Sunday, August 23, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya RAmaDHAn!

Alhamdulillah Allah masih membuka ruang buat hamba-hambaNya yang sentiasa leka dan lalai untuk memperbanyakkan lagi amal ibadah dan bertaubat di Bulan yang mulia. Bulan Karim! Bertuahnya kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang ke-20(buat saya). Bukan semua orang berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadhan. Ramai insan yang pergi dulu sebelum sempat bertemu dgn Ramadhan. Contoh paling dekat islah Ustaz Asri-Rabbani. Allah menjemputnya sebelum sempat beliau bertemu Ramadhan.

Sudah 20 tahun bertemu dengan Ramadhan, kalau ditolak zaman kecil-kecil, boleh cakap hanya 13tahun sahaja. Tapi, setakat mana penghayatan kita selama 13 tahun sudah melalui bulan ini? Adakah makin mengerti yang bulan ini bukan hanya setakat menahan lapar dan dahaga serta perkara2 yag membatalkan puasa?Mungkin ada naik, ada turunnya penghayatan keindahan bulan ramadhan.

Marilah sama-sama melipat-gandakan usaha untuk lebih merapatkan diri kita dengan Sang Pencipta. Sudah lebih dari sebelas bulan lalai, Allah menurunkan bulan Ramadhan untuk kita timba kembali ilmu-ilmu yang terlupa, top-up balik amalan2 yang berkurangan. Bak kata sesetengah orang tu, Selamat Datang Kembali ke MADRASAH RAMADHAN! Kita perlu untuk diTarbiyahkan kembali oleh Bulan Ramadhan.

Segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!

Saturday, August 22, 2009

ikhtilat bah 2

beberapa hari yang lepas(agaknya dekat lebih dari seminggu jugak kot), perbincangan tentang tajuk ini diutarakan kepada abah. tanya pendapat dan isu2 semasa yang sering berlaku di depan mata. Sebenarnya, prsoalan ini adik yang timbulkan. Bila join adik dengar, dah masuk isu couple istilah zaman muda-mudi sekarang. Actually, bukan kita diharamkan untuk berhubung dengan opposite gender. Cuma tak digalakkan. Bertanya si adik, macam mana kalau bertemu berdua-duaan? Berdua tu ada banyak kondisi. Kalau di tempat yang terbuka dengan punya urusan penting, boleh. Tapi, kalau difikirkan, bagi pihak perempuan, kita sangat2 terdedah dengan macam2 fitnah. lagi2 zaman sekarang ni. Sedangkan Siti Aisyah-ummul mu'minin pun kena fitnah angkara muslihat jahat munafik zaman rasulullah, inikan kita yang tak seberapa ni. so sebaik mungkin elak bertemu berdua even di tempat terbuka.

Lagipun, apa salahnya kalau berjumpa lebih dari dua orang?Another things is, if kita ada feel something speacial kat someone. Lagilah seboleh-bolehnya elak berjumpa dengan die. sebabnya nak avoid dari terus-menerus membesarkan penyakit hati. Kita tak sekuat mana untuk menghadapi godaan syaitan. Kalaulah NAdi Adam Alaihisalam boleh terpedaya, nikan pula kita yang selemah-lemah iman.

MAcam yang di utarakan dalam iktilat bah 1 dulu, bukan takleh berjumpa. boleh. bukan takleh berkawan, boleh. Tapi kita kena bertegas dengan hati kita. Agar tak timbul macam-macam perasaan. Agar niat dan purpose of friendship tu terjaga dan tak tercemar. Sebab orang selalu cakap, friend's relationship is eternal berbanding dengan lover's relationship. And i do believe with this. Kalau kita berkawan, even gado-gado pun, kita akn berbaik balik..(insya Allah). Tapi, kalau jadi lovers? dah clash, mesti segan nak jumpa, mesti malas nak jumpa, mesti ada rasa dendam dihati. Somehow, even friendship pun ley je ada rasa dendam, irihati and so on. Its normal lah. tapi kita boleh selesaikan dengan cara yang baik. BUkan nak cakap jadi lovers tak leh selesaikan dengan cara yang baik. Tapi,..well..maybe korang lagi arif kot. coz i have no experieces. tamau cakap banyak kalau tak de pengalaman.hehe.

This is just my opinion though. No offence tau. Kalau tak puas hati, kemukakan. I always willing to hear it. Insya Allah akn diterima dengan baik everyone opinion.

wasslam

Sunday, August 2, 2009

Ikhtilat

Pergaualan antara lelaki dan perempuan menjadi masalah yang sangat complicated walaupun pada dasarnya Allah telah menggariskan hukum yang sangat jelas, Rasulullah telah memberi contoh-contoh yang terang dalam hadith-hadith baginda. Para sahabat dan sahabiah patuh mendengar arahan Allah dan mematuhinya tanpa sedikit rasa ragu dihati. Kepentingan menjaga pergaulan kita antara lelaki dan perempuan sangat besar. Permulaan menghampiri zina adalah pergaulan. Masakan tidak. Jika tiada pertemuan, luahan rasa, tautan antara dua hati, zina boleh dieelakkan, Insya Allah.

Menginjak masuk ke zaman teknologi, zaman yang sangat jauh dengan zaman rasulullah, sahabat, tabi' tabi'in yang sangat terkenal dengan 'alim ulama yang masih menitikberatkan urusan agama. Kita hidup di zaman serba canggih, namun kita sangat miskin dengan hal-hal agama. Malah hampir agama di pisahkan dengan urusan kehidupan seharian. Hidup di zaman ini, kita didedahkan dengan hubungan antara lelaki dan perempuan sejak tadika tanpa pemantauan. Sering kita keliru dengan rasa sayang terhadap sahabat-sahabat kita. Atas nama friendship, kita ketepikan batas-batas pergaulan. Lelaki dan perempuan menjadi sama. Tiada perbezaan. Kita boleh berinteraksi dengan lelaki/perempuan seperti mana kita biasa berinteraksi dengan kawan segender. Maka tersenyumlah para kufar berjaya membius pemikiran muslim/muslimah generasi baru yang akan memimpin dan mentadbir negara. Makin jauhlah harapan generasi dahulu untuk melihat Islam kembali tertegak di bumi ALLAH ini.
Terbaca satu artikel dari web iloveislam pasal topik ikhtilat. Sedikit pengongsian buat semua tentang tips berhubung/berurusan dengan bukan mahram:
1. Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?
3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Dan di artikel itu, terselit surat ar-rijal tentang pandangan mereka terhadap wanita

Dan saya tahu, saya masih jauh dari melaksanakan perintah-Nya. Masih ada lompong-lompong yang membuka ruang musuh nyata melancarkan perang! SEbab, kalau perhatikan tips dan surat ar-rijal itu, Terdetik dihati 'YA Allah, janganlah kaumku yang menyebabkan mereka terleka. Ya Allah, janganlah ada tindakan-tindakan ku yang sebegitu. Jika ada secara sedar mahupun tanpa sedar maka, ampunilah kekhilafan aku.'

p/s:peringatan untuk diriku jua, agar aku terus berjalan diatas jalan-Nya