life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Sunday, August 2, 2009

Ikhtilat

Pergaualan antara lelaki dan perempuan menjadi masalah yang sangat complicated walaupun pada dasarnya Allah telah menggariskan hukum yang sangat jelas, Rasulullah telah memberi contoh-contoh yang terang dalam hadith-hadith baginda. Para sahabat dan sahabiah patuh mendengar arahan Allah dan mematuhinya tanpa sedikit rasa ragu dihati. Kepentingan menjaga pergaulan kita antara lelaki dan perempuan sangat besar. Permulaan menghampiri zina adalah pergaulan. Masakan tidak. Jika tiada pertemuan, luahan rasa, tautan antara dua hati, zina boleh dieelakkan, Insya Allah.

Menginjak masuk ke zaman teknologi, zaman yang sangat jauh dengan zaman rasulullah, sahabat, tabi' tabi'in yang sangat terkenal dengan 'alim ulama yang masih menitikberatkan urusan agama. Kita hidup di zaman serba canggih, namun kita sangat miskin dengan hal-hal agama. Malah hampir agama di pisahkan dengan urusan kehidupan seharian. Hidup di zaman ini, kita didedahkan dengan hubungan antara lelaki dan perempuan sejak tadika tanpa pemantauan. Sering kita keliru dengan rasa sayang terhadap sahabat-sahabat kita. Atas nama friendship, kita ketepikan batas-batas pergaulan. Lelaki dan perempuan menjadi sama. Tiada perbezaan. Kita boleh berinteraksi dengan lelaki/perempuan seperti mana kita biasa berinteraksi dengan kawan segender. Maka tersenyumlah para kufar berjaya membius pemikiran muslim/muslimah generasi baru yang akan memimpin dan mentadbir negara. Makin jauhlah harapan generasi dahulu untuk melihat Islam kembali tertegak di bumi ALLAH ini.
Terbaca satu artikel dari web iloveislam pasal topik ikhtilat. Sedikit pengongsian buat semua tentang tips berhubung/berurusan dengan bukan mahram:
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?
3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Dan di artikel itu, terselit surat ar-rijal tentang pandangan mereka terhadap wanita

Dan saya tahu, saya masih jauh dari melaksanakan perintah-Nya. Masih ada lompong-lompong yang membuka ruang musuh nyata melancarkan perang! SEbab, kalau perhatikan tips dan surat ar-rijal itu, Terdetik dihati 'YA Allah, janganlah kaumku yang menyebabkan mereka terleka. Ya Allah, janganlah ada tindakan-tindakan ku yang sebegitu. Jika ada secara sedar mahupun tanpa sedar maka, ampunilah kekhilafan aku.'

p/s:peringatan untuk diriku jua, agar aku terus berjalan diatas jalan-Nya

No comments: