoga bermanfaat =)

Jason Wade said...

=) terima kasih ya