Aku melangkah
Setapak demi setapak
Mengorak langkah perlahan-lahan
Mengheret diri
Menuju jalan yang satu
Sekejap-sekejap
Aku menoleh
Sekejap-sekejap
Aku berhenti
Bertanya
Apakah benar ini jalanya?
Apakah betul langkah kakiku?
Adakah akan sampai aku pada Penghujungnya?
Kemudian
Sekali lagi kakiku melangkah
Sedikit pantas
Mungkin yakin dengan jalan ini
Sekali-sekala berlari laju
Ingin pantas sampai ke destinasi
Ingin pantas sampai ke destinasi
Aku tersungkur
Dek keghairahan berlari
Tidak sedar batu menghalang
Tidak nampak duri nan tajam
Menangis teresak
Dek kesakitan yang terasa
Bangkit semula
Perlahan-lahan
Mengorak langkah lagi
Perjalanan ini masih panjang
Kapan kan tiba pada Penghujungnya?
Aku jua tidak mengetahuinya
Perjalanan ini masih panjang
Sedikit demi sedikit
Aku mengorak langkah
Aku mengorak langkah
Meneroka jalan penuh liku
Kadang-kala putus asa mengetuk pintu
"Berhentilah...berehatlah..."
Namun,
Tangan-tangan yang memimpin
Tangan-tangan yang menghulur
Tangan-tangan yang membantu
Memberi semangat
Kepada kaki untuk terus melangkah
Biar letih, mengah dan penat
Kaki ini terus melangkah
Biar letih, mengah dan penat
Semangat membara
Bila melihat tangan-tangan disisi
Kapankan malap semangat ini?
Moga ia terus menyala
Supaya kaki terus melangkah
Tiba di destinasi
Perjalanan yang panjang
Tidak ketahuan penghujungnya...
tinta keyboard:
22 tahun mengorak langkah di bumi-Nya
Semoga amal diterima
Semoga dosa diampunkan
Bergembiralah kerana telah dipilih untuk hidup dijalan-Nya!