Sunday, June 21, 2009

Gembira dalam sedih?-reunion sgpusuian


Bismillahirahmanirahim..

Sebelum melanjutkan cerita yang berlaku pada hari tersebut, memulanya nak mohon seribu kemaafan andai dalam entry kali ini, ada ayat-ayat yang menyinggung perasaan pihak yang hadir pada tempat kejadian ataupun tidak. Honestly, lepas dah perfikir panjang, i thought i really need to write somethings. Rather than i keep it by myself, why not share it with other, moga kat sini ada pengajaran dan boleh memperbaiki perjumpaan buat masa akan datang. Insya Allah kita akan jumpa lagi kan?

19 Jun 2009, Klcc.

Hari ini (19jun) Intan dan Azam organize reunion buat batch 2002-2006. Ramai jugak yang datang. Actually memang seronok dapat jumpa dengan semua orang balik. Especially kawan2 yang dah lama tak jumpa. eheh, bukan tak gembira jumpa kawan-kawan yang biasa jumpa, tapi kegembiraan berjumpa dengan yang lama tak jumpa lagi banyak..

Semua makin cantik dan bergaya.LOL. Macam yang korang boleh baca kat blog una, azam, nadea and yan. Insya Allah lagi detail dan menarik dari dalam blog ni. Eventhough tak de activitit2 melainkan aktiviti bertukar berita dan bergambar, tetap hari ini terisi dengan rasa bermakna. ^^

Sedih? kenapa? Sebab mata yang memandang rasa sedih. Balik dari jumpa kengkawan semua, balik dengan mashitah, ntah macam mana timbul soal ni. Tak bape ingat kenapa. Luahka lah kat Mashitah, rasa takut, sedih suma tengok kawan2. Well we are changing. I know. Sedih sebab, kita berjumpa, tapi batas pergaulan kurang terjaga. Bukanlah nak suruh korang berborak di balik pokok or balik tabir. Its natural la face to face. Kat sekolah dulupun camtu gak. Takkan dah keluar kena borak balik tabir/pokok/dinding plak kan. tak de maksud camtu.

Cuma mungkin terlampau gembira sangat berjumpa sampai kita terlupa. Tertepuk bahu opposite gender ke apa ke. Huu..bukan nak bagi ceramah kat korang, sebab aku tau korang pun tau. Mungkin sebab kita terlampau gembira berjumpa, tanpa sengaja benda ni berlaku. Tak taulah kalau mata ni tersalah nampak. Wallahu'alam.

Sebabnya, aku harap pertemuan sebegini berlangsung dengan mendapat redha-Nya. Bukanlah lepas ni kene buat buka majlis baca qur'an sume. Cume harapnya pertemuan akan datang lebih terjaga. Nak ke nanti kalau ada cikgu-cikgu ternampak keadaan camni, kecewa? Bukan hal hipokrit kat sini, tapi hal agama. Benda yang wajib kita patuh. Bukan nak jaga pandangan cikgu2 terhadap kita, tapi pandangan Sang Pencipta.
Tapi, kalau aku tegur macam ni, taknak lah kalau korang kecil hati and tamau ajak aku gi mane2 dah. Bila aku cakap camni, tamau ar korang cakap aku ni alim bagai. Sebab aku bukan baik dan perfect pun. What if one day aku terbuat bende2 yang aku tegur korang?(nauzubillah..minta dijauhkan). Koranglah harapan aku untuk tegur kesilapan aku kalau2 aku pulak yang terbuat, sengaja buat, or buat-buat buat.

Please..lets take this as positive and aku tak cakap semua kat situ bertepuk tampar bagai. Macam azam cakap, sape makan cili die terasa pedasnya. Bukan aku tulis ni untuk bagi korang rase pedas, tapi take is as bende yang kita boleh perbaiki lagi. Kawan bukan hanya untuk bersama kita bergelak ketawa or mengampu. Definisi kawan pada aku ialah orang yang support kita dari segala penjuru, bersama dengan kita susah dan senang dan yang paling penting, berani nak tegur kalau kita ada buat salah. Tak semua boleh ada ciri2 ni, tapi as long as we tried to, we will Insya Allah.

Lepas ni, jangan pulak korang tamau tegur aku. Aku masih perlukan teguran dari korang. Macam Peha tegur aku time form 5 tu, macam azam tegur aku kat matrix dulu and macam yang pia selalu tegur aku bila aku jadi sgt stubborn. akupun wat salah gak. Bila korang tegur, aku tau, korang sayang kat aku ^^. Aku tau, masih banyak lagi kesilapan dan tingkah laku yang aku perlu perbaiki agar korang tak kecil hati dan feel annoy lagi dengan aku.

Sungguh aku gembira jumpa korang balik!

buat yang akan masuk university lepas ni, May korang success dengan jayanya menghadapi kehidupan as Mahasiswa/siswi. And yang sudah/sedang berada di alam university moga kita sama-sama success.Amin.
Aku tulis sebab aku sayag korang semua..^^

Monday, June 8, 2009

Amaizing Race

Bismillah..

Yesterday, i had an amaizing day!So much fun eventhough its tiring. Atas nama menjadi fasi program amaizing race untuk Singaporean yang nak tengok how teens at malaysia. Berlangsunglah program ni selama setengah hari dari pukul 2.30petang till 8.30pm. Me, Nad, Asma and Husna bergerak ke klcc around kul 10am. Saje berjalan2 kat klcc yang sesak tuh sementara menunggu masa untuk menjalankan tugas sebagai fasi. Kat klcc de pameran lego. Memang cantik r cakap pameran tu. ada taj mahal, menara klcc, petra(jordan), and 2 lagi bangungan yg tak tahu namenya.(tak ingat).




Nampak macam tak gune legokan. tapi klo tengok dari dekat memang lego.Cayalah..macho giler! Bape lamelah agaknye derang nak siapkan satu bangungan tuh. Kalau takde kesabaran yang tinggi, memang susahlah nak siap. After penat round2 and dah dekat kul 1ptg, kami memasing kena bergerak ke check point yang ditetapkan.
Me and Nad jaga check point pertama iaitu Masjid Negara. Dari Klcc tu naik lrt ke pasar seni and jalan kaki ke MAsjid Negara. Abg Auzan dah mesej, tanye kat mana sebab kiteorang tak sampai2 lagi. Takut terdelay perjalanan program ni.Huu..memang delay sangat2 pun. sebab rombongan dari singapura lambat sampai. Sebelum tu mereka dari Pusat kesenian ISlam. Around 2.30-2.45p.m baru start. KAt Masjid negara derang kene jawab teka silang kata before bergerak ke check point kiteorang. At first, task yang derang kena buat ialah main2 alat2 senaman kat masjid negara tu. Tapi nad cakap tak proper nak main sebab dah petang sangat. So we change the game into 'Transfomer'.
Next check point is LRT pasar seni. kat sini derang wat grafiti dengan teme 'Palestin' Tapi, me and nad tak tengok sampai habis as kiteorang nak bergerak ke checkpoint seterusnya which is Klcc. First group yang selesaikan task ni, dapat klu kene pergi ke CC. bila tanya derang cc tu apa derang jwb cybercafe. Pelik jugak r dengar coz derang suppose bergerak ke klcc. Rerupanya memang klu die camtu and depa kene rujuk peta untuk cari tempat yang de kaitan dgn 'cc' ni.
Check point kat klcc ni paling lama sebab kene buat teka silangkata lagi and soalan die memang killer la. And klu nyer akan bergerak ke pavillion. This is my first time sampai ke pavillion.Haha..orang kl tapi baru first time ke pavillion. Itupun tak masuk. just duduk kat luar bersama kak nabila and kak wani, yang jaga check point ni. Husna and asma jaga check point kat klcc. kat Pavillion ni, task derang kene interview people there about how they think of teenagers nowadays.
Dari Pavillion derang suppose pergi ke time square. tapi disebabkan dah lambat sangat which da dekat dengan waktu magrib, check point kat TS di batalkan and terus ke check point yang terakhir; chow kit. we follow one group ke chow kit. And bila samapi kat chow kit dah kul lapan malam. Nak cari tempat solat plak..the singaporean derang jamak takhir. Sementara menunggu lagi dua group sampai, derang wat hal memasing.
They are too friendly. And sesame derang, derang speak english. TApi tak bermaksud derang tak pandai cakap melayu. Lancar je dua2 bahasa ni. Memang fluen gila bahasa inggeris derang. Tetibe jadi tak confident bercakap bi dengan derang.huhu.
But this is new experience. Kenal dengan orang singapura. And my first time round kl. MEmang round habis r..(maybe)..
walluha'lam..

Thursday, May 28, 2009

Jalan Hanya Satu

Masih wujud orang yang menunggu waktu pencen atau waktu kosong untuk beramal demi kebahagian akhirat. Dia beranggapan, sekarang sedang sibuk bekerja dan tak punyai masa yang cukup untuk buat amal ibadah. Insyaallah, bila pencen atau punyai waktu lapang seluruh waktunya akan dipenuhi dengan amal ibadah.

Katakan kepada mereka: "Dunia adalah jambatan ke akhirat. Jalan keakhirat adalah satu. Bukannya seperti fahaman segelintir manusia, bahawa di sana ada dua jalan. Jalan untuk mencari rezeki dan satu lagi jalan beramal untuk kebahagian akhirat".

Ada yang beranggapan, ketika bekerja mencari rezeki, kena melalui jalan X dan ianya tiada kaitan dengan akhirat. Apabila ingin beramal untuk akhirat, kena melalui jalan Y dan ianya tiada kaitan dengan dunia.

Bukan begitu wahai saudara ku! Pada mukmin, jalan hanya satu.
Rasulullah saw pernah bersabda: "Sesiapa yang berada pada waktu petangdalam keadaan penat kerana bekerja, maka petangnya mendapat keampunan dari Allah". (AL-Ausat oleh At-Tabarani) .

Renungi hadis di atas. Keletihan kerana bekerja ganjarannya adalah keampunan. Bekerja adalah jalan untuk mencari rezeki dan dalam masa yang sama adalah jalan ke syurga. Tiada pemisahan, bekerja untuk dunia dan sembahyang untuk akhirat. Bahkan bekerja itu sendiri adalah jalan ke syurga. Syaratnya kerja tersebut mesti menepati piawaian syarak.

Islam is The Way of Life

Thursday, April 23, 2009

EMI 2009

Going for EMI..dulu dipanggil Eksplorasi Menara Ilmu...maybe derang dah change the name..
i'll be fasi there for new x-spm student. Going for three day starting from tomorrow (24-26/Apri/2009)

Then on 30th April, Bai'ah IIUM-taaruf- just one day..

I'll leave my online friends for three days..see ya again..

wassalam~ ^^

Sunday, April 19, 2009

Mengemis Kasih

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan DOSAku menggunung TINGGI
Tapi RAHMAT-Mu melangit LUAS
Harga SELAUTAN SYUKURku
Hanyalah SETITIS NIKMAT-Mu di bumi

Tuhan walau TAUBAT sering ku MUNGKIRI
Tapi PENGAMPUNAN-Mu tidak pernah bertepi
Bila selangkah ku rapat pada-Mu
Seribu langkah kau rapat pada ku

Lagu & Lirik:The Zikr

Sedang diserang demam selesema yang teruk. Ujian..ujian..
Ikut perancangan, hari ini mau pulang ke kampung kenduri kawen wak long. Tapi badan tak mengizinkan.

song kat atas tu lagu yang sangat lama. Lagu lama yang ditelan zaman. Tapi lagu ni sangat unik and mempunyai maksud yang sangat mendalam. Sangat suka nasyid ni!Ingat nak share nasyid ni dengan semua. Malangnya tak leh upload...gomen2

Monday, April 13, 2009

Norhayati Binti Sharif

Bismillahirhmanirahim
moga penulisan ini akan mendapat rahmat dari-NYA.

Ya Allah,
Tempatkan dia di tempat yang Mulia
Tempat yang dikau
janjikan untuk hamba yang soleh...

Tak sampai setengah tahun Nyai kehilangan seorang anak, hari ini seorang lagi anaknya pergi menghadapt Ilahi terlebih dahulu. Meninggalkan emak, adik-beradik, suami dan anak-anak seramai enam orang. Yang sulung berumur 21 tahun dan kecil sekali baru berumur 11 tahun.

Ingat tak cerita mak sedara saya yang masuk ICU tu? Sudah hampir sebula terlantar di hospital, akhirnya Cik yat kembali kerahmatullah pada hari ini mengikut jejak langkah kakaknya(wak long) yang telah kembali beberapa bulan yang lepas.

Peritnya hati seorang ibu melihat pemergian anak-anaknya seorang demi seorang. Sedangkan dia masih lagi didunia meneruskan sisa hidup. Dah hilang dua emak sedara yang baik. Nanti balik kampung, mesti tak semeriah tahun-tahun yang lalu. Tak akan terdengar lagi nasihat-nasihat dan teguran-teguran dari mereka.

Tapi, kalau ini yang terbaik untuk cikyat..moga dia bersama orang2 yang soleh+solehah..
daripada sengsara kena cucuk dengan jarum doktor dan macam-macam drug dimasukkan dan siksa dek buatan orang..kalau ini dapat meringankan sengsara cik yat..

Hari ini abah, ibu dan adik-beradik yang len pergi ke Gemenceh..Nak ikut sangat. Nak support my cousins there. Tapi, esok ada exam!Aduh..sedihnya....Kali terakhir jumpa waktu minggu pertama cik yat kena tahan di icu..kita yang melihat terasa sakit, apatah lagi cik yat yang menanggungnya..

Along, wani, fara, mira, amad and muiz..moga kalia sekeluarga tabah ea..

Al-fatihah buat Cik Yat..

Saturday, March 7, 2009

Pelajaran vs Pendidikan

Bismillahirahmanirahim..

Hari ini saya banyak terfikir tentang dua perkara ini. Apa sebenarnya Pendidik dan Pengajar? Pentingkah tahu perbezaan diantara dua benda ni? Kenapa tidak penting pula? Banyaknya soalan... Belajar subjek management mengajar saya untuk berfikir lebih kritikal. Itu yag selalu sensei sebut dalam kelas. Belajar untuk menyelesaikan masalah, kena tahu dari pelbagai sudut. Baru dapat penyelesaian yang terbaik.

Berbalik kepada soalan. Pendidikan dan Pelajaran itu dua perkara yang berbeza, sangat-sangat berbeza-bagi saya-sebabnya; ejaan pun dah berbeza, apatah lagi maksudnya. Pendidikan ini penuh dengan hikmah. Orang yang mendidik semestinya ikhlas mendidik orang yang dididik. Orang dididik akan cenderung mendengar kata dan hormat pada orang yang mendidik. Tapi bagi pelajaran,ianya hanya berdasarkan prestasi akedemik sahaja. Orang yang mengajar boleh jadi tidak ikhlas. Dan bila tiada keikhlasan dalam mengajar, orang yang diajar kurang cenderung untuk hormat pada orang yang mengajar.

Pengajar boleh jadi pendidik. Tapi pendidik bukanlah pengajar. Sebabnya? Pengajar boleh belajar untuk ikhlaskan hati. bila ikhlas itu ada, dia akan berusaha memastikan orang yang diajar itu faham dan mengaplikasikan perkara yang diajar dalam kehidupan seharian. Bila pengajar itu berusaha bersungguh-sungguh, jadilah dia pedidik. Jadinya pedidik bukan lah pengajar. Tapi pendidik boleh jatuh pada level pengajar bila keikhlasan itu hilang. Kunci utama perbezaan adalah keikhlasan dan faham tugas menjadi guru.

Guru tidak semestinya seseorang yang mengajar di pusat istitusi pengajian yang diiktiraf. Tapi sesiapa sahaja yang sudi memberi dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat, dikategorikan sebagai guru. Ibu bapa kita, mereka guru pertama kita, adik-beradik kita juga guru, kawan-kawan, musuh-musuh, penceramah, mereka semua guru tidak rasmi kita. cikgu-cikgu, pensyarah-pensyarah; itu semua guru rasmi.

Bila wujudnnya guru rasmi ini, adakah mereka yang menjadi guru rasmi faham akan tugasan mereka? Adakah mereka itu pedidik atau pengajar. Bila hanya menjadi pengajar, mereka hanya mengajar pelajaran yang berkaitan dengan skop jurusan mereka. Tapi bila jiwa pendidik tertanam di jiwa mereka, walaupun mereka tidak lagi menjadi guru rasmi, mereka tetap akan berusaha mengajar dan mendidik anak-anak agar menjadi insan berguna kepada agama khasnya dan kepada masyarakat amnya.

Dunia sekarang, kita ditekan dengan kepentingan pelajaran. Perlunya mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila hanya pelajaran yang jadi ukuran, apa akan jadi pada sahsiah muda-mudi yang akan menerajui pemerintahan negara akan datang? Apabila guru-guru yang dilahirkan itu berkesedaran untuk mengajar, tercapaikah kita untuk melihat generasi yang terbentuk atas dasar Islam? Penuh dengan akhlak yang tinggi. Jawapannya terletak pada minda pembaca masing-masing.

Tapi bila sahsiah itu tidak dibentuk, kepentingan akhlak tidak di tanam, tidak mustahil dunia akan kucar-kacir walaupun bijak pandai berada di merata-rata. Tidak dinafikan pelajaran itu penting. peperiksaan itu perlu. tapi andai hanya yang pandai itu otak, tidak bertunjangkan iman, kemana hala tuju mereka; generasi muda? Wujudkanlah pelbagai subjek berkaitan adab, akhlak dan sivik, kalau tak tertanam dalam hati tentang kesedaran sivik dan akhlak mulia, tetaplah akan berlaku kerosakan. Walhal tidak mustahil kerosakan yang terjadi itu datangnya dari bijak pandai. Yang skor subjek-subjek tersebut.

Kalau hanya menjadi guru yang mengajar bukan guru yang mendidik, tetaplah kerosakan itu berlaku. Kuasa mendidik lebih tinggi dari kuasa mengajar. Pendidik mampu menyentuh hati anak-anak muridnya. Sedangkan pengajar? Sampai manakah dia akan terus mampu menongkah mehnah karenah anak-anak muridnya?

Pendidikan itu lebih utama dari pelajaran. Sebabnya; ia merangkumi pelbagai aspek seperti pelajaran, akhlak dan juga kehidupan sebenar di dunia. Kalau pelajaran; merangkumi kepentingan ilmu duniawi sahaja.

Jadinya, ibu bapa memang mendidik kita dengan penuh ikhlas dan rasa kasih. kawan-kawan, sedara-mara, musuh-musuh, mendidik kita secara tidak sedar. Pengalaman itu sendiri mendidik kita. Luasnya skop pendidikan!

Bakal guru-guru harus faham mehnah menjadi seorang pendidik. Agar terus cekal mendidik anak-anak generasi akan datang. Bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan tetap. Niat perlulah betul. Andai semua yang bercadang untuk menjadi guru itu mempunyai pendapat yang sedemikian, musnahlah generasi remaja akan datang.

Mesti sehabis baik untuk mengelakkan diskriminasi diantara pelajar yang sedia baik dan yang nakal tak bertempat. pelajar yang sedia bijak dan pelajar yang kurang dan lambat memahami pelajaran. Kalau wujud diskriminasi sebegini, mereka yang kurang bernasib baik akan terus hanyut dan tenggelam punca. Wajarkah ia berlaku?

Bukan senang nak jadi seorang guru. dia harus berjiwa besar! Cuba tengok cerita gokusen(cerita jepun), message yang cuba disampaikan, sangat besar. Macam mana nak mendidik mereka yang sudah tertanam rasa diri tidak berguna kepada masyarakat, yang terus-menerus melakukan vandalism. Punca perubahan hanya pada guru yang dapat menyelam hati anak-anak muridya.

Nak mengubah manusia bukan suatu kerja yang mudah. Memang tak dinafikan. Tapi tak mustahil untuk mengubahnya. Jadilah pendidik bukan pengajar. Elakkan diskriminasi di antara pelajar.

coretan ini hanya sekadar pandangan penulis. Tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Andai ia memberi manfaat, silalah ikuti andai ia merosakkan bangsa, moh0n dijauhi dan di perbetulkan.wallaahu`am~