life (70) wisdom (38) quotes/poems (32) family (28) events (22) Ramadhan (19) iiu (19) marriage (19) books (17) memories (16) stories (14) dreams (12) children (7) sightseeing (6) photoshop (5) skills (5) works (5) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) cooking (2) ayat cinta <3 (1) vacation (1)

Saturday, April 3, 2010

Jo's Boys

Front cover of the book

Pernah dengar nama buku ni? Buku ini merupakan buku yang ke-empat dari empat buah buku yang ditulis oleh Louisa M. Alcott. Buku pertama Louisa ni tajuknya ialah 'Little Women'. Menceritakan tentang keluarga March yang terdiri daripada marmme, Mr. March, Meg, Jo, Beth dan Amy. Buku seterusnya dan rentetan sambungan cerita daripada 'Little Women' ialah 'Good Wives', 'Little Men' dan 'Jo's Boys'.

Jo's Boys menceritakan tentang bagaimana, Jo, anak kedua dalam keluarga March membesarkan anak-anak lelaki (anak angkat) seramai 12 orang, dimana sepuluh daripada 12 itu merupakan anak-anak terbiar dan yatim-piatu. Jo bersama suaminya Mr. Bhear memdidik mereka agar menjadi insan bermakna pada masyarakat. 

Latar cerita ini berlangsung dari perang bermula (tak sure pulak perang dunia ke perang ape) sehinggalah berakhirnya perang. Mereka tinggal di Amerika, kiranya mereka adalah warganegara amerika lah. Apa yang menarik dalam 'Jo's Boys' ini ialah bagaimana seorang ibu (Jo) yang dulunya adalah seorang yang panas baran dapat mendidik anak-anak dia dengan penuh kasih sayang. Walaupun mereka ini bukanlah anak sendiri. 

Setiap konflik yang timbul dalam 'Jo's Boys' ditangani dengan menarik sekali. Penuh dengan pelbagai perasaan. Menghadapi kematian dua orang anak, anak yang tersalah langkah; memilih jalan yang salah dan kembali ke pangkal jalan kerana teringat nasihat-nasihat yang diberikan. Nasihat dan pegangan hidup yang menyebabkan mereka tidak terpesong jauh dari terus jatuh ke lembah hina dalam menghadapi dunia realiti jauh dari orang tersayang. 

Macam mana menangani anak lelaki yang obses dengan cinta disabarkan dengan kesungguhan menghadapi kehidupan, fokus pada kerjaya dan pelajaran sebelum masa yang tepat hadir untuk berbicara tentang cinta. Hubungan kekeluargaan dan persahabatan adalah yang utama dan akan kekal walaupun cinta tak kesampaian (ahaha..jiwang pulak). Macam mana memujuk anak yang jiwa dan spiritnya dalam keadaan jatuh merundum. Kebersediaan untuk berterus terang dan menerima serta memaafkan kesalahan dan kesilapan dengan memperbaiki kembali kesilapan yang telah dilakukan.

Secara keseluruhan, cerita ini adalah ranking yang pertama dalam buku2 pilihan saya. Thumbs up! congratulation to Louisa because you did touch my heart when i read your book. All your four book about March Family is the best. I love it and will forever love it. i cry, laugh, angry and my heart could not stop beating so fast because of the tense and suspenses. Your story full of emotion, thought, and education. Could not hope less. Thank you very much!

No comments: