Friday, May 6, 2011

Putrajaya II

おはようございます。 

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga update cerita tentang perjalanan ke Putrajaya. Tujuan ke Putrajaya pada awalnya untuk membantu perjalanan program ERAT 2011. Tapi bertukar menjadi lawatan ke Palace of Justice. Dari gombak pukul 10.15 pagi menjemput Nadhirah di rumahnya.

Perjalanan ke Putrajaya banyak memberi pengalaman baru. Sebelum bertolak jauh, Sirr singgah di Petronas untuk mengisi minyak dan pam tayar kereta. Abah ada memberi pesanan, untuk pam tayar kereta, 29-tak ingat unitnya- Bila nak isi, Sirr pun dengan ragu-ragunya menekan butang yang disediakan. Tekan punya tekan, nombor yang turun paling akhir adalah 35. Masa ni mulalah rasa gabra, betul ke abah sebut 29? Bila  cuba telefon abah, tak dapat. Jadinya Sirr pun cubalah tekan butang-butang yang ada, dan keluar nombor lain. 35 bertukar jadi 9. Lepas tu, terus cuba tekan butang '+'. sehingga nombor 200, dan bila tekan butang tukar unit, dia tunjuk 29. Dalam hati rasa mungkin betullah ni; tapi nak dapatkan kepastian dari abah, belakang dah ada kereta yang menunggu, jadinya kasi mereka isi dulu. 

Alhamdulillah, akhirnya selesai satu rintangan. =)
Seterusnya nak cari jalan ke Putrajaya. Bukan tak pernah sampai Bangi. Dah banyak kali sampai Bangi. Tapi masih kurang hafal jalan ke Bangi. Bila nak masuk simpang ke Bangi hati mula ragu-ragu kembali. Tapi, sebab ikut je sign board ke Putrajaya, sampai juga. Walhamdulillah!

Halangan ke-dua, nak cari Palace of Justice kat mana. Masuk Putrajaya rasa macam masuk Singapura, kecuali tak ada kastam nak check kereta. Jalan besar, cantik, baru, luas. Bak kata Nadhirah, tak semak macam kat KL. Mula tu masuk Presint 14. Tapi Presint 14  tu tempat perumahan. Jadinya keluarlah balik dari Presint 14 dan cari Presint 3.

Bila dah jumpa Presint 3, nak cari jalan untuk parking kereta pula. Tak jumpa. Puaslah pusing dua-tiga kali nak cari tempat letak kereta ni. Nadhirah pergi selesaikan masalah disini. Tapi, terpaksa keluar balik dari Palace of Justice sebab nak cari kedai fotostat. Punyalah jauh nak cari kedai fotostat sampai kena pergi ke Alamandar.
Nak cari Alamandar pun sesat juga. Buatlah dua kali round baru jumpa kat mana Alamandar tu. Punyalah jauh ceruk masuk kedalam. Dalam Presint 16. So, kat Alamandar ni, kiteorang pergi fotostat, makan tengahari, solat zuhur, dan dengan izin-Nya dapatlah berjumpa dengan beberapa kumpulan peserta ERAT 2011 sedang ber'explore race' di Alamandar. Tersenyum, bila mengingatkan pengalaman menjadi peserta ERAT dulu. Tersenyum, bila terkenang zaman innocent baru habis SPM, zaman jiwa berkobar-kobar nak menjejakkan kaki ke ipt bersama segunung harapan. Jadi peserta lagi seronok dari jadi komiti. Dalam pelbagai aspek.

Kiteorang kemudian bergerak ke Palace of Justice untuk urusan yang tergendala. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baiknya, walaupun memakan hampir setengah hari untuk siapkan. 

Destinasi seterusnya ialah mencari Masjid Besi, tempat penginapan peserta ERAT 2011. Masjid Besi ni besar sangat. Sesatlah juga dalam masjid. Mencari pintu utama. Tapi yang sedihnya, masjid ni, macam tak berpengunjung sangat. Mungkin belum habis sepenuhnya pembinaanya sebab, masih ada saki-baki kerja-kerja pembinaan. 

Memang sangat letih memandu. Lebih-lebih lagi nak meredah jam dibeberapa tempat, sebab ramai yang nak masuk lorong. Letih-letih pun, pengalaman hidup yang menarik!

Hidup kita tak akan lari dari tersalah langkah. Tapi kita harus tahu untuk kembali ke jalan yang sebenar. Sebab kalau kita tak ambil jalan yang betul, kita akan terus-menerus tak jumpa destinasi kita. Jangan kita terus hanyut tanpa tujuan. Bila matlamat kita jelas, biar salah macam manapun, kita akan berusaha untuk cari jalan yang betul.

Nak cari jalan yang betul pun kita kena ada petunjuk. Kalau sombong memang susahlah nak jumpa jalan tu. Sebab tu Allah turunkan pada kita Al-Qur'an, lepas tu Allah kasi back-up lagi, kasi turun Nabi untuk kita rujuk.

Tak ke ini menunjukkan Allah itu sangat memahami hamba-hambanya. Di beri kita peluang banyak kali untuk berubah dan terus berubah. Hari ini kita macam ni, esok lain gayanya pula. Tapi yang pasti, tujuan kita mesti satu dan jelas. Mesti nak pulang pada-Nya dengan diterima.

Kalau tak ada Asma Zai yang memang duduk di Putrajaya, memang kami akan membazir banyak masa mengelilingi Putrajaya sebab tak tahu jalan dan akhirnya kerja pun tak siap.

Alhamdulillah walhamdulillah. Moga diri ini akan sentiasa mencari jalan yang betul. Biar banyak kalipun tersalah langkah, moga diri ini tak akan berputus asa. amin.amin.amin.

p/s:cuba untuk menggunakan bahasa melayu sepenuhnya, namun apakan daya, seni bahasaku sudah tumpul!Aduh..."Takkan hilang melayu didunia kalau masih ada bahasa melayu dituturkan. Takkan hilang melayu didunia kalau masih ada budaya yang ditegakkan" Bahasa sangat penting ok!

p/s2:Terima kasih sebab sudi membaca deretan kata yang meleret-leret^^