Nadya menunggu dan terus menunggu. Seorang pun tidak kelihatan lagi. Alahai adik-adik. Dimanakah kalian? Kesabaran semakin menipis. Nadya cuba menghubungi mereka. Tetapi hampa! Diteruskan juga kerja-kerja yang memerlukan khidmat mereka, tanpa mereka. Nadya cuba menghiburkan hati dengan dendangan irama yang di ingatinya.
Orang yang hadir semakin ramai. Baru sahaja Nadya ingin kembali menghubungi mereka, kelihatannya mereka datang. Tersenyum-senyum. Faham sangat Nadya dengan makna senyuman itu. Bukan Nadya tidak maklum. Nadya sudah melakukan tugasan ini bersama-sama mereka selama hampir setahun. Alahai adik-adik. Kalau-kalau kalian terus tersenyum, lenyap terus rasa marah Nadya.
Alhamdulillah, Nadya panjatkan kesyukuran atas perjalanan kerja yang lancar, walaupun mereka lewat hadir. Nadya memahami situasi yang mereka hadapi. Betul.Betul. Tapi janganla cuba-cuba untuk terus buat begitu lagi! Terima Kasih ya adik-adik.
P/S: Certia yang direka sedikit berkaitan dengan yang hidup, tapi bukan yang mati. Sekian!
nota kaki:
Merindui adik-adik di sekolah menengah yang menghiburkan hati dikala duka dan marah. (sebab kalau gembira, memang terhibur sudah) Yang sama-sama terlibat dalam satu persatuan. Yang banyak membantu dan memberi sokongan. Yang cuba memahami diri yang agak emo. Yang mampu membuatku tersenyum kembali ketika marahku memuncak. Aduhai adik-adik, dimanakah kalian? Sekarang aku merasai perasaan itu lagi. Bertambah rindu pada kalian. Semoga mereka berada dibawah lindungan-Nya.amin