Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk saya terus membaca kerana masih di kurniakan dua mata yang masih lagi dapat melihat.
Ini merupakan buku ke-enam saya nukilkan di dalam belog yang saya sayangi. Bukan bermakna saya baru membaca enam buah buku sepanjang 21tahun saya hidup. Tapi buku-buku ini merupakan buku yang terpilih kerana isinya yang menarik dan memberi manafaat secara langsung mahupun tidak langsung.
Dan setakat ini, sumber buku yang saya baca diperoleh daripada perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Terima kasih kerana memberi saya peluang meningkatkan lagi perbendaharaan kata dan penguasaan bahasa inggeris saya.
******
Cerita ini berkisar pada zaman China mengalami revolusi demi revolusi. Dalam mengurangkan populasi negaranya yang semakin menigkat dan menyebabkan populasi negara China yang tinggi melebihi kadar keupayaan negara. Bermulalah era setiap keluarga hanya boleh memiliki seorang anak dan jika didapati sebuah keluarga mempunyai lebih dari satu anak, keluarga itu akan dikenakan denda dan sara hidup anak yang kedua dan seterusnya adalah lebih tinggi.Masyarakat china sangat mementingkan anak lelaki melebihi anak perempuan. Apabila polisi kerajaan yang membenarkan seorang anak setiap keluarga, maka ramailah bayi perempuan yang dibuang gara-gara bapa mentua mahukan anak lelaki yang dapat mewarisi nama keluarga mereka. Malah, mereka merasakan anak perempuan adalah bebanan dan tidak membawa sebarang keuntungan.
Cerita ini menceritakan tentang seorang anak perempuan cina yang menjadi anak angkat kepada pasangan suami isteri Canada. Dong Mei hidup bahagia bersama pasangan suami isteri ini dan mempunyai seorang kakak. Suami isteri ini sentiasa mengingatkan Dong Mei akan usulnya untuk Dong Mei tidak melupakan ibunya, Chun Mei yang melairkannya.
Bagi Dong Mei, mengapa dia perlu mencari ibunya yang telah membuangnya di rumah anak-anak yatim? Namun, semakin Dong Mei membesar, semakin kuat rasa untuk mencari identitinya yang sebenarnya. Bermulalah pengembaraannya ke negeri kelahirannya, mencari ibunya dan terbongkarlah segala kisah yang berlaku sehinggakan Dong Mei terdampar di rumah anak yatim.
*****
Kisah ini mengingatkan saya kepada tazkirah yang diberikan oleh adinda Ahmad Muqsit di petang Raya Haji. Ketaatan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan membawa kepada ketaqwaan. Sekiranya kita ambil dari sudut pandangan Islam, seorang ibu berusaha keras daripada anaknya ditaman hidup-hidup lantaran daripada tradisi dan polisi yang telah digariskan oleh masyarakat. Hasil daripada tindakan ini, hampir-hampir menyebabkan si ibu menjadi gila. Kasih ibu tiada tara. Pengorbanan si ibu berpisah dengan si anak demi melihat kelangsungan kehidupan si anak dan memberi kehidupan yang lebih baik kepada anaknya. Akhirnya menjadikan anak itu seorang yang berjaya.Jika kita lihat dalam zaman sekarang, pembuangan anak yang berleluasa seakan kita kembali kepada zaman jahiliyyah sebelum ajaran Islam tersebar. Ini bukanlah pengorbanan sebenar. Lihat kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail. Semenjak kecil, Nabi Ismail ditinggalkan bersama ibunya Hajar. Nabi Ismail membesar menjadi seorang anak yang taat. Taat sang anak kepada ayah, namun ketaatannya kepada Sang Pencipta melebihi taatnya kepada sang Ayah. Sehingga mendapat perintah untuk menyembelih Nabi Ismail, pun Nabi Ismail rela menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan Allah buat ayahnya Nabi Ibrahim. Ketaatan memang memerlukan pengorbanan, dan pengorbanan membawa kepada ketaqwaan
wallahu'alam =)