Okay, cuti dah habis.
Marilah kita masuk kerja kembali.
Perbetulkan niat dan semoga Dia lorongkan jalan yang terbaik.
Dimana-mana pun ada konflik. Macam mana kita nak hadapi dan atasi konflik yang berlaku. Memang tak seronok bila ada pergeseran semasa kerja.
Jadinya kena lepasi apa yang berlaku. Kita bekerja dengan manusia. Tentu sahaja akan berlaku pergeseran. Luahkan, cari solusi, jumpa dengan titik temu dalam diri agar tenang untuk bekerjasama kembali.
Kita juga ada titik kelemahan, yang mungkin kita tak nampak. Tapi orang lain menilai. Kita baiki kelemahan kita dan terus berprinsip.
Yakinlah, jalan ini yang telah kita pilih. Sebagai batu loncatan untuk kehidupan yang lebih baik.
Tolong doakan semoga hati terus bersih, dan diredhai-Nya.
Sebab hidup ni nak cari redha Dia ja.