Tuesday, February 20, 2018

Keliru

Telah bermula perjalanan di tempat baharu dengan suasana baharu. Masih aku keliru tentang apa yang sedang berlaku. Apakah benar ini jalan yang ingin dilalui? Bisakah aku melakukan amanah ini? Tunjuk ajar diperlukan, namun sedikit yang diterima. Apakah aku harus meneka-neka dalam gerak kerja ini? Inikah natijah hasil pengalaman lalu? Aku harus berdikari. Aku perlu sendiri mandiri.

Menyesuaikan diri dalam suasana baharu, lebih mudah berbanding awal permulaan bekerja. Perbezaan cuma pada berada dalam satu komuniti dengan kaum Adam. Kekok.

Buntu apabila diberi amanah, tetapi belum diberi ruang untuk melaksanakan. Lebih-lebih lagi, untuk memahami perlaksanaannya. Aku disini, kembali belajar. Sedikit demi sedikit. Apakah sekarang aku melaksanakan dengan baik. Apakah betul tindakan ini.

Sekarang, mengikut rentak dan perjalanan disini. Kita tunggu dan lihat.