Sunday, February 28, 2010

Random qoute



私は強くなりたい

"watashi wa tsuyoku nari tai"

tq to google language tool for the translation :D

Sunday, January 31, 2010

Tadabur Kalimah Allah

"فَأَجَاءهَا الْمَخَاضُ إِلَى جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَذَا وَكُنتُ نَسْياً مَّنسِيّاً"

23. And the pains of childbirth drove her to the trunk of a date palm. She said: "Would that I had died before this, and had been forgotten and out of sight!''

23. (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata 'alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!'

-surah Maryam,19 ayat 23..

Tuesday, January 5, 2010

New discovery

"NASA's new planet-hunting telescope has found two mystery objects that are too hot to be planets and too small to be stars."

Subhanallah, kalau Allah nak ciptakan sesuatu yang tak terjangkau dek akal manusia, DIA boleh tunjukkan macam-macam lagi berbanding penemuan NASA yang terbaru ini. Cantikkan? Itu pun mereka masih tidak mahu percaya dengan kebesaran ALLAH. Masih mahu kufur dengan petunjuk-petunjuk yang diberikan. Benarlah kata-kata Allah dalam al-Quran, sebanyak manupun nikmat yang DIA bagi, tapi kalau kita tetap nak membutakan mata kita, kita tidak akan dapat melihat petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh-NYA.

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran.[31:20]

Mereka cakap; "'The universe keeps making strange things stranger than we can think of in our imagination,' said Jon Morse, head of astrophysics for NASA." Tapi sebenarnya, apa yang Allah nak cipta, semuanya tak mustahil bagi-NYA. Mengapa kita yang kerdil ini masih mahu kufur kepada nikmat-NYA? Masih setia dengan kenikmatan dunia yang sementara. Masih kurang bersyukur atas limpah kurnia-NYA?

Thursday, December 31, 2009

Sajak

Hari ini buka balik diary yang dah lama tersimpan. Diary selepas berakhirnya zaman persekolahan sehingga berakhirnya zaman matrikulasi. Yes. Saya menulis diary. Walaupun tidak setiap hari melainkan apabila hati terasa gundah/gembira dan peristiwa-peristiwa penting. Entah kenapa hari ini tergerak kembali untuk membaca isi-isi dalam diary itu. :)

Dalam diary itu ada perjalanan yang di lalui di MHI dulu, cerita yang tidak ada penghujungnya sebab sudah berhenti menulis, dan perangcangan kewangan. Oh..dab semestinya rasa hati yang tidak tercurah pada sesiapa kecuali orang terdekat. Dalam selak-menyelak helaian diary itu, terjumpa dengan satu sajak ni. (i will write it here coz i found its funny). Hairan?terkejut? Dulu, idea menulis dan mereka sajak sangat banyak. Walaupun saya adalah pelajar science. Tak percaya? Boleh jumpa dengan kawan-kawan sekolah menengah rendah saya. They knew i wrote sajak. Just lately..ayat-ayat bunga bahasa sudah kurang tercetus di minda. haaa...saya pun tidak tahu kenapa.

Now, i'm going to airport. Adik akan ke Yaman sambung tahfiz di sana, dan kalau ada rezeki, akan terus sambung belajar di sana. Dia sedang menunggu keputusan SPM. Dan dah tentu dia tetap memohon universiti tempatan. Sekejap sahaja dapat meluangkan masa bersama. Sejak dari tingkatan satu sehingga sekarang, dia menghabiskan masa di negeri orang. Dari Kelantan ke Johor Bahru dan sekarang ke Yaman. "Muqsit..belajar elok2 kat sana...moga dapat mantapkan tahfiz di sana. We will always support you from here.yes we will"

ha..skang ini adalah sajak yang di pilih:

Hilang ditelan rasa
Resah menanti di dada
Letih dan lelah kurasa
Rasa, rasa, rasa
Rasa fizikal
Rasa perasaan

Nikmat makanan
Di rasa melalui lidah
Rasa fizikal

Kelembutan sentuhan bonda
Di rasai melalui sentuhan
Rasa fizikal

Resah, gembira, marah, sedih
Rasa perasaan
Yang kadang sukar di teka

Rasa fizikal
Kerasaan, ketahuan, kekuatan
Rasa perasaan?
Sukar di tafsirkan
Maksud yang lahir di hati insan

Akukah yang tidak mengerti
Rasa perasaanku sendiri?
Atau perasaan itu sendiri
kadang memang tak tertafsir?

-June 2008-

P/s: Sajak ni tak ada kaitan dengan pemergian adik ke Yaman. Tapi mesti rasa sedih bila adik tak da kat sini. Kesian abah..kurang lagi lelaki di rumah.
Sajak tu, memang tak seseni A Samad Said, Shakespeare, dan penulis-penulis sastera yang terbilang namanya. Tapi itu adalah salah satu sajak yang saya tulis. Terpulang pada anda untuk mentafsir ianya sebagai apa.

wallau'alam.

Sunday, December 27, 2009

Dari-Nya kita datang, Kepada-Nya kita kembali

Innalillahi wa innailairaji'un...

Terasa gerun, bila mendengar berita hari ini. Selepas beberapa hari mengharungi hari gembira di tambah dengan berita keputusan PMR adik yang Alhamdulillah, cemerlang mengalahkan kakaknya ini. Terasa dekatnya Malaikat maut, tetapi tidak di ketahui bila masanya diri ini akan pergi menghadap-NYA dengan amalan yang sangat sedikit berbanding dosa yang melebihi tinggi gunung, hatta mungkin memenuhi ruang alam.

Seorang demi seorang sedara-mara dekat pergi meninggalkan dunia yang sudah semakin uzur umurnya, menunggu arahan dari-NYA untuk menghancurkan segala isinya. Hari ini, atau lebih tepat semalan, memandangkan entry ini di tulis pada jam 1.21 pagi, telah selamat Mak Long kembali kerahmatullah. Kakak tiri ibu@mak sedara tiri yang baru di kenali ketika umurku meningkat remaja. Walaupun hanya tiri, tetapi hubungan kekeluargaan itu tidak membataskan kami untuk berhubung mesra. Biarpun ada yang mengatakan hubungan tiri itu tidak rapat malah mungkin ada yang bergaduh. Tetapi, bagi kami, tidak seperti itu.

Tahun lepas, kehilangan wak long(mak sedara sebelah abah), dan tidak sempat untuk melihatnya buat kali terakhir. Kali terakhir adalah hari raya, ketika wak long terlantar di hospital. Aduh..sedihnya..bila pulang ke kampung, terasa kehilangan setiap kali singgah di rumah wak long. Tiada lagi wajah lembut tersenyum menyambut penuh mesra. Kalau aku anak sedaranya terasa begini, apatah lagi sepupu-sepupuku, anak kepada wak long..kemudian..tidak lama selepas pemergian wak long, lebih tepat lagi, bulan empat yang lepas, cik yat pula pergi meninggalkan kami. Bertambah sedih hati bila terkenang sepupu2ku itu.

Kali ini Mak long pula..Moga di cucuri rahmat Allah..Ibu, abah, abang, kakak and adik akan bertolak pagi ini ke melaka untuk melihat dan menguruskan serta memberi sokongan kepada adik mak long serta keluarganya. Diri ini tidak dapat pulang memandangkan kesihatan yang semakin hari semakin kurang.

Mereka pergi membawa bekal amalan yang terkumpul di dunia, meninggalkan anak-anak dengan mengharapkan agar sentiasa terkirim doa anak yang soleh.

Hati berkata; bilakah akan tiba masa aku? adakah aku sudah bersedia? Cukupkah amalanku? apa alasanku meninggalkan perintahNya?

Sibuk dengan urusan dunia, lupa tentang hidup kita hanya sementara..Aduh..aku tersedar..tapi adakah sedar ini akan kekal? atau, diri ini akan alpa dan hanyut kembali dalam arus dunia yang mengasyikkan sehingga tidak teringat akan nikmat syurga yang telah dijanjikan oleh-NYA?

Ya Allah,
Moga diri ini sentiasa sedar dan Mujahadah dan Istiqamah di jalan SEHALA penuh berliku ini.Amin

p/s: cerita dari Penang akan di tunda pada masa yang sesuai
Mrs. Chiaki said that, not all men like that, and i agreed...i'm sorry for hurting other good men out there. But its hard to find good men now. And She also said that, one day we will meet with somebody someone, the Mr.Right. and i told her that maybe..if there is Mr. Right for me..i might open my heart again. Pedih melihat mereka di permainakan lelaki2 di luar sana.

Sunday, November 29, 2009

MH-ziss

Alhamdulillah..since adik2 cuti sekolah yang sudah hampir 3 minggu, ibu mmengerahkan tenaga untuk melaksanakan program MH-ziss or nama panjangnya Madrasatul Hayah-ziss. Program ini menjadi tradisi atau perkara wajib untuk memastikan masa lapang adik2 terisi dengan penuh bermanfaat sepanjang cuti sekolah. Madrasatul Hayah ini adalah yang keempat. Tapi program ni tak la strick sangat macam program-rogram motivasi or camping-camping lain.

Kalau Madrasatul hayah dulu-dulu tu program manager nye ialah kakak, tapi kali ini saya diamanahkan untuk memastikan jadual yang disusun berjalan lancar. Alhamdulillah, setakat ini skill dan pengisian rohani berjalan lancar. Kalau skill ni terbahagi kepada 5;memasak, mengurus dan menjahit, menulis dan IT. Dan yang banyak dilaksanakan ialah memasak mengurus dan IT. Kalau pengisian rohani, kita ada tazkirah dari mom and dad, tafsir from me, kisah anbiya and sahabiah from my lil sisters.

Abah kata, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Such as program di awal pagi. Memang pun!Kebanyakan program diawal pagi tidak berjalan sebab asyik terlajak tido je. Harus konsisten. Tapi kalau tak ada sokongan dari abah dan ibu, memang susah nak memastikan program ni berjalan lancar. Lagi-lagi cuti uia dah nak habis. Program ni pula akan berlangsung sehingga akhir bulan 12. Insya Allah, akan dikongsikan pengisian yang ini bersama para pembaca sekalian. moga sama-sama dapat manafaatnya.

Ini overall pelaksanaan program madrasatul hayah ni. Secara detailnya dalam blog family yang diprivatekan atas permintaan ibu.^__^
Tapi seperti yang di nyatakan tadi, Isya Allah..sedikit sebanyak saya akan kongsikan di sini.

Sunday, October 11, 2009

qoute

Live Right Now
Thats What "Life" is
Even if You Dont Know What's Going On
Just Look and Walk Foward
-Gakuen Alice-