Sunday, August 31, 2008

ZiaraH hospItal KAJAng~





Bismillah..

Semalam ingat nak terus isi entry,tapi penat sangat and nak ucapkan selamat jalan pada kakak2 yang datang dari gombak. So, baru sempat post ri ni..nie pun tgh sakit kepala. Esok da start pose. Sonok dapat bertemu kembali dgn bulan mulya ni. Kembali kepada topic asal.

Dari nilai bertolak pukul 10.00 and sampai di hospital kajang @ hospital UPM lebih kurang pukul 10.30 a.m. semua committe de kecuali; Hilmi, Asyikin and Amali. Selain dari observer and committee welfare, de beberapa student yg dijemput hadir; sis hana-HS, kakak dari gombak-sis wahida, sis hani and sis hafizah, dari mainboard-bro faiz, bro abdurrahman, and kalau tak silap ada lagi dua brothers yg tak dapat dikenal pasti. Sesampai sahaja kami bertemu dgn puan Hafizah and diberi sedikit briefing sebelum dibenarkan melawat dan memberi sokongan emosi kepada pesakit2 di hospital nie.



before briefing-posing sat~

me and my beloved vice headcom welfare 07/08

briefing dari Pn Hafizah

Lepas briefing tu, kami dipecahkan kepada empat kumpulan untuk bergerak ke empat wad yang berkenaan. 2 group brothers and 2 group sisters. pagi tu kami melawat wad orang dewasa. kate nurse kat wad tu, musim nie tak ramai yg sakit, so tak ramai pesakit lah..(alhamdulillah..)ALLAH memberi nikmat sihat pada kita sume. tapi kami sempat berborak dgn makcik2 yang sakit. Ada yang sakit disebabkan diabetis, darah tinggi and keguguran! ujian buat mereka. Kita yang kat sini tak tau macam mana ALLAH nak uji kita..berborak dgn makcik yang sakit tangan, die ckp and bercerita ttg pengalaman and betapa duk hospital tu bosan. Alhamdulillah makcik tu dikurnikan anak2 yg soleh wa solehah. Yang concern akan keadaan emaknya. Mudahan akupun begitu jua..(amin)

Pukul 12.30 tgh hari adalah waktu buat mereka untuk makan. So kami pun bergerak keluar untuk menjamu selera. Selepas makan tengah hari, kami bergerak ke surau untuk menunaikan solat zuhur sebelum meneruskan program seterusnya; program bersama kanak2. Petang tu bila jumpe kanak2 yg terlantar sakit, rasa sangat sedih. Tambahan pula kanak2 yg masih berumur beberapa bulan. Ada yang menghidap sakit asma. Sangat menyayat hati. Kita yang besar nie pun dah rasa sengsara amat, nie kan pula mereka yang masih kecil. Moga ALLAH memberi kesempatan pada mereka untuk melihat alam semesta. Tengok parents derang jaga, lagi rasa terharu plus sedih..mereka sanggup tinggalkan rumah semata2 nak jaga anak2 yg sakit. betapa pengorbanan ibu and abah sangat besar dalam membesarkan kita. Cuma kita juga yang masih tak puas hati dgn apa yang kita dapat kan?

Lepas tu kami adakan program dgn kanak2 yang masih larat untuk bergerak. Pe aktivitinya? Eventhough simple tapi tengok derang happy dah cukup buat rasa diri ni seronok. memang tak kering gusi gelak tengok derang. HAPPY! derang mewarna then dengar cerita dari Sis Hana-welfare econs. Paling seronok sebab brothers pun participate. Bagi komitmen. Lepas sis hana bercerita, Bro sazwan pun naik menghiburkan kanak2 nie. Rasa2nya kanak2 sangat enjoy time nie..


Sis Hana kita bercerita

sonoknye mak2 anak2~

Bro Sazwan menghiburkan kanak2


banyak lagi nak cakap..tapi nak kene keluar cc dah nie..len kali sambung..wassalam..

EDIT: p/-skang nie kat umah, edit blog. Macam tak cayekan dapat balik rumah. nak tau mcam mane boleh balik?nantikannye di entry yang seterusnya.(insya ALLAH).seronoknye~ALLAH memakbulkan hajat hambanya.syukur2!