Monday, March 26, 2012

Ilmu itu dimana-mana!

Nadya berlari-lari anak mendapatkan lif. Jam di tangan sudah menunjukkan jam 8.35 pagi. Nadya sudah lambat lima minit dari masa meeting yang ditetapkan. Dua hari lepas, Nadya menerima mesej memaklumkan meeting pertama untuk projek yang Nadya sendiri kurang maklum. Tapi, tidak pula Nadya hendak bertanya lanjut akan meeting ini. 'Yang pasti, bukan perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang.' Nadya tersenyum dengan anggapannya sendiri. Nadya melangkah masuk ke dalam lif bila bunyi 'ding' menyentak lamunannya. Masa terus bergrak tanpa menunggu siapa-siapa. Nadya mengerling jam di tangan, sambil tangannya menekan butang empat. Sejurus pintu lif tertutup, Nadya bersandar di dinding lif. Lelah berjalan dari mahallah belum kurang. Sambil menunggu lif berhenti di tingkat empat, Nadya bercongak-congak assignment  yang masih menunggu di biliknya. 'Harap-harap meeting ini tidak lama.'

Sejurus pintu lif terbuka, Nadya cepat-cepat keluar dan menuju ke head quarters, destinasi meeting-nya hari ini. Melangkah kaki ke dalam head quaters, Nadya melihat dua jejaka dan seorang perawan menunggu. Masing-masing masih sibuk dengan kerja masing-masing. Tidak pula kelihatan sedang berbincang seperti yang sepatutunya sekiranya meeting sudah bermula. Nadya malu sendiri. Sudahnya dia mencuri masa mereka. 

"Minta maaf lambat..." hanya itu yang Nadya boleh ungkapkan. Dia terus mengambil tempat di sebelah Sabrina. Nadya bersalaman dengan Sabrina, sambil menghadiahkan sebuah senyuman.

"Okaylah, kita mulakan meeting kita dulu...yang lain akan menyusul kemudian. Sepatutnya ada lagi empat orang lagi yang terlibat. Haziq dan Safa' tidak dapat hadir hari ini. Anisah dan Amir lambat sikit." Huzaifah menerangkan duduk perkara sekaligus memberitahu komiti yang terlibat untuk projek 'rahsia' ini. 

Mendengarkan nama-nama yang sudah dikenali ini, Nadya tersenyum lega. 'Insya Allah, mudahlah untuk bergerak dengan mereka.' Meeting pun bermula dengan bacaan Ummul kitab Al-Fatihah. Kemudian, Huzaifah menerangkan tentang projek 'rahsia' ini.

"Agenda utama pagi ini untuk membincangka projek 'rahsia' kita...." Huzaifah sudah masuk ke mode seriusnya.

Dan seterusnya, perbincangan semakin hangat dalam 'membedah' dan mengkaji baik buruk projek 'rahsia' ini. Nadya tekun mendengar dan sesekali memberi buah fikiran. Tapi, acapkali Nadya terpegun dan tertegun mendengar perdebatan antara Huzaifah dan Fahmi. 'Masya Allah, betapa banyaknya perkara baru dan revision yang aku boleh dapat dari perdebatan ini. Terasa ceteknya ilmu yang berada didadaku.'

Akhirnya, perangkaan dijalankan. Melihat projek 'rahsia' ini boleh pergi dengan lebih jauh dan manfaat yang akan diperolehi oleh masyarakat kampus daripada projek 'rahsia' ini lebih banyak daripada kos yang diperlukan untuk melaksanakannya, kami bersepakat untuk bergerak, bersama-sama menjayakan projek ini.

Untuk pertama kalinya Nadya menghadiri meeting yang memakan masa hampir lima jam. Tapi, bagi Nadya, sepanjang hampir lima jam itu, tidak pula dirasakan sia-sia. Setiap saat terisi dengan mempelajari perkara-perkara baru. Memberi semangat kepadanya untuk menghadapi assignment-assignment yang menunggunya di balik pintu bilik, di atas meja.

Ya, Nadya akui, ilmu bukan sahaja boleh didapati dari bilik-bilik tertutup denga guru di hadapan, malah dari perbincangan-perbincangan santai sehinggalah perbincangan-perbincangan serius. Ilmu bukan sahaja boleh didapati dari para alim yang lebih dahulu mengenal dunia, tetapi, dari adik-adik riang gembira, yang ditemui di kafe, di tepi makmal komputer dan juga dalam persatuan-persatuan seperti persatuan yang Nadya ikuti. Ilmu tidak pernah terhad dan kadang-kadang dia datang dalam bentuk yang kita tidak tersangka-sangka. Ilmu bukan sahaja dari buku, tapi dari pemerhatian, dari pengalaman.

Nadya insaf. Pulang sahaja dari meeting, banyak perkara baru yang Nadya perolehi. Masih banyak kerja di dunia ini. Masih banyak komitmen yang menanti. Nadya bermuhasabah lagi hari ini. Peringatan-Nya datang lagi mengetuk pintu hati Nadya. Nekad Nadya, dia akan berusaha bersama komiti yang lain bagi menjayakan projek 'rahsia' mereka ini. Apa projek 'rahsia' ini? Nanti-nantilah Nadya ceritakan.

Monday, March 5, 2012

HIkari E~ (Towards The Light)

Yeah, yeah, yeah, yeah

僕は今 さがしはじめた 水しぶきあげて
果てしなく続く世界へ
あふれだす情熱を胸に どこまでも行くよ
まだ見ぬヒカリ 求め

夏色太陽が ココロの帆をゆらせば
(fly away glum blue sea...)
あたらしい世界への 扉を開く合図
(fly away glum blue sky...)
波間にゆれてる 絶望を抜けて
水平線の向こう側 目指して

僕は今 さがしはじめた 水しぶきあげて
果てしなく続く世界へ
あふれだす情熱を胸に どこまでも行くよ
まだ見ぬヒカリ 求め

きまりきった毎日と ありふれた雲の流れ
(flying over sea of love)
君にも映ってる 知るはずもない未来
(fly away endless blue...)
変わらないことで 傷つかなくても
それじゃ夢も希望さえもない さぁ行こう

僕はなぜ さがしてるんだろう 何がほしいんだろう
答えはきっとその先に
動き出す世界の中へ ココロして行くよ
まだ見ぬチカラ秘めて

僕はなぜ さがしてるんだろう 何がほしいんだろう
まだ見ぬタカラはどこに
あふれだす情熱を胸に どこまで行ける?
わからないけれど

僕は今 さがしはじめた 水しぶきあげて
果てしなく続く世界へ
あふれだす情熱を胸に どこまでも行くよ
まだ見ぬ光 求め
その 向こうへ

It's been so long..really long since I last update my dearest blog. Thank Lord that my Shiroi Asus is healthy, back at my side. Though, still I could not update as much as i wished to. Been hooked up with this song for sometimes now...inspired me to go through this messy life.

Will update real soon, after i clean-up all the mess. Thank you so much
Love you always.