Friday, November 25, 2011

Alahai adik2

Nadya menunggu dan terus menunggu. Seorang pun tidak kelihatan lagi. Alahai adik-adik. Dimanakah kalian? Kesabaran semakin menipis. Nadya cuba menghubungi mereka. Tetapi hampa! Diteruskan juga kerja-kerja yang memerlukan khidmat mereka, tanpa mereka. Nadya cuba menghiburkan hati dengan dendangan irama yang di ingatinya.

Orang yang hadir semakin ramai. Baru sahaja Nadya ingin kembali menghubungi mereka, kelihatannya mereka datang. Tersenyum-senyum. Faham sangat Nadya dengan makna senyuman itu. Bukan Nadya tidak maklum. Nadya sudah melakukan tugasan ini bersama-sama mereka selama hampir setahun. Alahai adik-adik. Kalau-kalau kalian terus tersenyum, lenyap terus rasa marah Nadya.

Alhamdulillah, Nadya panjatkan kesyukuran atas perjalanan kerja yang lancar, walaupun mereka lewat hadir. Nadya memahami situasi yang mereka hadapi. Betul.Betul. Tapi janganla cuba-cuba untuk terus buat begitu lagi! Terima Kasih ya adik-adik.

P/S: Certia yang direka sedikit berkaitan dengan yang hidup, tapi bukan yang mati. Sekian!

nota kaki:
Merindui adik-adik di sekolah menengah yang menghiburkan hati dikala duka dan marah. (sebab kalau gembira, memang terhibur sudah) Yang sama-sama terlibat dalam satu persatuan. Yang banyak membantu dan memberi sokongan. Yang cuba memahami diri yang agak emo. Yang mampu membuatku tersenyum kembali ketika marahku memuncak. Aduhai adik-adik, dimanakah kalian? Sekarang aku merasai perasaan itu lagi. Bertambah rindu pada kalian. Semoga mereka berada dibawah lindungan-Nya.amin

Monday, November 21, 2011

belajar ikhlas

Situasi 1:

Sano-senpai: Yuko-chan, pelan kita hari itu tak jadi. Kita tukar jadi begini...begitu...begini...Kita kena siapkan cepat. Submission sudah dekat.

Yuko:*mengangguk-angguk, sambil berfikir, malam ni ada discussion, esok ada exam, bla..bla..bla.bila nak buat*hmmm

Sano-senpai: Terima kasih. Nanti dah siap inform. *berlalu pergi meninggalkan Yuko*

Yuko: Hmmm...camne nak buat ni?...Tapi kalo siap cepat, mesti Sano-senpai suke, mesti die puji punya!lagi2 kalo kemas dan teratur.

***
Situasi 2:

Akira sedang dalam perjalanan menuju ke surau.Waktu maghrib sudah masuk. Sesampai sahaja di surau kolej, kelihatan beberapa pelajar sedang bererehat-rehat di dalamnya. Usai mengambil wudu', Akira menunaikan solat sunat. Pelajar yang lain mula bergerak untuk mengambil wudu'. Setelah selesai solat sunatnya, Akira meoleh ke kiri dan kanan. Melihat-lihat, kalau-kalau, ada yang akan menjadi imam buat solat asar. 'Ish...kalo jadi imam ni, mesti orang kagum...mesti derang puji suara aku...'

***

Agak-agak, pernah tak terdetik rasa seperti dua situasi diatas?Tipuuuu kalau tak pernah...(mugkin juga korang memang pandai jaga hati => )

Percaya tak percaya, dua situasi diatas boleh menyebabkan kita hilang rasa ikhlas. Setiap perkara yang kita sandarkan perbuatan itu kerana Dia, Insya Allah ada balasannya. Sebab, ianya dikira ibadah. Apatah lagi kalau kita ikhlas melakukannya. 

Tapi bila unsur-unsur diatas datang mengetuk pintu hati, rosaklah ibadah kita. Hatta mungkin lain pula yang kita dapat. Ushakan hati supaya belajar ikhlas dalam apa jua keadaan. Terima pujian dari orang seperti angin lalu. Jangan mengharapkan ganjaran dari manusia, tapi dari Dia yang Maha Besar. Bak kata abah dalam gurau ketika berbuka puasa; "kalau orang puji banyak2 campak pasir" Untuk? kita jaga hati, jaga amal, supaya tidak ada unsur lai menerjah hati

Bila sedikit tersasar, kembali kepada niat asal, Lillahi Ta'ala. Insya Allah, semoga usha kita diberkati dan dirahmati. Ya bukan mudah untuk memupuk ikhlas, tapi tak mustahil. Jangan dilihat pada outcome, tapi apa yang kita dah buat untuk sampai kepada outcome itu.

Belajar untuk ikhlas.