Thursday, May 8, 2008

Perkasa Matriks 08 (25-27 April)




Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dapat juga orang menulis entry tentang perjalanan program yang diikuti selama tiga hari dua malam. Program yang diberi nama PERKASA MATRIKS. Program ini sebenarnya untuk pelajar lepasan matriks kerajaan. Namun, pendaftaran untuk program ini terhad. Hanya 60 orang yang pantas mendaftarkan diri yang layak mengikuti program ini. Bagi orang pula peluang untuk mengikuti program ini adalah berharga kerana orang yang dikategorikan sebagai pelajar cfsiium, adalah tidak layak untuk mengikuti program ini sebagai peserta. Jadinya orang diajak untuk menjadi urusetia memandangkan urusetia untuk program ini tidak mencukupi memandangkan pada hari yang sama, satu lagi aktiviti sedang berlangsung yang memerlukan lebih ramai urusetia, iaitu program yang diberi nama Eksplorasi Menara Ilmu (EMI). EMI ini adalah program yang khas dirangka untuk pelajar-pelajar lepasan SPM untuk memberi gambaran tentang suasana perjalanan kehidupan di IPT nanti. Oh ya, kedua-dua program ini dianjurkan oleh KARISMA dan mendapat kerjasama dengan JIM.

Berbalik kepada program yang orang ikuti, program ini bermula pada 25 April 2008 bersamaan hari Jumaat pada jam 3 petang. Sebagai urusetia, orang ditugaskan untuk menjaga check point untuk program yang pertama. Orang jaga check point dengan Nadhirah dekat Greenwood. Macam ni perjalanan para peserta. Mereka mendengar taklimat di perkarangan masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kemudian mereka dikelaskan mengikut kumpulan masing-masing. kami (orang and nadhirah) difahamkan kumpulan yang terbentuk adalah terdiri daripada 4 group akhawat dan 3 group ikhwah. Sepatutnya ada 4 group ikhwah dan 4 group akhawat. Disebabkan kehadiran peserta kurang dari yang dijangkakan, jadinya tinggallah 7 group ni aja. Dari UIA, mereka akan bergerak ke greenwood, iaitu check point kedua. Sebelum itu, setiap kumpulan mesti menyudahkan permainan sudoku sebelum dapat bergerak ke check point seterusnya. Para peserta juga dibekalkan dengan dua buah buku yang berlainan tajuk setiap seorang untuk dijual. mereka dibekalkan dengan hanya dua ringgit untuk perjalanan ke destinasi terakhir untuk hari itu. Sampai di check point ke dua, mereka harus mencari kami (me and nadhirah) untuk mendapatkan klu seterusnya untuk ke check point yang ketiga. Di check point kedua, mereka kena selesaikan soalan yang berkaitan dengan Al-Quran.
Check point seterusnya adalah di stesen LRT Melati. Di stesen LRT, mereka di arahkan untuk mencari at least 3 masjid or surau. Dari situ, mereka akan bertolak ke Kompleks JIM. Sesampai sahaja di kompleks JIM, mereka dibenarkan rehat sebelum Perasmian program dijalankan. Pada pukul 9.00 malam, Pakcik Shahrim merasmikan program PERKASA MATRIKS 08. Dalam ucapannya,beliau menyebut "Mahasiswa adalah merupakan pemimpin kerana mahasiswa seharusnya mempunyai idea yang banyak dan impian yang dibina merupakan satu matlamat yang harus dikecapi." Dalam usaha mengecapi impian itu, kita harus 'Menjana Kekuatan, Menjalin Keakraban, Melakar Impian'. Inilah moto PERKASA MATRIKS kali ini.
26/04/08
Aktiviti untuk hari yang kedua pula bermula pada pukul 5.30 pagi, Qiamullail seterusnya solat subuh dan kuliyah subuh. Dalam pukul 7 pagi, semua peserta serta fasilitator dan urusetia bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang sebenar. Para peseta bertolak menaiki bas ke stesen bas Shah Alam sebelum di bawa ke Bukit Cerakah. Fasilitator dan urusetia bergerak menaiki kereta.
Atas beberapa insiden yang berlaku sepanjang perjalanan para peserta, aktiviti yang sepatutnya dijalan kan pada pukul 10 pagi tergendala. Sebaik sahaja semua peserta sampai di Bukit Cerakah, briefing yang dikendalikan oleh abg Zubir bermula. Aktiviti berlangsung pada pukul 12 tengah hari. Aktivitinya terdiri daripada empat chek point iaitu jungle treaking, fear factor, rafting da treasure hunt. Keempat-empat sesi ini berlangsung sehingga pukul 7malam.
Apa yang lebih menariknya, urusetia yang di tugaskan untuk menjaga barang-barang peserta di ganggu dengan monyet yang menetap di Bukit Cerakah tu. Seram tu! Majerin yang sepatutnya diguna pakai untuk hari esok habis dibaham oleh monyet2 ganas.(hehe)Terpaksalah menyusahkan abg2 Fasi yang sibuk dok jaga chek point(sori abg2 fasi). Malam tu, lepas siap2 pasang khemah dan makan malam persembahan kumpulan pun berjalan. Pukul 10-11 malam, semua peserta dibenarkan berehat sebentar sebelum acara night walk and celik sibuta(btul ke ea?). Program malam tu habis pukul 2 pagi dan peserta pn masuk tidur.
27/04/08
Hari ini berlangsung dengan acara memasak roti. Lepas masak, semua peserta join riadah the baru makan sarapan yang mereka masak. Dalam pukul 10 pagi selepas aktiviti kendiri, aktiviti terakhir iaitu group presentation dan majlis penutup. Dalam aktiviti grop presentation, setiap kumpulan diminta untuk membuat satu lakonan tentang sat event yang paling terkesan dihati sepanjang 3hari PERKASA MATRIKS(PM). PM berakhir dengan majlis penyampaian hadiah dan ucapan dari pengarah program iaitu Abg Zubir.
P/S:Pengalaman menarik dan pengisian yang menyeronokkan walaupun hanya sekadar seorang urusetia. Menimba ilmu macam mana nak buat bila program yang dirancang mengalami pelbagai masalah yang kita akan terpikir 'boleh berjalan ke program ni dengan banyak lagi perkara yang tergendala?' Tapi dengan ikutnya program ini dan melihat abg2 dan kakak2 bertungkus-lumus nak menjayakan program ini, memberi satu harapan dan semangat baru yang setiap perkara yang kita nak buat biarlah bersungguh2 dan terus berusaha sehingga akhirnya kita dapat melihat hasil dari apa ynag kita ushakan. Kerjasama dan mempercayai antara satu sama lain dari setiap pihak amat penting dalam usaha memastikan sebarang aktiviti berjalan lancar. Mudah-mudahan aktiviti seperti ini dapat menjadi iktibar buat kita semua dan yakin dengan bantuan yang ALLAH akan berikan sekiranya kita benar-benar melaksanakan sesuatu dengan hanya untuk mendapat keredhaan ALLAH.

wallahu'alam