Menulis sekarang menjadi begitu sukar. Writing block? Nah, bukan itu. Tapi seakannya aku telah hilang inspirasi. Perlu menjalani terapi, barangkali. Tidak, ya, sedang menjalani terapi. Sendiri.
Aku pernah berkenalan dengan dua insan yang aku kagumi dari jauh, dalam diam. Bilamana mereka bertemu, tentu sahaja ada butir bicara yang hangat, menghangatkan lagi perbincangan ilmiah dan menguji minda sang pendengar. Pun begitu, butir bicara mereka tetap dalam etika open-minded dan menyanjung dan menghormati perbezaan pendapat. Bahkan mereka juga membuka ruang untuk kembali berbincang bagi mendapatkan nas-nas dan bersama hujah yang kukuh di support dengan bukti-bukti.
Dan aku juga yakin, kedua-duanya dihormati dan dikasihi oleh teman-teman sekelilingnya. Bilamana mereka bertemu, pasti bakal tercetus idea yang ideal dan tak terfikir dek normalnya pemikiran, seperti aku. Seperti pepatahnya orang putih, It takes two to tango. Begitu juga mereka. Seperti dua insan bila bertemu bisa memberi kesegaran dan pencerahan pada minda yang lelap.
Oh, mereka berdua bisa aja bergerak solo. Sendiri. Mereka punya idea dan prinsipnya masing-masing. Teguh berpegang dengan prinsip dan sehabis daya cuba mengamalkan prinsip mereka. Tapi sepertinya mereka begitu indah bila bersama. Bagai Viola dengan pemuziknya. Tidak akan berbunyi Viola tanpa penggeseknya. Takkan beralun indah irama muzik hasil dari gabungan dua entiti ini. Siapa viola, siapakah penggeseknya bukan menjadi isu utama. Pokoknya bila mereka bertemu, bukankah dunia ini lebih berwarna-warni.
Dan kini, ku yakin sekali, mereka berdua sedang dalam melaksanakan idea masing-masing. Cuma kadang-kadang, aku rindu pada gabungan mereka berdua. Apakah aku bakal melihat kembali mereka bertemu dalam satu wacana barangkali? Indah bukan.
Bicaraku buat mereka berdua cumalah dalam ruang-lingkup alam maya ini. Tapi mereka jugalah pencetus inspirasi buatku.
Pertemuanku dengan mereka bukanlah dalam jalan yang puitis. Tapi padaku, itulah pertemuan yang paling puitis dan indah, kerana merekalah jambatan hikmah kepadaku.
Untuk kamu dan kamu, semoga terus teguh dalam jalan yang ditempuhi biarpun kalian mungkin saja tidak bertembung dan bertemu lagi. Namun takdir Allah, siapa yang bisa menghalangnya? Ku doakan agar ada lagi pertemuan buat kalian, buat kita semua.