Friday, June 4, 2010

MISI+Demo hari ini

Dalam masa terdekat ini akan bergerak ke MISI (Mukhayyam Intensif Siswa-siswi Islah). Tidak berhajat untuk ke MISI pada asalnya. Namun berkat doa sahabat-sahabat dan Hidayah ALLAH, saya akan bergerak ke MISI. Mudah-mudahan akan dilimpahi keberkatan. Mudah-mudahan hati istiqamah menimba ilmu. Mudah-mudahan, niat ini diperbetulkan. Mudah-mudahan ada kebaikan dan berjumpa dengan sinar yang terang yang dicari-cari. Amin.

Moga diri cekal menghadapi dua minggu tanpa RPG dan teman-teman antarabangsa ku di pelbagai laman sarang. Moga di hujung program ini akan ada kebaikan buat diri ini dan Insya Allah akan di kongsi bersama teman-teman yang setia membaca blog saya.

Oh..saya sudah banyak berhutang dengan kalian, dua entry!Insya Allah akan dilangsaikan sesudah MISI. Doakan ianya dipermudahkan.amin

Masih gentar, tetapi tetap menekadkan hati. Ya. Syaitan akan sentiasa menanbah rasa ragu-ragu di hati manusia kerana ingin kita jauh dari perkara yang baik.

Demo tadi, alhamdulillah, buat pertama kali berada di baris hadapan mengetuai akhawat. Buat pertama kalinya menjadi sukarelawan memastikan perjalanan majlis berjalan lancar. Alhamdulillah!Allahu Akbar!!!Semoga apa yang dilakukan ini akan mendapat keredhaan Allah. Amin. Semoga Palestine akan mendapat kemenangan.

بالروح بالدم نفديك يا أقصى*
DENGAN JIWA, DENGAN DARAH

AQSA KAMI BELA!!!



p/s:Teman-teman yang dijumpai/nampak--->Hazy, Zati Amni, Khadijah, Atiq, ahmad isa and acap(iium)--->ini yang tidak dirancang untuk nampak dan lihat~