Wednesday, May 9, 2012

Habis.

akhirnya, tiba lagi kepenghujung. tinggal setahun lagi. tak lama dah. Semoga dipermudahkan-Nya. Berfikir-fikir. Dapat apa di uia? tak dapat apa di uia? tertanya-tanya. Ada lagi perkara yang nak dilakukan sebelum bergelar graduan ijazah sarjana muda?

berfikir secara matang. biarpun pada asalnya tercampak di uia tanpa rela. paksa rela. dengan rasa kecewa. membawa segala rasa pesimis memasuki gerbang uia. mahu keluar juga dengan rasa yang sama? tidak. sama sekali tidak.

mereka membuka mata hati saya. melapangkan dada seluas-luasnya. hikmah yang cukup besar. nilai yang berbeza buat setiap individu. menyesal? tidak. Alhamdulillah, tidak lagi.

dan sekali lagi, Allah telah memberi jawapan kepada segala perancangan-Nya yang maha sempurna:


'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.' 
- Surah Al-Baqarah ayat 216

saya mahu melakukan sesuatu yang luar biasa. lebih biasa daripada biasa. timelinenya ialah setahun. berjaya atau tidak, itu perkara kedua. pertama-tama, mesti buat. supaya bila keluar dari gerbang uia, saya tersenyum puas. menangis kegembiraan.

i am a lone ranger disini. lebih sendiri dari bersama. lonely? rarely. sudah biasa. berteman, tapi tak bersama selalu. saya tak ada kumpulan atau kata lain geng, tapi saya ada ramai adik-adik baik hati, manja, peramah, penghibur, pendengar. saya tak ada kumpulan atau kata lain geng, tapi adik-adik saya mengajar saya pelbagai perkara. directly or indirectly. keluarga besar saya, persatuan itu.


nak kata menyesal lagi?tidak lagi. Alhamdulillah. jalan-jalan ini sudah terukir indah. jalan-jalan ini sudah mekar bau wangian bunga-bungaan. jalan-jalan ini dilihatnya menarik terhias cantik. tinggal lagi bertemu penghujungnya.

Our meetings may not meant to be forever,
Our meetings may not ended up, us together,
Our meetings are for me to learn something from you,
And you learn something from me,
It may ended up us parting,
Never meet again,
But, the memories are forever ours,
Living inside our heart.