Alhamdulillah..since adik2 cuti sekolah yang sudah hampir 3 minggu, ibu mmengerahkan tenaga untuk melaksanakan program MH-ziss or nama panjangnya Madrasatul Hayah-ziss. Program ini menjadi tradisi atau perkara wajib untuk memastikan masa lapang adik2 terisi dengan penuh bermanfaat sepanjang cuti sekolah. Madrasatul Hayah ini adalah yang keempat. Tapi program ni tak la strick sangat macam program-rogram motivasi or camping-camping lain.
Kalau Madrasatul hayah dulu-dulu tu program manager nye ialah kakak, tapi kali ini saya diamanahkan untuk memastikan jadual yang disusun berjalan lancar. Alhamdulillah, setakat ini skill dan pengisian rohani berjalan lancar. Kalau skill ni terbahagi kepada 5;memasak, mengurus dan menjahit, menulis dan IT. Dan yang banyak dilaksanakan ialah memasak mengurus dan IT. Kalau pengisian rohani, kita ada tazkirah dari mom and dad, tafsir from me, kisah anbiya and sahabiah from my lil sisters.
Abah kata, banyak lagi yang perlu diperbaiki. Such as program di awal pagi. Memang pun!Kebanyakan program diawal pagi tidak berjalan sebab asyik terlajak tido je. Harus konsisten. Tapi kalau tak ada sokongan dari abah dan ibu, memang susah nak memastikan program ni berjalan lancar. Lagi-lagi cuti uia dah nak habis. Program ni pula akan berlangsung sehingga akhir bulan 12. Insya Allah, akan dikongsikan pengisian yang ini bersama para pembaca sekalian. moga sama-sama dapat manafaatnya.
Ini overall pelaksanaan program madrasatul hayah ni. Secara detailnya dalam blog family yang diprivatekan atas permintaan ibu.^__^
Tapi seperti yang di nyatakan tadi, Isya Allah..sedikit sebanyak saya akan kongsikan di sini.