Tuesday, December 31, 2013

Sang Bohemian

Sang BohemianSang Bohemian by Mursyidan Ismail
My rating: 4 of 5 stars

Realiti? atau Ilusi? Imaginasi.
Lengkap. Sisi-sisi manusiawi yang wujud, diceritakan dalam bentuk menyentak dan buatku tersentak. Terlalu lena dalam zon selesa. Terlalu dibuai hangat kasih sayang yang melimpah ruah buatku lupa sisi-sisi manusia yang wujud.

Realiti atau Ilusi semata?
Bukan namanya penulis andai tiada imaginasi.
Bukan namanya seminam andai tidak berbicara tentang moral dan alam
Bukan dalam definisi bahasa
Tapi dalam definisi diri.

Ngeri bila membaca, tapi pada hakikatnya mungkin dan pasti wujud manusia seperti itu dalam ruang lingkup dunia yang tidak tercapai dek kita. Dan darahku berderau, muka ku pucat (hyperbola je ni). Seorang pendakwah itu bukan penghukum dosa, cuma berkongsi kasih kepada manusia dengan ilmu dan nikmat yang dikurnia Tuhan. Kerana pendakwah itu juga punya sisi-sisi hitam yang cuba dan telah ditinggalkan.

Hakikat.
Dia yang lemas dalam kesunyian, hilang dari jalan-Nya, lantas terus tersesat dicemuh masyarakat. Wujud manusia seperti ini.
Dia yang kaya-raya, hidup bermewah kalah dengan asakan masalah menghimpit diri. Wujud manusia seperti ini.
Dia yang dikurnia Tuhan kelebihan ilmu, menjadi penghukum pendosa, kononnya menggalas tugas tuhan, bermegah dengan nama agama. Wujud manusia seperti ini.
Dia yang memburu hiasan terindah dunia, hanyut dalam dakapan itu. Wujud manusia seperti ini.

Lalu
Ubat apakah buat mereka, buat aku, dan buat dikau
Melainkan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Ubat apakah merawat sepi, menenangkan jiwa, menjadi 'humble'
Melainkan 'Ihdina siratal mustaqim'
Jalan yang lurus membawa kepada Tuhan.

*The story, its awesome yet scary at the same time. To be able to live in kind and warm environment, I am grateful. To learn that there is world like one in this book, I feel responsible and shame of my ignorant.


View all my reviews

Friday, December 27, 2013

Gadisku Wan Adnin

Gadisku Wan AdninGadisku Wan Adnin by Noor Suraya
My rating: 4 of 5 stars

Lama tak baca buku jenis yang bawa pada masa silam macam Enrique Mengundang Jauh dan 1515. Buku yang membawa kembali kepada sejarah lalu. Biarpun, mungkin faktanya ada kebenaran dan hanyalah fiksyen semata. Buku-buku macam ni memupuk kembali rasa kasih dan keinginan mendalam untuk lebih tahu tentang sejarah. Ya, rasa yang telah dipendam tidak dibaja. Buku ini walaupun tak banyak bawa pada masa silam, sejarah Negeri Kedah, tapi sedikit sebanyak membawa aku berfikir pada kebenaran dan kesahihan sebuah sejarah. Indah! Kembali mengenal sejarah itu indah dan sayu.

Oh, sudah tentu cerita ini berkait dengan hati dan perasaan dua insan yang ingin disatukan atas ikatan yang bernama perkahwinan.

Tapi hakikat cerita yang menjadi 'highlight' padaku adalah pentingnya kita tahu salah-silah keturunan untuk tidak berlaku kecelaruan dalam urusan2 penting.(Oke, agak pening nak faham nasab keluarga dalamm cerita ni)


View all my reviews