life
(90)
quotes/poems
(44)
wisdom
(42)
family
(39)
events
(31)
memories
(28)
marriage
(24)
dreams
(23)
iiu
(20)
Ramadhan
(19)
books
(19)
stories
(18)
works
(10)
children
(8)
skills
(8)
photoshop
(6)
sightseeing
(6)
Inilah Memori Kita
(3)
Hidup
(2)
That Turning Point That Journey
(2)
Utau
(2)
ayat cinta <3
(2)
cooking
(2)
vacation
(1)
Saturday, November 6, 2010
Wednesday, October 13, 2010
sepetang bersama mualaf makeup artis
kali ini. mengambil kesempatan berkongsi cerita dari blog orang lain. 100%copy paste..takde tokok tambah. boleh layari blog beliau di:http://warungkampung.wordpress.com/2010/10/12/sepetang-bersama-muallaf-makeup-artist-dia-mencarimu-di-situ-pt3/
....sama-sama kita amik pengajaran...
moga iman kita kukuh di jalan penuh liku....*ya Allah kuatkan hati hambamu ini.amin*
[Memandangkan blog ini mendapat feedback yang positif terhadap artikel-artikel 'Dia mencariMu di situ', dengan sukacitanya aku ingin menambah lagi satu kisah pertemuanku dengan muallaf Jepun suatu ketika dulu. Walaupun tiada kaitan dengan peranan masjid dalam kisah ini secara langsung, aku ingin pinjam tajuk kawanku ini sekali lagi. Semoga mendapat manfaat. Nak berkongsi, tak perlu minta izin, copy paste saja. Tetapi sertakan link blog saya ya! Terima kasih.]

Aku berada di bilik yang dipenuhi Muslim yang berbangsa Jepun, di bilik gerakan rasmi Japan Muslim Association (JMA), satu-satunya persatuan di mana kebanyakan ahli penggeraknya adalah berketurunan Jepun. Dengan beberapa orang rakan Malaysia yang lain, kami mula memperkenalkan diri seorang demi seorang. Saudara Jepun pun memperkenalkan diri. Ramai yang sudah berusia, malah salah seorang daripadanya berbangga menyatakan, dengan umur beliau mencecah lebih 90 tahun, dia merupakan Muslim Jepun tertua!
“MasyaAllah, dengan usianya, masih mampu berjalan tak bertongkat, malah ke sana sini tanpa perlu bantuan orang. Hebat!” bisikku.
Setelah senior-senior memperkenalkan diri, barisan pemuda mereka menyambung pengenalan diri.
“Saya Yamada. Saya memeluk Islam setelah melanjutkan pelajaran di Mesir kerana tertarik dengan konsep yang di bawa Islam,” ujar saudara Jepun di sebelah kananku.
Ramai juga khabar yang aku dengar tentang pelajar Jepun yang memeluk Islam setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di luar negara. Tak kurang juga mereka yang memeluk Islam di Malaysia.
Namun, dalam banyak-banyak hadirin di situ, aku begitu tertarik dengan mamat di sebelah kiriku. Pakaiannya segak bergaya. Suit yang dipakai pun tampak mahal, sesuai dengan imej mudanya. Rambutnya panjang sampai ke bahu, tetapi sebahagian rambutnya diikat kemas. Sungguh stylo!
“Nama saya Ozaki. AlhamdulIllah, saya memeluk Islam setahun yang lepas…”
Aku tunggu sehingga selesai sesi pengenalan, dan mula berbisik dengannya.
“Erm, saudara Ozaki, boleh saya tahu apa pekerjaan awak?”
“Saya adalah professional makeup artist!”
Oh, patutlah smart semacam!
“Erm, boleh saya tahu tak artis mana yang pernah bermakeup dengan Ozaki-san? Heh heh.”
“Hm, sepatutnya benda ni confidential, tetapi saya beritahulah yang pernah buat dengan saya. Antaranya Mrs XXX dan Mrs YYY.”
Oh, yang Mrs XXX itu aku tak kenal, tetapi Mrs YYY itu aku kenal sangat. Dia adalah artis veteran dan terkenal kerana mukanya cantik dan awet muda, walaupun sudah berusia. Mungkin kalau di samakan dengan artis Malaysia, terkenalnya umpama Syarifah Aini!
Wow, memang dia ini bukan calang-calang makeup artist!
Tetapi dari situ timbul satu lagi persoalan yang lebih ingin aku tahu: Bagaimanakah dari dunia glamour tersebut, dia berjaya menjumpai Islam?!
Sungguh hidayah itu datangnya dari Allah. Bentuknya pula berbagai. Oleh kerana itulah juga, aku amat tertarik dengan bagaimana Ozaki-san menjumpai Islam, disebalik dunia artis dan hiburan, antara tempat yang umumnya sangat jauh dengan Islam.
Aku memberanikan diri untuk bertanya.
“Macamana saudara Ozaki boleh dapat hidayah untuk memeluk Islam?”
“Hm, nantonaku! (entah, tiba-tiba je!)”
“Eh, macamana pula boleh macam tu?”
“Begini. Saya selama ni tak pernah langsung dengar tentang Islam, jauh lagi untuk timbulkan minat untuk mendalaminya,” dia mulakan penerangan.
“Tetapi, entah kenapa, satu hari, saya termimpi tentang Islam. Perkataan ‘Islam’ yang saya tak pernah dengar selama ini muncul di dalam mimpi saya. Amat menghairankan. Setelah peristiwa itu, saya mula mengkaji sedikit demi sedikit tentang Islam. 6 bulan kemudiannya, saya telah mengucapkan syahadah.”
“MasyaAllah, sungguh teruja saya mendengarnya!”
“Sebenarnya bukan makeup artist saja pekerjaan saya. Saya juga merupakan ahli volunteer persatuan Danpopo, persatuan yang memberi kaunseling dan bimbingan kepada orang Jepun yang berhutang dengan syarikat along berdaftar di sini. Along ‘halal’ ini musuh kami!”
Kami tersenyum. Memang fenomena yang parah di Jepun di mana syarikat ceti berdaftar ini mengenakan interest (riba) yang tinggi sehingga menyebabkan ramai orang Jepun tertekan dan akhirnya membunuh diri!
“Saya anggap ini adalah perjuangan saya sebagai seorang Islam. Saya yakin ini adalah sebahagian daripada ajaran Islam.”
“MasyaAllah, mulia sungguh kerja kamu!”
“Oleh kerana saya bukan dilahirkan Islam, saya tak pasti samaada dapat mengamalkan Islam secara total atau tidak. Tetapi saya sendiri akan cuba sedaya upaya untuk mengamalkan dan menyebarkan Islam di Jepun ini. Bila melihat umat Islam bersujud ketika solat pada mula-mula pengenalan saya tentang Islam dahulu, ianya sungguh menyentuh hati. Ini sungguh menunjukkan penghambaan kita terhadap Tuhan yang Esa.”
“Benar. Kita menghina diri sendiri sebagai hamba bila bersujud ketika solat. Saya juga kagum dengan semangat Ozaki-san untuk menyebarkan Islam di negara sendiri. Saya doakan kamu sentiasa beristiqomah sebagai duta kecil Islam di sini untuk sentiasa menyebarkan tentang Islam.”
“InsyaAllah.”
Pertemuan hampir ke penghujungnya. Semua bersiap-siap untuk bersurai. Aku dan Ozaki berjabat tangan.
“Ozaki-san, semoga engkau terus menjalankan amalan mulia membantu mereka yang tersepit di dalam kesusahan. I love you as my Muslim brother! Sekiranya kamu berkesempatan ke Malaysia, jangan lupa hubungi saya, saya akan jadi tourist guide untuk kamu secara percuma!”
“Terima kasih. Kamu pun sama. Sekiranya ke Tokyo lagi, jangan segan silu untuk kontek saya!”

Sumber: www.phototravels.net

SubhanAllah, terasa sungguh indahnya ukhwah Islam.
Ya Allah, Engkau tabahkan dan tetapkanlah Ozaki-san terhadap Islam, Engkau tambahkanlah ilmu agamanya, dan Engkau pertemukan kami kembali kelak, jika tidak di dunia ini, di akhirat esok insyaAllah.
Friday, September 24, 2010
Rose In Bloom
Ingat lagi cerita Eight Cousins? Rose in Bloom adalah sequel daripada cerita Eight Cousins. Kali ini, Louisa May Alcott bercerita tentang bagaimana kehidupan Rose dan sepupunya yang sudah meningkat dewasa. Rose kembali ke kampung halaman selepas dua tahun mengembara bersama bapa saudaranya Dr. Alec atau Uncle Alec dan Phebe, adik angkat Rose yang merupakan orang gaji di rumah Aunty Plenty.
Rose dan Phebe bertambah cantik dan elegan menunjukkan kejayaan Uncle Alec mendidik dua anak dara ini. Rose dan Phebe berjaya menarik perhatian sepupu-sepupunya. Campbell merupakan keluarga nobel. Orang ramai menghormati menghormati mereka kerana keperibadian Campbell menyebabkan mereka menghormati keluarga Campbell. Apatah lagi Uncle Alec mendidik Rose dan Phebe menjadi insan yang mementingkan keutamaan dan kesejahteraan masyarakat miskin.
Jika golongan nobel-nobel lain lebih banyak menghabiskan masa dengan menghadiri parti-parti, berseronok dan membaca buku novel (novel di samakan dengan novel fiksyen yang tidak memberi faedah malah hanya membawa kepada khayalan). Campbell, terutamanya Rose, lebih menghabiskan masa dengan berbakti kepada yang memerlukan.
Dalam cerita ini, Rose meminta izin daripada Uncle Alec untuk merasai kehidupan seperti belia yang sebaya dengannya. Pergi ke pelbagai parti, bergembira dan sosial selama 3 bulan. Rose mengambil ini sebagai ujian dan cabaran untuk melihat kemampuan dirinya menghadapai dugaan dan godaan berseronok sebelum meneruskan projeknya untuk membina sebuah rumah sewa kos rendah untuk golongan miskin.
Kita dapat melihat perkembangan setiap watak utama dalam cerita ini di mana Archie, sudah mula tertarik dengan Phebe yang semakin angun, dan Archie mula serius menjalani kehidupannya dengan menjalankan perniagaan bersama-sama Uncle Mac, bapa Mac dan Steve.
Charlie pula masih dengan sikap suka berhibur, dan tidak memilih untuk melakukan pekerjaan serius seperti Archie. Charlie gagal menunaikan janjinya terhadap Rose untuk tidak meminum arak, menerima kemarahab Rose. Selepas itu Charlie berjanji pada diri sendiri untuk tidak meminun arak kembali dan melakukan pekerjaan yang serius. Selama sebulan dia berjaya melakukannya, namun apabila dia berhasrat untuk pergi ke India bekerja bersama ayahnya, disini ujian untuk Charlie sangat besar kerana, pelbagai jamuan diadakan untuk Charlie yang akhirnya gagal unutk menolak tawaran rakan-rakannya untuk minum arak. Akhirnya meninggal dunia akibat jatuh dan ditendang kuda tungganagannya selepas pulang dari berjumpa dengan rakan-rakannya.
Mac, berusaha untuk meningkatkan lagi skill komunikasi memandangkan dia merupakan seorang yang ulat buku. Mac pergi mengembara untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran disamping mempelajari seni puisi. Mac berjaya menulis puisi dan diminati ramai. Malah, Mac dengan beraninya membawa pulang anak kecil yang kematian emak kerumahnya walaupun dimarahi Aunty Jane dan akhirnya anak kecil itu menjadi anak angkat Rose.
Steve diceritakan banyak tentang bagaimana dia menjadi watak yang menyokong dan membantu abangnya Mac untuk terjun berjumpa dengan masyarakat. Steve juga diceritakan sebagai orang yang pertama bertunang diantara sepupu-sepupunya.
George dan Willy tidak banyak muncul memandangkan mereka belajar disekolah berasrama. Jadi, mereka lebih banyak menghabiskan masa di sekolah berbanding di kampung halaman.
Jamie, sepupu yang paling kecil menjadi lebih matang dan banyak menolong ahli Campbell yang memerlukannya untuk melakukan sesuatu perkara. Jamie, membesar dan menjadi seorang gentleman. Kalau dulu, ketika Jamie kecil, dia banyak melakukan perkara-perkara yang nakal, kini dia lebih menghormati dan lebih memahami dan dapat membaca suasana persekitaran.
Biarpun banyak perkara yang berlaku, sedih, gembira, kematian, kesakitan, persengketaan dan perpisahan. Sekiranya tiada rasa kasih dan saling hormat-menghormati, Campbells sudah musnah dan membawa hal masing-masing.
Alangkah bagusnya kalau masih ada lelaki yang gentleman seperti tujuh sepupu ini.
Rose In Bloom, menutup tirai dengan semua kesusahan dan kesabaran yang mereka hadapi akan ada ganjaran yang menanti.
Saya tidak dapat nak menjaga pengakhiran cerita yang ditulis oleh Louisa May Alcott. I cant never predict the storyline. Its Amusing!
Thursday, September 9, 2010
The call
When i received a call from you, i feel glad and happy. You arrived safely here. Thank to Allah for letting you coming here again :)
When you call me, at that time, i was sleeping. But knowing that you called me i unconsciously answered the call after my lil sister give the phone. Though i vaguely remember what i had said to you, but i know i answer you properly.Hopefully ;)
Sorry for the monotone, since i cant even open my eyes at that time, but i knew what you said. I remember it. Thanks for calling me and telling me you are safe and happy by your family at that time. :D
*big hugs for you*
see you soon...

Saturday, September 4, 2010
Eight Cousins
google pic
Howdy people~
Alhamdulillah, minggu yang sibuk sudah berlalu. UIA sudah memulakan cuti pertengahan semester dan cuti raya dengan rasminya pada 4 September 2010. Tapi ini bukanlah perkara pokok yang ingin dibincangkan dalam entry pertama bulan sembilan ini.
Ingat lagi tak pada buku cerita Jo's Boys dan penulisnya? Buku yang telah saya review pada bulan april yang lepas. "Eight Cousin" merupakan buku yang ditulis oleh penulis yang sama iaitu, Louisa May Alcott. Menariknya cerita ini, ia berkaitan dengan bagaimana nak mendidik seorang anak. Rose yang kehilangan ayah dan ibu dijaga oleh 6 orang emak saudara! Sebelum penjaga sebenar Rose datang. Ayah Rose menyerahkan hak penjagaan Rose pada bapa saudaranya yang dikenali sebagai Uncle Alec, dan merupakan seorang doktor.
Cerita ini begitu menarik, bagaimana seorang lelaki berjaya mendidik seorang anak perempuan yang sedang membesar dan akan menhadapi masalah-masalah remaja. Bagaimana Uncle Alec berjaya mendidik Rose supaya tidak menjadi materialistik dan mementingkan diri sendiri.
Nama buku ini diberi bersempena nama lapan orang sepupu iaitu, Rose, Archie, Charlie, Mac, Steve, Will, Georgie and Jamie. Tujuh lelaki dan sorang perempuan! Bagaimana Rose hidup dan membesar dengan tujuh orang sepupu lelaki! Rose menjadi tempat mereka bertujuh mengadu dan berterus-terang tentang rahsia-rahsia mereka. Dibawah didikan Uncle Alec, Rose berjaya mengubah persepsinya terhadap lelaki. Rose juga rajin untuk belajar pelbagai perkara disamping turut menjaga kesihatan dengan bersenam dan bercucuk tanam.
Dibawah pengaruh Rose, Archie dan Charlie yang tertua diantara mereka berjanji untuk tidak merokok dan mengambil minuman keras dan berjudi. Perjanjian mereka ialah untuk Rose tidak memakai anting-anting (yang merupakan keinginan paling tinggi Rose) dan mereka tidak akan sekali-kali melakukan tiga perkara itu.
Uncle Alec memilih masa setahun untuk mendidik Rose, sekiranya emak saudara-emak saudara Rose melihat Uncle Alec gagal mendidik Rose, maka mereka akan bergilir-gilir menjaga Rose selepas tempoh setahun itu tamat. Tapi Uncle Alec berjaya kerana Rose menjadi seorang yang mengambil berat tentang orang lain.
Rose menghabiskan masa sebulan untuk setiap rumah emak saudaranya. Untuk memberi peluang emak saudaranya bermanja dengan Rose.
Mungkin review kali ini kurang bagus. Tapi, percayalah, buku ini memang seronok dan bagus! Ada pengajaran yang boleh kita ambil. Setiap kali membacanya, emosi kita turut sama merasai apa yang dirasai oleh watak-watak ini. Louisa May Alcott pandai menyusun ayat dan dapat menggambarkan suasana dengan baik, menyebabkan saya berangan-angan suatu hari nanti Amerika dan British akan saya jejaki. Tentunya selepas Jepun!
Thursday, August 19, 2010
Pollyanna
Pernah dengar tentang cerita ini?Pernah baca?Haa..kalau tak pernah, mari sama-sama membacanya. Bahasa Inggerisnya mudah dan jalan cerita dia seronok. Walaupun masih belum boleh mengalahkan cerita 'Little Women', tapi boleh bagi tumb up pada penulis buku ini. Cerita klasik yang menarik.
Buku ni menceritakan tentang seorang anak perempuan yang kehilangan ibu dan ayah ketika menginjak umur remaja. Ibunya meninggal dunia lebih awal dari ayahnya. Pada umur 11 tahun, dia terpaksa berpindah kerumah ibu saudaranya kerana ayahnya meninggal dunia. Nama dia ialah Pollyanna. Nama gabungan dua adik kepada ibunya, iaitu Polly dan Anna. Saudara keluarga ibunya telah meninggal dunia kecuali ibu saudaranya yang bernama Polly.
Pollyanna menjalani kehidupan barunya bersama ibu saudaranya dengan rasa gembira. Walaupun pada asalnya, ibu saudaranya memberikan arahan-arahan yang membuatkan Pollyanna terdiam. Tetapi Pollyanna tetap positif menghadapi kehidupannya. Biarpun pada awalnya bilik yang ibu saudaranya sediakan untuk Pollyanna hanyalah sebuah bilik loteng yang tidak mempunyai karpet dan apa-apa hiasan, Pollyanna tetap menerimanya dengan gembira. Pollyanna tetap berasa sedih kerana angan-angannya untuk memiliki bilik yang mempunyai lukisan yang cantik dan terhampar permaidani yang gebu tidak kesampaian. Namun kesedihan itu cepat-cepat dihapuskan dengan bermain satu permainan yang telah diajar oleh ayahnya.
Nama permainan ini ialah 'The Glad Game'. Cara bermainya ialah, fikirkan perkara yang boleh membuat kita rasa senang dan lapang menerima dan menghadapi cabaran yang ada samada dari segi kebaikan ataupun keburukan. Apa yang Pollyanna ialah, apabila dia berasa sedih melihat bilik yang disediakan oleh ibu saudaranya, tanpa karpet dan lukisan, dia melihat pemandangan dari tingkap bilikny dan berfikir bahawa betapa bertuahnya dia kerana dapat melihat pemandangan yang indah, tanpa perlu ada lukisan di dinding!
Selain itu, Pollyanna juga berjaya membuatkan penduduk-penduduk di kawasan perumahannya melihat kehidupan dalam sudut yang berbeza. Mereka lebih ceria menghadapi kehidupan selepas diajar bermain 'The Glad Game'. Pengakhiran cerita ini berkesudahan dengan Pollyanna mengalami kemalangan jalan raya yang membuatkan ibu saurdaranya berubah dengan lebih menghargai anak saudaranya. Pollyanna menjalani terapi di hospital dan berjaya menyatukan kembali ibu saudaranya dengan tunang ibu saudaranya!
Apa yanng penting, dengan cara melihat dan berfikir sesuatu perkara dalam aspek yang lebih positif, mampu membantu kita untuk hidup lebih ceria dan tenang. Kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada tanpa rasa perlu untuk berlebih-lebihan dalam kehidupan yang sementara ini.
Menarikkan! Tunggu apa lagi~ JOM jadi POSITIF! :D
Wednesday, August 11, 2010
Salam Ramadhan
Moga Ramadhan kita akan bertambah keimanan kita
Silalah ambil peluang yang ada ini untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi diri kita.
Moga Allah meredhai perjuangan kita dan memberi balasan yang setimpal dengan apa yang kita lakukan
Moga Allah mengampunkan dosa kita yang kita buat secara sedar mahupun tidak.Amin
Mencuri masa yang ada untuk mencoret sedikit di dalam blog tersayang. Sudah lama tidak menulis di dalamnya. Moga-moga dia tak merajuk =)
Masih perlu belajar untuk pandai manage time.

Subscribe to:
Posts (Atom)