Saturday, March 7, 2009

Pelajaran vs Pendidikan

Bismillahirahmanirahim..

Hari ini saya banyak terfikir tentang dua perkara ini. Apa sebenarnya Pendidik dan Pengajar? Pentingkah tahu perbezaan diantara dua benda ni? Kenapa tidak penting pula? Banyaknya soalan... Belajar subjek management mengajar saya untuk berfikir lebih kritikal. Itu yag selalu sensei sebut dalam kelas. Belajar untuk menyelesaikan masalah, kena tahu dari pelbagai sudut. Baru dapat penyelesaian yang terbaik.

Berbalik kepada soalan. Pendidikan dan Pelajaran itu dua perkara yang berbeza, sangat-sangat berbeza-bagi saya-sebabnya; ejaan pun dah berbeza, apatah lagi maksudnya. Pendidikan ini penuh dengan hikmah. Orang yang mendidik semestinya ikhlas mendidik orang yang dididik. Orang dididik akan cenderung mendengar kata dan hormat pada orang yang mendidik. Tapi bagi pelajaran,ianya hanya berdasarkan prestasi akedemik sahaja. Orang yang mengajar boleh jadi tidak ikhlas. Dan bila tiada keikhlasan dalam mengajar, orang yang diajar kurang cenderung untuk hormat pada orang yang mengajar.

Pengajar boleh jadi pendidik. Tapi pendidik bukanlah pengajar. Sebabnya? Pengajar boleh belajar untuk ikhlaskan hati. bila ikhlas itu ada, dia akan berusaha memastikan orang yang diajar itu faham dan mengaplikasikan perkara yang diajar dalam kehidupan seharian. Bila pengajar itu berusaha bersungguh-sungguh, jadilah dia pedidik. Jadinya pedidik bukan lah pengajar. Tapi pendidik boleh jatuh pada level pengajar bila keikhlasan itu hilang. Kunci utama perbezaan adalah keikhlasan dan faham tugas menjadi guru.

Guru tidak semestinya seseorang yang mengajar di pusat istitusi pengajian yang diiktiraf. Tapi sesiapa sahaja yang sudi memberi dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat, dikategorikan sebagai guru. Ibu bapa kita, mereka guru pertama kita, adik-beradik kita juga guru, kawan-kawan, musuh-musuh, penceramah, mereka semua guru tidak rasmi kita. cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah; itu semua guru rasmi.

Bila wujudnnya guru rasmi ini, adakah mereka yang menjadi guru rasmi faham akan tugasan mereka? Adakah mereka itu pedidik atau pengajar. Bila hanya menjadi pengajar, mereka hanya mengajar pelajaran yang berkaitan dengan skop jurusan mereka. Tapi bila jiwa pendidik tertanam di jiwa mereka, walaupun mereka tidak lagi menjadi guru rasmi, mereka tetap akan berusaha mengajar dan mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna kepada agama khasnya dan kepada masyarakat amnya.

Dunia sekarang, kita ditekan dengan kepentingan pelajaran. Perlunya mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila hanya pelajaran yang jadi ukuran, apa akan jadi pada sahsiah muda-mudi yang akan menerajui pemerintahan negara akan datang? Apabila guru-guru yang dilahirkan itu berkesedaran untuk mengajar, tercapaikah kita untuk melihat generasi yang terbentuk atas dasar Islam? Penuh dengan akhlak yang tinggi. Jawapannya terletak pada minda pembaca masing-masing.

Tapi bila sahsiah itu tidak dibentuk, kepentingan akhlak tidak di tanam, tidak mustahil dunia akan kucar-kacir walaupun bijak pandai berada di merata-rata. Tidak dinafikan pelajaran itu penting. peperiksaan itu perlu. tapi andai hanya yang pandai itu otak, tidak bertunjangkan iman, kemana hala tuju mereka; generasi muda? Wujudkanlah pelbagai subjek berkaitan adab, akhlak dan sivik, kalau tak tertanam dalam hati tentang kesedaran sivik dan akhlak mulia, tetaplah akan berlaku kerosakan. Walhal tidak mustahil kerosakan yang terjadi itu datangnya dari bijak pandai. Yang skor subjek-subjek tersebut.

Kalau hanya menjadi guru yang mengajar bukan guru yang mendidik, tetaplah kerosakan itu berlaku. Kuasa mendidik lebih tinggi dari kuasa mengajar. Pendidik mampu menyentuh hati anak-anak muridnya. Sedangkan pengajar? Sampai manakah dia akan terus mampu menongkah mehnah karenah anak-anak muridnya?

Pendidikan itu lebih utama dari pelajaran. Sebabnya; ia merangkumi pelbagai aspek seperti pelajaran, akhlak dan juga kehidupan sebenar di dunia. Kalau pelajaran; merangkumi kepentingan ilmu duniawi sahaja.

Jadinya, ibu bapa memang mendidik kita dengan penuh ikhlas dan rasa kasih. kawan-kawan, sedara-mara, musuh-musuh, mendidik kita secara tidak sedar. Pengalaman itu sendiri mendidik kita. Luasnya skop pendidikan!

Bakal guru-guru harus faham mehnah menjadi seorang pendidik. Agar terus cekal mendidik anak-anak generasi akan datang. Bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan tetap. Niat perlulah betul. Andai semua yang bercadang untuk menjadi guru itu mempunyai pendapat yang sedemikian, musnahlah generasi remaja akan datang.

Mesti sehabis baik untuk mengelakkan diskriminasi diantara pelajar yang sedia baik dan yang nakal tak bertempat. pelajar yang sedia bijak dan pelajar yang kurang dan lambat memahami pelajaran. Kalau wujud diskriminasi sebegini, mereka yang kurang bernasib baik akan terus hanyut dan tenggelam punca. Wajarkah ia berlaku?

Bukan senang nak jadi seorang guru. dia harus berjiwa besar! Cuba tengok cerita gokusen(cerita jepun), message yang cuba disampaikan, sangat besar. Macam mana nak mendidik mereka yang sudah tertanam rasa diri tidak berguna kepada masyarakat, yang terus-menerus melakukan vandalism. Punca perubahan hanya pada guru yang dapat menyelam hati anak-anak muridya.

Nak mengubah manusia bukan suatu kerja yang mudah. Memang tak dinafikan. Tapi tak mustahil untuk mengubahnya. Jadilah pendidik bukan pengajar. Elakkan diskriminasi di antara pelajar.

coretan ini hanya sekadar pandangan penulis. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Andai ia memberi manfaat, silalah ikuti andai ia merosakkan bangsa, moh0n dijauhi dan di perbetulkan.wallaahu`am~

Wednesday, March 4, 2009

Cik Yat

Bismillah..
Semalam abah and ibu balik Melaka. Cik yat masuk icu. Cik Yat kene bedah petang tu kul 5.3o petang. Anak cik yat yang sulung baru 21 tahun. Ya Allah besar ujian MU pada Nyai. Baru je lagi Nyai kehilangan anak sulung(wak long). CikYat pula masuk ICU. MUdah-mudahan Cik YAt selamat. Amin.

Abah sangat sedih. saya tau. mula-mula kakaknya pergi. sekarang ni adiknya di ICU. sape tak sedih. Dalam selang masa yang singkat. Cik Yat ada gastrik, kata mereka. Wani, sabar ea. sorry sangat-sangat tak dapat bersama ko time2 camni. dulu adam pun camtu gak. Ingat sempat la nak jumpa wak Long..last2 tak sempat gak! tengok untuk kali terakhir pun tak sempat. Sedihnya!

SAyang dua orang sepupuku ini. WANI,ADAM. derang la rival ku UPSR,PMR,SPM. derangla diantara teman yg buat aku nak belajar lagi dan lagi!

Actually, saya rapat dengan Wani since after SPM. Before this, okay je. Tapi tak rapat cam sekarang. Saya lebih rapat dengan Adam. Tapi semua ni tak menghalang saya untuk rapat dengan Wani,kan`. Boleh kate saya rapat dengan Along(kakak wani) lebih dari wani.

Cik Yat sangat baik! Sama macam wak long. kalau balik kampung tu, slalu je ajar care2 masak dengan betul.hehe. kalau kat umah ni, masak ikut dan je~masak sesedap hati. Tapi lepas masuk Gombak ni, da sangat jarang balik kampung. dah jarang jumpa cik yat.

Ya Allah, moga keluarga cik yat tabah menghadapi dugaan MU ini. mOga Cik yat sembuh cepat dan dalam rahmatMU.amin.