Masih wujud orang yang menunggu waktu pencen atau waktu kosong untuk beramal demi kebahagian akhirat. Dia beranggapan, sekarang sedang sibuk bekerja dan tak punyai masa yang cukup untuk buat amal ibadah. Insyaallah, bila pencen atau punyai waktu lapang seluruh waktunya akan dipenuhi dengan amal ibadah.
Katakan kepada mereka: "Dunia adalah jambatan ke akhirat. Jalan keakhirat adalah satu. Bukannya seperti fahaman segelintir manusia, bahawa di sana ada dua jalan. Jalan untuk mencari rezeki dan satu lagi jalan beramal untuk kebahagian akhirat".
Ada yang beranggapan, ketika bekerja mencari rezeki, kena melalui jalan X dan ianya tiada kaitan dengan akhirat. Apabila ingin beramal untuk akhirat, kena melalui jalan Y dan ianya tiada kaitan dengan dunia.
Bukan begitu wahai saudara ku! Pada mukmin, jalan hanya satu.
Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesiapa yang berada pada waktu petangdalam keadaan penat kerana bekerja, maka petangnya mendapat keampunan dari Allah". (AL-Ausat oleh At-Tabarani) .
Renungi hadis di atas. Keletihan kerana bekerja ganjarannya adalah keampunan. Bekerja adalah jalan untuk mencari rezeki dan dalam masa yang sama adalah jalan ke syurga. Tiada pemisahan, bekerja untuk dunia dan sembahyang untuk akhirat. Bahkan bekerja itu sendiri adalah jalan ke syurga. Syaratnya kerja tersebut mesti menepati piawaian syarak.
Islam is The Way of Life