Monday, September 22, 2008

Amanah

tarikh:14 september 2008
hari:Sabtu


hari tu, balik ke nilai naik ktm(dah pandai naik ktm da skang(^_^)). LAst week, balik dr nilai ke gombak pun naik ktm. dari hostel nak ke ktm tu cume ada satu transport jerk.-teksi-nak dijadikan cerita, terlupa bayar tambang teksi. Rushing sangat nak balik. Dah Rindu sangat kat rumah~

Pakcik teksi tu pun telefonlah balik minta duit. tapi time tu kita dah lepas dari tempat pembayaran tiket. Jadinya janji dengan pakcik tu yang kita akan call dia balik minta tolong hantar dari ktm-nilai. Nasib baiklah pakcik tu bersetuju aje, kalau tak, jenuh jugak nak pikir macam mana nak buat.

Then, sampai pada hari yang kena balik nilai, kita pun call la Pakcik teksi tu minta amik sekaligus nak bayar tambang teksi yang tak terbayar tu. dipendekkan cerita, pakcik teksi tu sebutlah satu cerita yang mana de sorang hamba ALLAH ni, tak bawak cukup tambang and janji dengan pakcik tu akan call balik and bayar balik. Pakcik tu cakap, hA ni tak contact2pun pakcik teksi tu. Pakcik tu cakap, die suka kalau kita jujur.

Bukan nak beriak or nak bangga diri. Tapi cuma nak kongsi sebuah cerita yang ada pengajaran.huhu.kalau kita tak amanah pada diri sendiri, kita takkan terfikir untuk amanah pada ALLAH tuhan yang mencipta kita malah banyak memberi rahmat dan rezeki. selalunye kita akan senang melaksanakan amanah yang di serahkan oleh manusia berbanding amanah besar yang ALLAH pundakkan di atas bahu kita.

Sejak penciptaan nabi Adam a.s. lagi ALLAH ada sebut yang manusia ni akan dijadikan sebagai kHALIFAH di muka bumi. Kita dengan bangganya menerima tanggungjawab tu. Sedang makhluk2 yang lain tak berani nak menerima amanah ni. Tapi hakikatnya sekarang? Apa yang kita dah buat sebagai seorang Khalifah? kadang2 tu tanggungjawab kita untuk menunaikan solat yang lima waktu tu pun liat. Inikan pula nak menjadi khalifah di bumi ALLAH ini. Mentadbir alam mengikut sunnahtuLLAH..(astagfirullah..moga kita diampun dosa2 yang begitu banyak..)

thus, amanah tu sangat penting. ALLAH amanahkan kita macam2 kat bumi ini. kita perlu muhasabah balik apa amanah yang kita dah tunaikan sebaik mungkin. sebab ALLAH tak tengok pada hasil daripada apa yang kita cuba laksanakan, tapi kesungguhan dan usaha kita untuk terus mencuba melaksanakan sehabis baik.

Kalau buka balik kisah2 para anbiya' dulu, ada satu cerita seekor burung yang cuba memadamkanapi yang membakar nabi Ibrahim. Perbuatan si burung itu dipersoalkan dan burung tu jawab 'Pencipta ku tak melihat hasil dari apa yang aku buat, tapi sejauh mana aku berusaha untuk menolong nabi-Nya'

Jadinya, kita kenelah betul2 memegang amanah. Jangan dalam society je yang kita pegang amanah. Tapi praktikkan dalam kehidupan seharian. ISLAM is the BEST way of LIFE!~

wallahu'alam