life (90) quotes/poems (44) wisdom (42) family (39) events (31) memories (28) marriage (24) dreams (23) iiu (20) Ramadhan (19) books (19) stories (18) works (10) children (8) skills (8) photoshop (6) sightseeing (6) Inilah Memori Kita (3) Hidup (2) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) ayat cinta <3 (2) cooking (2) vacation (1)
Showing posts with label marriage. Show all posts
Showing posts with label marriage. Show all posts

Tuesday, November 19, 2019

Inilah Memori Kita

17.11.2019
Hari kedua

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kasih sayang-Nya, tiada kecederaan dalam melainkan tisu lembut bahu kanan yang lari daripada kedudukan asal. Dahi, hidung dan bibir telah doktor jahit kerana luka yang dalam dan untuk menghentikan darah yang mengalir.

Bicaramu sedikit kerana luka di bahagian mulut. Makan dan minummu sukar. Namun dikau gagahi juga demi kesembuhan diri.

'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan-mu yang kamu hendak dustakan?'

Telah banyak yang Dia berikan, dan sedikit yang ditarik tetap memberi peritnya melalui ujian ini. Barangkali ini juga sebahagian hikmah dan peringatan buat kami.

Benar, perjalanan menuju kesembuhan yang total bukanlah suatu yang mudah. Sehingga ini, masih lagi terasa seperti dalam mimpi yang ngeri. Doa dan sokongan amat diperlukan dan aku bersyukur pada sahabat handaimu yang mampir memberi semangat dan kekuatan buatmu. Majikan dan rakan kerja yang banyak memudahkan urusan. Ini juga nikmat Tuhan pada hamba-hambanya yang kerdil.

Mendengarkan peristiwa itu daripada dirimu sendiri, aku membayangkan apa yang dikau lalui. Ya Tuhan kami, kupohon lindungan-Mu kepada keluarga ku.

Menjagamu bukanlah suatu yang membebankan. Menjagamu adalah penghormatan buatku. Teruslah kuat bersama-sama, sayang. Insya Allah kita bisa lalui bersama. Dan pabila kita melihat kembali kisah ini di masa hadapan, semoga kita mampu tersenyum syukur kerana terpilih melalui ujian ini. Kerana Allah hadirkan insan-insan yang prihatin dalam hidup kita. Kerana Allah sayangkan kita untuk hidup lebih teguh bersama bergantung pada Dia.

Ujian ini ternyata berat tika ini, barangkali terlihat ringan di masa hadapan. Semoga kita tiba pada masa itu dengan redha dan syukur.

Menulis dalam mencari hikmah yang tersembunyi di setiap ujian dan nikmat-Nya

Inilah Memori Kita

Inilah Memori Kita

16.11.19
Hari Pertama

Hari yang begitu mendebarkan saat menerima panggilan kecemasan itu. Tika aku masih di Bangi atas urusan kerja, dan dikau telah dikejarkan ke HKL dengan ambulans.

Bergegas ke HKL jam 9.18 dari Bangi dengan perasaan bercampur-baur. Hati terusan berdoa agar dikau dalam peliharaan-Nya. Saat mendapat khabar itu, diriku sudah tidak lagi dapat berfikir dengan tenang. Hanya ingin terbang sepantasnya sampai.

10.26 pagi selamat tiba di HKL disambut abah. Abah juga bantu meletakkan kereta, untuk aku bergegas masuk ke resus. Saat mencarimu, dada ini berdebar-debar hebat. Tidak kelihatan dirimu dimana-mana. Pihak hospital mengkhabarkan bahwa dikau telah dibawa untuk CT-Scan.

Dibantu oleh staf-staf HKL, akhirnya aku berjaya jumpa dewan CT-Scan. Untuk sekian lama rasanya, hampir goyah berdiri melihatmu terbaring berdarah. Allah, peliharalah dia!

Menggenggam tanganmu erat, sedaya mungkin menahan air mata mengharap ini dapat memberi semangat padamu. Prosedur perlu diteruskan doktor dan aku kembali kepada abah yang menunggu di bahagian luar.

Benteng air mata yang ditahan-tahan berjujuran saat mata bertemu mata dengan abah. Menangis semahunya dihadapan abah. Allah peliharalah dia!

Memberi khabar ini kepada mentua dan ipar-duai bukanlah suatu yang mudah. Harus bertutur jelas. Berat untuk aku mengulang-ulang bicara namun mereka punya hak untuk dimaklumkan. Berbicara berkali-kali membuka sebak didada, membuktikan ini bukanlah mimpi.

Sehingga lewat petang, diberitakan tiada kecederaan dalaman, hati menghela lega. Menatap wajahmu menambah pilu. Sakit. Kesakitan yang dirasaiku, pastilah dirimu lebih merasai sakitnya.

Hari-hari untuk pulih baru bermula. Moga-moga kita sama-sama kuat menghadapinya. Moga kita sama-sama tabah.

Sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan insan-insan yang sangat memberi sokongan dan membantumu saat dan detik ia berlaku. Terima kasih tidak terhingga diucapkan pada semua.

Menulis kerana perlu untuk  meneruskan perjalanan, mencari kekuatan.

Inilah Memori Kita

Sunday, November 17, 2019

Inilah Memori Kita

Menulis kerana perlu untuk meneruskan perjalanan, mencari kekuatan dan hikmah yang tersembunyi.
Menulis untuk menjadi lakaran memori kekal dan ingatan bahwa Dia ada. Dia melihat, mendengar dan mendorong.
Menulis agar ini menjadi sambungan titik-titik perjalanan hidup yang terlihat tidak terkait, tetapi merupakan sebuah kunci kepada kehidupan yang lebih besar.

Ini sebuah memori tentang menjadi lebih tenang.
Ini sebuah memori tentang menjadi lebih tabah dan kuat.
Ini sebuah memori tentang suatu sokongan.
Ini sebuah memori, tentang saya dan kamu.
Ini sebuah memori tentang kita.

Inilah memori kita.
16.11.19~
YaMin

Saturday, November 16, 2019

A day to remember

Katakanlah ini hanyalah mimpi
Dan tika ku berjaga
Ku menatap wajahmu yang tersenyum

Katakanlah ini hanyalah mimpi
Dan tika ku berjaga
Yang kulihat hanyalah dirimu yang sihat

Tuhan, ampunilah kami.

Sunday, April 21, 2019

Mayday

Even after an exhausting day
The brain kept thinking
The soul is restless

Please let me find peace
Over the body that overwork
Over the brain that so much noises
Over the soul that so thirst

Sunday, July 2, 2017

Lahir membawa ketenangan

Setahun telah berlalu...

P/s: Telah setahun umurmu duhai anak. Telah setahun peristiwa ini berlalu, namum ia terpahat dalam memori ummi sepertinya semalam.

P/ss: Semoga membesar dengan sihat dan dalam redha-Nya selalu.

Sunday, May 14, 2017

Aku Bukan Malaikat

Menjadi seorang ibu itu bukanlah menjadi yang sempurna
Menjadi seorang ibu itu tetaplah seorang insan,
Yang kadang dihujani kelelahan mehnah dunia
Yang kadang khilaf dalam mendidik
Menjadi ibu memerlukan kesenian
Dalam membentuk insan acuan syariah-Nya
Menjadi seorang ibu itu terus-terusan disalah erti
Saat anak tidak memahami hikmah
Saat anak tidak mengerti lelahnya ibu
Menjadi seorang ibu itu menerima taklif
Seumur hidup itu menjalani amanah-Nya
Menjadi seorang ibu itu mendoakan yang terbaik buat anak-anaknya
Mendoakan hikmah dititipkan pada setiap perjalanan anak-anaknya
Menjadi seorang ibu itu dihantui rasa bersalah
Dalam mendidik,
Pada kurangnya pengalaman
Pada kurangnya ilmu

Kerna ibu juga insan
Datang anaknya tika ibu gembira
Datang anaknya tika ibu bersedih
Datang anaknya tika ibu tertekan
Datang anaknya tika ibu lelah dan letih
Kerna ibu menerima taklif
Seumur hidup menjalani amanah-Nya

13/05/17

p/s: Best wishes to dear Ibu. Semoga perjalanan umurmu diberkati-Nya
090517

Saturday, March 18, 2017

Diary di Hospital 2

18.3.17 : Hari keempat

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Doktor buat lawatan dan rawatan pagi memberi khabar gembira buat Ummi. Anakanda Ummi tidak perlukan bantuan oksigen untuk bernafas. Ummi lihat anakanda lebih selesa tanpa wayar berselirat dimuka. Ummi lihat anakanda semakin ceria.

Ya, marilah kita terus berdoa agar diberi kesembuhan berpanjangan kepadamu dan kepada Ummi juga. Agar Allah sentiasa memeliharamu duhai anak.

Doktor mahu memantau lagi, menjelang petang harapnya anakanda sihat dan dibenarkan pulang. Ummi tidak sabar untuk pulang diambil Abi bertemu Jad dan Jaddah mu duhai anak.

Yang lebih utama itu, Ummi tidak sabar melihat keletahmu meneroka dunia yang luas ini.

Kerungsingan dan kegalauan Ummi berkenaan duduknya kamu setelah usai cuti sekolah ini. Kemana harus kamu Ummi letakkan pemeliharaan agar tidak berulang kali berlaku lagi.

Semoga Allah buka jalan dan hikmah yang terbaik buat kita semua.

Sesungguhnya menjadi ibu bekerjaya bukanlah suatu yang mudah. Memilih menjadi surirumah tangga itu adalah pilihan yang utama dan harapan Ummi. Namun, maafkan Ummi kerana belum bisa merealisasikan impian itu untuk mendidik dan melihat setiap perkembanganmu duhai anak.

Semoga kita sama-sama bersabar dan diberi hikmah oleh-Nya atas setiap perjalanan didunia ini. Semoga Allah redha dengan setiap keputusan dan memberi petunjuk buat kita terus berjalan dalam redha-Nya.

Sampai kita terus kuat setiap kali ujian-Nya melanda. Sampai kita mencapai tahap tawwakkul kepada-Nya yang sebenar-benarnya. Ameen

Friday, March 17, 2017

Diary di Hospital 2

17.3.17 : Hari ketiga

Anakanda Ummi yang disayangi. Terasa lama benar Ummi tidak melihat senyumanmu duhai anak. Ummi rindu pada senyuman manismu, keletah aktifmu, dan kepetahanmu berbicara dengan Ummi dan Abi.

Semoga Allah berikan kesihatan fizikal, rohani, dan emosi kepadamu sayang. Senyuman dan keletahmu memberi kekuatan dan mendamaikan hati Ummi. Tersenyumlah sayang.

Doa seorang ibu itu makbul. Semoga Allah ampuni dosa dan kealpaan Ummi, moga anakanda Ummi kembali sihat dan cergas. Ujian ini buat kita makin dekat pada-Nya. Dia mahu kita terus sentiasa ingat pada-Nya. Mahu kita sentiasa memperbaiki doa dan tawakkul kepada-Nya. Kerna tempat pergantungan utama kita adalah Dia. Inilah pelajaran dan muhasabah untuk kita, duhai anakanda. Malahan terlalu banyak pengajaran dan didikan yang Ummi terima sepanjang tiga hari di sini.

Cukuplah Ummi bawakan doa adalah pembelajaran dan didikan untuk hari ini. Ingatlah duhai anak, berdoa dan terus berdoa. Jangan pernah berputus harap. Jangan pernah angkuh punya segala. Kerna dalam sekelip mata Dia boleh menhilangkannya. Seperti mafhumnya, bila Allah berfirman; Jadilah, maka jadilah ia.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.
Lewat petang ni Ummi dapat melihat senyumanmu sayang. Semoga senyumanmu semakin ceria dari hari ke hari.

Diary di Hospital 2

16.3.17 : Hari ke-2

Setelah hampir sehari menunggu untuk ditempatkan di wad, Alhamdulillah kita bisa memperoleh tempat untuk menerima rawatan yang lebih tersusun.

Jam 1200 anakanda Ummi bawa dibantu misi ke wad yang ditetapkan. Ujian dan peringatan dari-Nya dihari kedua, duhai anakanda. Belajar bersabar, terus bersabar. Semoga Ummi, dan kamu duhai anak sentiasa dikurniakan kesabaran meniti hari-hari akan datang.

Memandangkan ini pengalaman kedua Ummi bersama kamu, sedikit sebanyak Ummi mafhum dengan prosedur di sini. Sungguhpun begitu, kerisauan tetap menjengah hati Ummi.

Ummi tak kuat, tetapi Ummi harus kuat agar kamu bisa berubat dengan tenang. Semoga kita sama-sama kuat melawan sakit ini.

Thursday, March 16, 2017

Diary di Hospital 2

15.3.17 : Hari pertama

Hari ketiga anakanda Ummi demam dan akhirnya anakanda Ummi terpaksa melalui hari-hari dan rutin yang sama seperti dua bulan lalu.

Muhasabah untuk Ummi dan Abi.

Kesihatan itu pinjaman yang mahal daripada-Nya. Seharus dijaga sebaiknya.

Terima kasih anakanda Ummi dan Abi kerana memberi iktibar dan menyuntik kekuatan pada kami

Friday, January 13, 2017

Diary di Hospital

Hari ke-3:

Luluh hati Ummi melihat anakanda Azzam mengharungi cabaran untuk kembali sihat! Maafkan Ummi, Azzam. Ummi sayang Azzam. Setiap kali Azzam perlu untuk ambil nebulizer, Ummi terpaksa membedung Azzam. Ummi menangis melihat Azzam meronta-ronta mohon agar dilepaskan.

Apakan daya, Ummi mesti cekalkan hati Ummi supaya Azzam kembali cergas dan sihat. Ummi sayang Azzam!

Azzam kuat dan sabar menghadapi ujian ini. Ummi juga harus kuat supaya Azzam bisa tenang dalam proses penyembuhan ini. Moga Allah kurniakan Ummi dan Azzam kekuatan dan kesabaran menghadapi ujian ini.

Semoga esok kita boleh pulang!

Sunday, October 9, 2016

Haven't wrote for quite sometimes.

It's been 3 month dan 27days for our little boy. Times fly so fast😮

Yesterday was your birthday.
Hence I bake you brownies. Although you have been wishing for quite sometimes, I just had the opportunity to bake it.

Happy birthday dear you!



Friday, July 1, 2016

Selamat melihat dunia!


Hari ke-18

Alhamdulillah...Alhamdulillah... Alhamdulillah

Bertambah lagi satu bahagia yang dikurnia-Nya keatas hamba-Nya semoga menambah ketaqwaan dan kesyukuran kepada-Nya selalu. Ameen

Dalam menelusuri rentetan hidup berumahtangga, ianya penuh dengan pelbagai tribulasi yang tidak terjangkau dek akal andai tiada sandaran dan kebergantungan kepada yang Maha memberi nikmat.

Saat pertama kali menerima lafaz sakinah itu, ayat cinta-Nya menambah keyakinan dan menguatkan tekad dalam menempuh segala tribulasi yang bakal dilalui dan mengambil iktibar daripada setiap tribulasi dan berazam untuk menjadi yang lebih baik untuk keluarga, juga dalam mencapai redha-Nya.
 
Ali-Imran, 3 : 159
 
"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."
 
Terlalu bermakna ayat daripada surah Ali-Imran ini pada rentetan kehidupanku dalam membina keluarga yang diredhai-Nya. Berkali-kali Allah datang kan ilham untuk bertadabbur dalam mencari ketenangan jiwa dan jawapan pada persoalan yang timbul.
 
Saat ragu bertambah yakin,
Saat yakin membulat tekad.
Dan bertawakal-lah kepada-Nya
Untuk sebuah masa depan yang ditangan-Nya jua.
 
Telah Allah datangkan kepada ku seorang suami dalam memimpin menuju syurga-Nya.
Telah Allah pinjamkan kepada ku nikmat sementara selama lima minggu.
Telah Allah tetapkan jjua ketibaan sikecil melalui pembedahan.
 
Hadirnya insan kecil setelah melalui tribulasi kehidupan, pada saat yang tepat dan waktu yang bersesuaian.  Telah Dia kurniakan ujian buat hamba-Nya agar lebih kuat dan teguh menempuh cabaran yang lebih besar dalam mendidik anak ini, setelah hampir 2 minggu berada di hospital.

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah

Anakanda Azzam bin Muhammad Amin, yang lahir tanggal 7 Ramadhan 1437 Hijri bersamaan 12 Jun 2016 pada jam 5.51 petang semoga menjadi seorang anak yang bukan sahaja bercita-cita tinggi, tetapi berdiri teguh penuh keazaman dalam menempuh kehidupan dunia penuh pancaroba dalam mencapai redha-Nya. Semoga Allah kurniakan kami kesabaran dan kekuatan dalam menjaga dan melaksanakan amanah kurnia-Nya dengan sehabis-baik dan semoga Allah mengampuni kami atas kekurangan.

"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah..."

Wednesday, May 18, 2016

Just few weeks ago went to MPH NU Sentral to spend the book voucher which belongs to Mr Hubby. Having a blissful evening surrounded by the books and the love one.
 
As currently, I just finished most of the books that i had bought. When the mood and inspiration met, I could go on and read more than I thought I would. Perhaps maybe most the books that I had bought were in Malay language. Also the books are inspiring and motivating.

I hope I can continue this devotion and motivation to keep reading despite being busy (busy is not an excuse to not read!)

Till few more weeks before adapting to a new phase of life. I am excited as well as nervous. Hope to meet you soon dear. Wish to hug you and been missing you since forever!

XOXO

Tuesday, June 30, 2015

Untuk sebuah kesabaran dan pengorbanan
Untuk sebuah penghargaan dan pengertian

Terima kasih.

Saturday, June 20, 2015

Tawakal

Ali Imram,3:159

"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Sesungguhnya ayat cinta dan peringatan ini benar2 buatku tersentak. Bukankah janji Allah itu pasti? Mengapa mesti ada ragu? Kerana kita tak lari dari hasutan syaitan dan juga ujian buat kita untuk lebih teguh dengan keputusn yang telah dibuat atau gugur dan berpaling daripada keputusan itu.

Bukankah masa depan itu penuh dengan possibilities? Itu tetap tidak bisa membuat kita goyah dengan janji Allah. Bahkan, bukan hasil yang dilihat-Nya, tetapi usaha kita dalam mencapai tujuan dan dalam melaksanakan hajat kita. Bukankah janji Allah itu pasti.

Meletakkan tawakal itu bukan mudah tetapi tidak mustahil. Tawakal juga bersangkut-paut dengan ketaqwaan kita kepada-Nya. Oleh itu, dalam meletakkan sebenar-benar tawakal adalah dengan ketaqwaan.

Berusaha dalam kemampuan kita dan penuh tekad mencapai matlamat, dan kemudian bertawakal kepada-Nya atas hasil daripada usaha kita. Sama ada kita berjaya cepat, terkemudian mahupun belum berjaya mencapai matlamat bukanlah membuat kita berasa bangga mahupun kecewa.

Bersyukur kerana telah mencapai jaya dan bersabar bila ditangguhkan kejayaan membuktikan kita telah meletakkan sebaik-baik tawakal kepada-Nya.

Sunday, November 30, 2014

Anniversary


Alhamdulillah
Marked one year of our marriage
And still counting
'Till Jannah, Insya Allah
Ameen




Monday, November 17, 2014

 

Yesterday was windy
Although it was only for a night
When he was back, he put me on a huge smile with this surprise.
 

A slice of cake is enough to fill my empty stomach
A slice of cake is enough to make me float in the air
When you received it from dear one <3 br="">
 

Wednesday, October 8, 2014

Gambar sekadar hiasan

Genap setahun tiga bulan usia perkenalan kita. Saat-saat ini satu tahun yang lalu, bicara antara kita ditemani abah dan ibu. Saat-saat ini satu tahun yang lalu, perhubungan kita hanyalah atas urusan rasmi. Benar, satu tahun yang lalu aku malu menghulurkan ucapan biarpun tika itu sudah kupahat dalam memori hari istimewa ini.

Setahun dan kita masih dalam fasa perkenalan. Setiap hari yang dilalui bersama membuka misteri demi misteri. Indah, bukan.

Seperti semalam, seperti hari ini dan juga akan datang. Kita bakal terus berkenalan dan meniti hari demi hari penuh warna-warni kehidupan.

Duhai abang,
Terima kasih untuk pelangi kehidupan ini.

Selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 25
Sanah helwa ya habibati
Otanjoubi omedeto
Happy birthday to you 

Melangkah, melakar, dan menghitung usia perkahwinan yg bakal menjangkau usia setahun, sebulan lagi.
Moga Allah redha.
With love
Wifey~

P/s: Salam Eidul Adha.