Monday, March 26, 2012

Ilmu itu dimana-mana!

Nadya berlari-lari anak mendapatkan lif. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 8.35 pagi. Nadya sudah lambat lima minit dari masa meeting yang ditetapkan. Dua hari lepas, Nadya menerima mesej memaklumkan meeting pertama untuk projek yang Nadya sendiri kurang maklum. Tapi, tidak pula Nadya hendak bertanya lanjut akan meeting ini. 'Yang pasti, bukan perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang.' Nadya tersenyum dengan anggapannya sendiri. Nadya melangkah masuk ke dalam lif bila bunyi 'ding' menyentak lamunannya. Masa terus bergrak tanpa menunggu siapa-siapa. Nadya mengerling jam di tangan, sambil tangannya menekan butang empat. Sejurus pintu lif tertutup, Nadya bersandar di dinding lif. Lelah berjalan dari mahallah belum kurang. Sambil menunggu lif berhenti di tingkat empat, Nadya bercongak-congak assignment  yang masih menunggu di biliknya. 'Harap-harap meeting ini tidak lama.'

Sejurus pintu lif terbuka, Nadya cepat-cepat keluar dan menuju ke head quarters, destinasi meeting-nya hari ini. Melangkah kaki ke dalam head quaters, Nadya melihat dua jejaka dan seorang perawan menunggu. Masing-masing masih sibuk dengan kerja masing-masing. Tidak pula kelihatan sedang berbincang seperti yang sepatutunya sekiranya meeting sudah bermula. Nadya malu sendiri. Sudahnya dia mencuri masa mereka. 

"Minta maaf lambat..." hanya itu yang Nadya boleh ungkapkan. Dia terus mengambil tempat di sebelah Sabrina. Nadya bersalaman dengan Sabrina, sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

"Okaylah, kita mulakan meeting kita dulu...yang lain akan menyusul kemudian. Sepatutnya ada lagi empat orang lagi yang terlibat. Haziq dan Safa' tidak dapat hadir hari ini. Anisah dan Amir lambat sikit." Huzaifah menerangkan duduk perkara sekaligus memberitahu komiti yang terlibat untuk projek 'rahsia' ini. 

Mendengarkan nama-nama yang sudah dikenali ini, Nadya tersenyum lega. 'Insya Allah, mudahlah untuk bergerak dengan mereka.' Meeting pun bermula dengan bacaan Ummul kitab Al-Fatihah. Kemudian, Huzaifah menerangkan tentang projek 'rahsia' ini.

"Agenda utama pagi ini untuk membincangka projek 'rahsia' kita...." Huzaifah sudah masuk ke mode seriusnya.

Dan seterusnya, perbincangan semakin hangat dalam 'membedah' dan mengkaji baik buruk projek 'rahsia' ini. Nadya tekun mendengar dan sesekali memberi buah fikiran. Tapi, acapkali Nadya terpegun dan tertegun mendengar perdebatan antara Huzaifah dan Fahmi. 'Masya Allah, betapa banyaknya perkara baru dan revision yang aku boleh dapat dari perdebatan ini. Terasa ceteknya ilmu yang berada didadaku.'

Akhirnya, perangkaan dijalankan. Melihat projek 'rahsia' ini boleh pergi dengan lebih jauh dan manfaat yang akan diperolehi oleh masyarakat kampus daripada projek 'rahsia' ini lebih banyak daripada kos yang diperlukan untuk melaksanakannya, kami bersepakat untuk bergerak, bersama-sama menjayakan projek ini.

Untuk pertama kalinya Nadya menghadiri meeting yang memakan masa hampir lima jam. Tapi, bagi Nadya, sepanjang hampir lima jam itu, tidak pula dirasakan sia-sia. Setiap saat terisi dengan mempelajari perkara-perkara baru. Memberi semangat kepadanya untuk menghadapi assignment-assignment yang menunggunya di balik pintu bilik, di atas meja.

Ya, Nadya akui, ilmu bukan sahaja boleh didapati dari bilik-bilik tertutup denga guru di hadapan, malah dari perbincangan-perbincangan santai sehinggalah perbincangan-perbincangan serius. Ilmu bukan sahaja boleh didapati dari para alim yang lebih dahulu mengenal dunia, tetapi, dari adik-adik riang gembira, yang ditemui di kafe, di tepi makmal komputer dan juga dalam persatuan-persatuan seperti persatuan yang Nadya ikuti. Ilmu tidak pernah terhad dan kadang-kadang dia datang dalam bentuk yang kita tidak tersangka-sangka. Ilmu bukan sahaja dari buku, tapi dari pemerhatian, dari pengalaman.

Nadya insaf. Pulang sahaja dari meeting, banyak perkara baru yang Nadya perolehi. Masih banyak kerja di dunia ini. Masih banyak komitmen yang menanti. Nadya bermuhasabah lagi hari ini. Peringatan-Nya datang lagi mengetuk pintu hati Nadya. Nekad Nadya, dia akan berusaha bersama komiti yang lain bagi menjayakan projek 'rahsia' mereka ini. Apa projek 'rahsia' ini? Nanti-nantilah Nadya ceritakan.

Monday, March 5, 2012

HIkari E~ (Towards The Light)

Yeah, yeah, yeah, yeah

僕は今 さがしはじめた 水しぶきあげて
果てしなく続く世界へ
あふれだす情熱を胸に どこまでも行くよ
まだ見ぬヒカリ 求め

夏色太陽が ココロの帆をゆらせば
(fly away glum blue sea...)
あたらしい世界への 扉を開く合図
(fly away glum blue sky...)
波間にゆれてる 絶望を抜けて
水平線の向こう側 目指して

僕は今 さがしはじめた 水しぶきあげて
果てしなく続く世界へ
あふれだす情熱を胸に どこまでも行くよ
まだ見ぬヒカリ 求め

きまりきった毎日と ありふれた雲の流れ
(flying over sea of love)
君にも映ってる 知るはずもない未来
(fly away endless blue...)
変わらないことで 傷つかなくても
それじゃ夢も希望さえもない さぁ行こう

僕はなぜ さがしてるんだろう 何がほしいんだろう
答えはきっとその先に
動き出す世界の中へ ココロして行くよ
まだ見ぬチカラ秘めて

僕はなぜ さがしてるんだろう 何がほしいんだろう
まだ見ぬタカラはどこに
あふれだす情熱を胸に どこまで行ける?
わからないけれど

僕は今 さがしはじめた 水しぶきあげて
果てしなく続く世界へ
あふれだす情熱を胸に どこまでも行くよ
まだ見ぬ光 求め
その 向こうへ

It's been so long..really long since I last update my dearest blog. Thank Lord that my Shiroi Asus is healthy, back at my side. Though, still I could not update as much as i wished to. Been hooked up with this song for sometimes now...inspired me to go through this messy life.

Will update real soon, after i clean-up all the mess. Thank you so much
Love you always.

Monday, January 2, 2012

you were there

Sometimes I lost track
Sometimes I blind
But
Because you were there
I was save.
Because you were there
I saw light
So,
Stay with me
Be by my side
And I will always return back


Monday, December 19, 2011

Kekuatan

Mohon ya Allah, diberi kekuatan untuk seminggu lagi.
Melalui hari-hari sukarnya untuk mujahadah.
Apatah lagi istiqamah...
Sabar duhai hati.

Sunday, December 18, 2011

Manisnya Ukhuwwah


Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah!

Sepanjang setahun bersama, pelbagai ragam dan gaya dapat dilihat. Sepanjang setahun bekerjasama, pelbagai sifat dan perangai dapat dikenal-pasti. Sepanjang setahun ini, banyak pengalaman dan pengajaran kita hadapi bersama.

Masya Allah....

Terasa singkat sungguh masa bersama. Akhirnya kita pergi bertebaran di muka bumi kuliyyah ekonomi. Tapi itu semua tidak memutuskan salam persahabatan dan perkenalan selama setahu. Tika bersua, kita tersenyum. Tika bertemu, kita bertukar-tukar berita. Terima kasih adik-adik, kakak-kakak, teman-teman atas huluran kasih dan mahabbah yang tidak terhingga. Terima kasih adik-adik, kakak-kakak, teman-teman atas sekalung perkenalan, selaut ukhuwah.

Kalian adalah salah satu asbab untuk saya terus berjuang dalam jalan ini. Laungan semangat dan pelukan sokongan sangat2 dihargai. Islamic Unity always in my heart. Love you guys, Love IU!

Walaupun, hakikatnya saya bukanlah orang yang pandai bertutur bicara, bermanis mulut, bersenda-gurau, tapi  bersama kalian, segalanya cair. Kerananya kalian sangat berharga. Semoga kita berjaya menempuh perjalanan sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar dan juga hamba.

Memori bersama itu indah kerana manisnya ukhuwah kita.Jazakumullah khairan kasiran.

Friday, November 25, 2011

Alahai adik2

Nadya menunggu dan terus menunggu. Seorang pun tidak kelihatan lagi. Alahai adik-adik. Dimanakah kalian? Kesabaran semakin menipis. Nadya cuba menghubungi mereka. Tetapi hampa! Diteruskan juga kerja-kerja yang memerlukan khidmat mereka, tanpa mereka. Nadya cuba menghiburkan hati dengan dendangan irama yang di ingatinya.

Orang yang hadir semakin ramai. Baru sahaja Nadya ingin kembali menghubungi mereka, kelihatannya mereka datang. Tersenyum-senyum. Faham sangat Nadya dengan makna senyuman itu. Bukan Nadya tidak maklum. Nadya sudah melakukan tugasan ini bersama-sama mereka selama hampir setahun. Alahai adik-adik. Kalau-kalau kalian terus tersenyum, lenyap terus rasa marah Nadya.

Alhamdulillah, Nadya panjatkan kesyukuran atas perjalanan kerja yang lancar, walaupun mereka lewat hadir. Nadya memahami situasi yang mereka hadapi. Betul.Betul. Tapi janganla cuba-cuba untuk terus buat begitu lagi! Terima Kasih ya adik-adik.

P/S: Certia yang direka sedikit berkaitan dengan yang hidup, tapi bukan yang mati. Sekian!

nota kaki:
Merindui adik-adik di sekolah menengah yang menghiburkan hati dikala duka dan marah. (sebab kalau gembira, memang terhibur sudah) Yang sama-sama terlibat dalam satu persatuan. Yang banyak membantu dan memberi sokongan. Yang cuba memahami diri yang agak emo. Yang mampu membuatku tersenyum kembali ketika marahku memuncak. Aduhai adik-adik, dimanakah kalian? Sekarang aku merasai perasaan itu lagi. Bertambah rindu pada kalian. Semoga mereka berada dibawah lindungan-Nya.amin

Monday, November 21, 2011

belajar ikhlas

Situasi 1:

Sano-senpai: Yuko-chan, pelan kita hari itu tak jadi. Kita tukar jadi begini...begitu...begini...Kita kena siapkan cepat. Submission sudah dekat.

Yuko:*mengangguk-angguk, sambil berfikir, malam ni ada discussion, esok ada exam, bla..bla..bla.bila nak buat*hmmm

Sano-senpai: Terima kasih. Nanti dah siap inform. *berlalu pergi meninggalkan Yuko*

Yuko: Hmmm...camne nak buat ni?...Tapi kalo siap cepat, mesti Sano-senpai suke, mesti die puji punya!lagi2 kalo kemas dan teratur.

***
Situasi 2:

Akira sedang dalam perjalanan menuju ke surau.Waktu maghrib sudah masuk. Sesampai sahaja di surau kolej, kelihatan beberapa pelajar sedang bererehat-rehat di dalamnya. Usai mengambil wudu', Akira menunaikan solat sunat. Pelajar yang lain mula bergerak untuk mengambil wudu'. Setelah selesai solat sunatnya, Akira meoleh ke kiri dan kanan. Melihat-lihat, kalau-kalau, ada yang akan menjadi imam buat solat asar. 'Ish...kalo jadi imam ni, mesti orang kagum...mesti derang puji suara aku...'

***

Agak-agak, pernah tak terdetik rasa seperti dua situasi diatas?Tipuuuu kalau tak pernah...(mugkin juga korang memang pandai jaga hati => )

Percaya tak percaya, dua situasi diatas boleh menyebabkan kita hilang rasa ikhlas. Setiap perkara yang kita sandarkan perbuatan itu kerana Dia, Insya Allah ada balasannya. Sebab, ianya dikira ibadah. Apatah lagi kalau kita ikhlas melakukannya. 

Tapi bila unsur-unsur diatas datang mengetuk pintu hati, rosaklah ibadah kita. Hatta mungkin lain pula yang kita dapat. Ushakan hati supaya belajar ikhlas dalam apa jua keadaan. Terima pujian dari orang seperti angin lalu. Jangan mengharapkan ganjaran dari manusia, tapi dari Dia yang Maha Besar. Bak kata abah dalam gurau ketika berbuka puasa; "kalau orang puji banyak2 campak pasir" Untuk? kita jaga hati, jaga amal, supaya tidak ada unsur lai menerjah hati

Bila sedikit tersasar, kembali kepada niat asal, Lillahi Ta'ala. Insya Allah, semoga usha kita diberkati dan dirahmati. Ya bukan mudah untuk memupuk ikhlas, tapi tak mustahil. Jangan dilihat pada outcome, tapi apa yang kita dah buat untuk sampai kepada outcome itu.

Belajar untuk ikhlas.