Tuesday, December 31, 2013

Sang Bohemian

Sang BohemianSang Bohemian by Mursyidan Ismail
My rating: 4 of 5 stars

Realiti? atau Ilusi? Imaginasi.
Lengkap. Sisi-sisi manusiawi yang wujud, diceritakan dalam bentuk menyentak dan buatku tersentak. Terlalu lena dalam zon selesa. Terlalu dibuai hangat kasih sayang yang melimpah ruah buatku lupa sisi-sisi manusia yang wujud.

Realiti atau Ilusi semata?
Bukan namanya penulis andai tiada imaginasi.
Bukan namanya seminam andai tidak berbicara tentang moral dan alam
Bukan dalam definisi bahasa
Tapi dalam definisi diri.

Ngeri bila membaca, tapi pada hakikatnya mungkin dan pasti wujud manusia seperti itu dalam ruang lingkup dunia yang tidak tercapai dek kita. Dan darahku berderau, muka ku pucat (hyperbola je ni). Seorang pendakwah itu bukan penghukum dosa, cuma berkongsi kasih kepada manusia dengan ilmu dan nikmat yang dikurnia Tuhan. Kerana pendakwah itu juga punya sisi-sisi hitam yang cuba dan telah ditinggalkan.

Hakikat.
Dia yang lemas dalam kesunyian, hilang dari jalan-Nya, lantas terus tersesat dicemuh masyarakat. Wujud manusia seperti ini.
Dia yang kaya-raya, hidup bermewah kalah dengan asakan masalah menghimpit diri. Wujud manusia seperti ini.
Dia yang dikurnia Tuhan kelebihan ilmu, menjadi penghukum pendosa, kononnya menggalas tugas tuhan, bermegah dengan nama agama. Wujud manusia seperti ini.
Dia yang memburu hiasan terindah dunia, hanyut dalam dakapan itu. Wujud manusia seperti ini.

Lalu
Ubat apakah buat mereka, buat aku, dan buat dikau
Melainkan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Ubat apakah merawat sepi, menenangkan jiwa, menjadi 'humble'
Melainkan 'Ihdina siratal mustaqim'
Jalan yang lurus membawa kepada Tuhan.

*The story, its awesome yet scary at the same time. To be able to live in kind and warm environment, I am grateful. To learn that there is world like one in this book, I feel responsible and shame of my ignorant.


View all my reviews