life (90) quotes/poems (44) wisdom (42) family (39) events (31) memories (28) marriage (24) dreams (23) iiu (20) Ramadhan (19) books (19) stories (18) works (10) children (8) skills (8) photoshop (6) sightseeing (6) Inilah Memori Kita (3) Hidup (2) That Turning Point That Journey (2) Utau (2) ayat cinta <3 (2) cooking (2) vacation (1)
Showing posts with label wisdom. Show all posts
Showing posts with label wisdom. Show all posts

Saturday, June 26, 2021

Ladies Talk

 Niatkan perjalanan hidup ini kerana Allah. Dalam perjalanan ini kadang-kala kita terlupa akan niat utama kehidupan kita; bertaqwa kepada Allah dan mencari redha Allah. Kerana akhir perjalanan hidup kita ini matlamat kita hanya satu: Syurga.

Allah mengetahui apa yang kita kerjakan; Allah sentiasa memerhatikan perbuatan baik dan buruk kita.

Ibrah dari surah Al-Hasyr, 59: 18-20

Saturday, July 6, 2019

Anjakan Usia?

Tuhan,
Untuk umurku yang semakin meningkat
Aku menangis terkenang diriku makin menjauh
Sungguh,
Hayat ini bukan pengukur keimanan
Meningkat seiringan
Istighfarku,
Agar aku ketemu jalan pada-Mu
Jalan menjadi kerinduan selalu
Dan
Kekuatan itu hanyalah dari-Mu
Tuhan,
Kupohon hidup ini terus dalam rahmah-Mu
Agar matiku Engkau redhai

Friday, May 3, 2019

Rant

Mencari ilham dan sumber isnpirasi
Saat kau dah kaku menulis
Saat kau kekok menghasilkan coretan

...and when everything felt so numb, even to read.
This book is closed to heart, for whatever reasons and meaning.

"...Ya Allah, let me live as long as life is better for me, and take my life if death is better for me."
-quoted-

Ya, semoga tidak terhenti disini. Mencari dan mencapai impian.

Because the biggest dream is eternal happiness here and hereafter.

Live well or live hell?
We choose

Sunday, April 21, 2019

Mayday

Even after an exhausting day
The brain kept thinking
The soul is restless

Please let me find peace
Over the body that overwork
Over the brain that so much noises
Over the soul that so thirst

Monday, July 30, 2018

Saturday, July 28, 2018

Sunday, July 2, 2017

Merasa 'izzah dengan jemaah yang diikuti itu tidak mengapa,

Jangan sampai merendah-rendahkan usaha yang lain dalam menyampaikan Islam.

Bukan satu jalan sahaja menuju Islam, bahkan Dia sahaja yang mengetahui hidyah itu datangnya dari mana

Friday, June 26, 2015

Jihad Al-Nafs

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah baik bagimu jika kamu mengetahui" - At-Taubah, 9:41

Hari ini merupakan hari ke sepuluh Ramadhan. Terawih di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah telah pun sampai pada bacaan surah At-Taubah. Memaknai dan mendalami ayat  38-41 di dalam surah At-Taubah banyak menceritakan seruan berjihad di jalan Allah. Konteks jihad itu luas dan bukanlah tercangkup dalam berjihad dengan memerangi musuh, mengangkat senjata dan menumpahkan darah. 

Tetapi, membelanjakan harta di jalan Allah itu juga Jihad. Menyerahkan jiwa di jalan Allah itu juga jihad. Sedekah itu jihad, membersihkan harta dan menyucikan diri daripada rasa tamak dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita. Memupuk rasa kasih dan sayang sesama insan dan juga berkongsi nikmat kurnia-Nya. Itu salah satu contoh jihad dengan harta.

Mengambil iktibar daripada ayat ini di bulan Ramadhan yang mulia ini, bukankah bersedekah di bulan yang penuh barakah ini banyak kebaikan kepada diri kita disamping menggembirakan yang lain. Mulakanlah dengan rasa berat agar kita dapat memupuk dan membujuk diri yang mungkin sudah asyik dengan kemewahan yang dimilik agar berkongsi nikmat-Nya. Semoga yang berat itu menjadi ringan kemudian kelak.

Berjihad di jalan Allah dengan jiwa bukanlah bermakna hanya dengan berkorban nyawa. Sungguhpun impian kita adalah syahid di jalan Allah, jalan menuju redha-Nya bukanlah satu jalan sahaja. Berjihad mendidik nafsu kita juga jihad dengan jiwa. Mujahadah dan istiqamah dalam menlaksanakan perintah-Nya dan meninggalkann larangan-Nya juga satu bentuk jihad jiwa. Bukan mudah untuk bermujahadah apatah lagi untuk berterusan (istiqamah) melakukan amalan syariah.

Teruslah mengambil ruang dan peluang mendidik nafsu sementara seterunya ditahan. Terkadang dihinggapi rasa culas dan malas, teruslah mujahadah biarpun berat, semoga kemudian keikhlasan itu hadir.

Bermohonlah kepada Allah, agar diberi kekuatan untuk terus mujahadah dan istiqamah dalam meraih keberkatan bulan Ramadhan dan diberi peluang untuk menikmati malam Al-Qadr.

Allahu...
Temukan kami dengan malam istimewa itu.

Wednesday, June 24, 2015

Pakcik Sri Langka

Hari ketiga aku diserang asma. Bukan perkara luar biasa bagiku untuk sakit ini, ianya sudah menjadi sebahagian hidupku. Tetaplah aku berdoa terus-terusan agar sakit ini sembuh dan takkan datang menggangu rutin harianku lagi. Biarpun ada doktor dan sebahagian daripada pembacaanku menyatakan bahawa asma bukan satu penyakit yang boleh sembuh tetapi hanya menjadi dorman ketika kita menjaga segala aspek yang boleh membuatkan serangan asma berlaku tetaplah kuasa penyembuh segala penyakit itu adalah DIA yang maha kuasa.

Bukankah Allah telah berfirman, yang mafhumnya bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan penyembuh untuk segala penyakit itu datangnya dari Allah dan kita hanyalah berusaha semampu dan sedayanya untuk menyembuhkan penyakit ini.

Berbalik kepada serangan asmaku, setelah berusaha dengan pelbagai cara, akhirnya aku gagahkan diri ke Hospital Selayang. Di sinilah pertemuan antara Pakcik Sri Langka denganku. Pakcik yang peramah dan memandang tinggi pada kemudahan dan kecekapan Hospital ini. Seperti juga aku, Pakcik ini menghidapi asma dan boleh dikatakan agak teruk berbandingku. Seawal bicara kami, ianya berkisar tentang sejarah asma yang kami hidapi. Bukanlah untuk berbangga diri tetapi sekadar berbasa-basi.

Ihsan En Google

Pakcik sangat mengambil berat akan sakit asma ini dan telah pun mengikuti rawatan berkala di sebuah universiti tempatan. Beliau juga turut menasihati aku agar tidak 'culas' dalam menjalani rawatan. Aku hanya mampu tersenyum dan terbayang akan pelbagai rawatan yang telah dicuba. Betapakan tidak, sehingga jauh di Kelantan pun aku sudah jejaki untuk merawat sakit asma ini. Allahu... betapa besar pengorbanan Ibu dan Abah. Berapa banyak wang dihabiskan untuk aku sahaja.

Aku juga berpeluang menceritakan pengalamanku menjalani rawatan berkala di Institut Respiratori Negara. Namun, aku menghentikan rawatan ini kerana aku merasakan perubahan yang berlaku adalah semakin teruk. Hampir setiap hari aku mengalami asma yang teruk. Ditambah lagi aku terpaksa menyusahkan Abah untuk setiap temujanji bersama doktor di IRN ini. Nekad, aku memaklumkan kepada Abah untuk menghentikan rawatan ini dan meneruskan rawatan secara tradisional. Alhamdulillah, keadaanku semakin baik dan aku kembali meneruskan pengajianku yang tertangguh satu semester.

Saat aku menceritakan pengalamanku di IRN ini, Pakcik mencelah sebelum sempat aku menyelesaikan ceritaku. Ceritaku pada Pakcik terhenti pada aku berhenti mendapatkan rawatan. Komen Pakcik pada tindakan ini, " Naughty you" dan aku hanya tersenyum. Namun, aku faham Pakcik cuma bimbang kerana jika dibiarkan dan tidak mengambil langkah awal, asma boleh membawa sakit yang lebih kronik seperti barah pernafasan dan pneumonia.

Sesungguhnya sakit ini memberi hikmah kepada kita. Sekiranya kita tidak diuji dengan sakit, barangkali kita tidak mengerti erti sihat dan kurang rasa bersyukur dengan nikmat sihat yang dimiliki.

Pertemuan dengan Pakcik membuatku insaf. Mungkin ada kekhilafan dan kelalaian yang aku lakukan dan Allah memberi peringatan ini dengan menghadirkan asma. Kerana itu aku dipertemukan dengan Pakcik Sri Langka yang merendah diri dan peramah untuk aku belajar sesuatu dari epilog sebuah kehidupan. Setiap apa yang berlaku, bukanlah secara kebetulan tetapi telah teratur cantik oleh-Nya.

Semoga kita lebih menghargai nikmat-Nya.

Nota:
1-Flashback 2014
2-Semoga Pakcik baik-baik sahaja
3-Ketika berbicara dengan Pakcik, menginsafi betapa berteraburnya Bahasa Inggeris. Tak fasih berbicara setelah lama tak mengaplikasikannya *nangis*
4-Draft yang tersimpan lama baru selesai tulis

Tuesday, June 23, 2015

"Be kind and gentle with yourself. You’re doing the best you can"


Monday, June 22, 2015

Cinta dan Tanggungjawab

"Cinta memang hebat, tetapi ia tidak dapat menandingi tanggungjawab. Cinta yang hebat ialah cinta yang ditunjangi tanggungjawab"
-Cinta kerana Allah, Pahrol Mohamad Juoi





Saat kita mencintai belahan jiwa, kita merasa perlu untuk memberi, sebagai bukti kasih dan cinta kita pada dia. Saat dirasakan pemberian itu terlalu banyak, kita merasakan perlu menerima bukti daripada si dia juga. Sedangkan salah satu pembuktian cinta adalah dengan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas. Bahkan, tanggungjawab itu mampu mengukuhkan cinta antara dua jiwa. Tika dua jiwa memahami tanggungjawab dan memenuhinya dengan penuh rasa cinta, tiada lagi rasa kita memberi berlebihan tanpa mendapat balasan.


Seperti mana kita mendakwa kita mencintai kekasih hati kita, begitu juga dakwaan kita tentang cinta kita kepada Allah dan rasul-Nya. Cinta itu hadir dengan pembuktian dalam menjalankan tanggungjawab kita kepada-Nya. Tanggungjawab yang ada dalam garis-panduan dan rujukan kita, Al-Qur'an dan Sunnah. Bagaimana mungkin kita bakal merasai manisnya cinta-Nya andai kita gagal memberi sedikit daripada permintaan-Nya. Sedangkan Dia telah memberi banyak sekali rahmah dan nikmat. Bukankah Allah itu maha pengasih dan maha penyayang.Cinta itu ertinya saling memberi. Allah telah mengurniakan kita segala keperluan dan kehendak kita. Malahan, Allah memberi apa yang terbaik buat kita. Tetapi, adakah kita telah memberi apa yang terbaik daripada kita?

Saturday, June 20, 2015

Tawakal

Ali Imram,3:159

"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal."

Sesungguhnya ayat cinta dan peringatan ini benar2 buatku tersentak. Bukankah janji Allah itu pasti? Mengapa mesti ada ragu? Kerana kita tak lari dari hasutan syaitan dan juga ujian buat kita untuk lebih teguh dengan keputusn yang telah dibuat atau gugur dan berpaling daripada keputusan itu.

Bukankah masa depan itu penuh dengan possibilities? Itu tetap tidak bisa membuat kita goyah dengan janji Allah. Bahkan, bukan hasil yang dilihat-Nya, tetapi usaha kita dalam mencapai tujuan dan dalam melaksanakan hajat kita. Bukankah janji Allah itu pasti.

Meletakkan tawakal itu bukan mudah tetapi tidak mustahil. Tawakal juga bersangkut-paut dengan ketaqwaan kita kepada-Nya. Oleh itu, dalam meletakkan sebenar-benar tawakal adalah dengan ketaqwaan.

Berusaha dalam kemampuan kita dan penuh tekad mencapai matlamat, dan kemudian bertawakal kepada-Nya atas hasil daripada usaha kita. Sama ada kita berjaya cepat, terkemudian mahupun belum berjaya mencapai matlamat bukanlah membuat kita berasa bangga mahupun kecewa.

Bersyukur kerana telah mencapai jaya dan bersabar bila ditangguhkan kejayaan membuktikan kita telah meletakkan sebaik-baik tawakal kepada-Nya.

Friday, November 14, 2014

Jaulah, kerja

Awal bulan November baru-baru ni berpeluang sekali lagi menjejakkan kaki ke Tanah Tinggi Cameron. Kalau tahun lepas buat pertama kalinya menjejaki Tanah Tinggi Cameron dengan En Suami. Kali ini bersama rombongan kerja. Katanya kasi lepas tekanan sebelum berjuang habis-habisan untuk minggu graduasi.
Boleh jugalah nak mengeratkan hubungan dengan teman sekerja, pecah ais (baca: ice-breaking). Heh, dah hampir lapan bulan tak habis berkenalan lagi. Walaupun dalam masa yang singkat, dapatlah juga meneroka Tanah Tinggi Cameron. Tempat-tempat yang tak sempat nak dikunjungi tahun lepas.

Agak berberbeza cuaca tahun lepas dengan tahun ini. Walaupun hujan turun seperti tahun lalu, tapi dinginnya tidaklah mencucuk tulang. Sejuknya tak sampai menggigil-gigil. Mungkin kerana kerakusan manusia menarah dan membotakkan bukit-bukit untuk mengaut keuntungan tanpa terfikir pada konsikuensi tindakan yang dilakukan itu lama-kelamaan bakal memakan diri.

Boleh berlaku tanah runtuh (na'uzubillahi minzalik), perubahan cuaca yang bakal memberi kesan pada pertumbuhan tanaman jangka masa yang panjang. Bahkan, saat menaiki bas menuju dari satu destinasi ke satu destinasi, kelihatan kesan hakisan sepertinya tanah sudah tidak kukuh melekat.
Namun, pengalaman dan kerisauan ini juga satu pendidikan buat diriku.

Sempat untuk menikmati dan menghayati sejarah dan pertumbuhan pola kehidupan di Tanah Tinggi Cameron sedari zaman sebelum kemerdekaan. Kesan dari penjajahan British dan Jepun, sedikit-sebanyak membawa budaya mereka ke dalam negara kita. Seni dan reka bentuk bangunan terilham daripada negara British. Sedangkan Jepun pula membawa masuk tanaman ubi.

Mungkin baik kiranya pemaju memikirkan untuk mengekalkan bentuk Tanah Tinggi Cameron. Datangkan dengan idea membaik pulih tanpa perlu merobek lagi. Seperti MuziumTime Tunnel, membawa kita menghayati perubahan demi perubahan yang berlaku dalam masa yang sama, mengekalkan nilai estetika Tanah Tinggi Cameron.

Mungkin, tanpa kemajuan yang berlebihan, Tanah Tinggi ini mampu menarik lebih ramai pelancong yang sekali-sekala ingin hidup dan merasa dingin embun pagi yang sukar diperolehi di bawah kota. Keheningan yang mendamaikan berbanding hiruk-pikuk kota yang tidak berhenti bergerak.


Wednesday, February 19, 2014

'Tak kan Surut Walau Selangkah...'


gelombang keadilan, by Soutul Harakah.

Its an inspiring song.

So much so when we are forgetting the biggest matter in our life and focusing on the trivial matters.

'I want to buy that and this...'

'I hope that they would stop doing that and this...'

'My cgpa is just ___ *sigh*...mada mada...'

'They look cool wearing that and this...'

'Aww... this drama is so heart-warming. My tears could not stop at all while watching it.'

'This party is the right one. You are in the wrong party. You should come to us'

'Your ways of doing things are wrong! Ours are the right way'

bla...bla...bla...and etc.

Indeed its happen to everyone at a certain point. That it's hardly to recognize.
Often we lost. Of what should we do and what we ought to do.
Often we lost. Of what we want and what we must have.
Often we lost. Of our biggest goal in life.

Living in hell? Living with pride?
We choose.

Die in vain? Die with full heart?
We choose.

Face it.
Step by step towards the goal.
Don't stop,
Even if we fall, stand up!
Even when we tired of running, then Walk!
Even when we fail, try again!
Even we met with dead-end, make a detour!

Eventually.
We will meet with our desired goal, outcome.

Yes,
Life is hard
Yes,
Everything seems unfavorable at the moment
Yes,
We can go through it now, even in future
Yes,
Jannah is our ultimate Goal.

"O Lord, may this wishes be heard. May we walk down the path we have chosen humbly with 'izzah toward Thou"

Thursday, November 7, 2013

Tadabur Al-Fatihah

Ummul Al-qur'an
Surah yang penting. tak da fatihah dlm solat, tak sah.
7 masani = tujuh ayat yang berulang2

Isi kandungan Al-fatihah 3:

1)-Khusus untuk Allah
2)-Hamba & Allah
3)-hamba sahaja

1) tiga ayat pertama
-rabbul 'alamin. tuhan semesta alam
maha pemurah dan maha penyayang. Al-Rahman meliputi semua makhluk/alam. Al-Rahim, untuk or mukmin

-Maliki yaum middin; pemilik/raja

alhamdulillah. Ibu kepada doa. apabila menerima sesuatu, kita sebut alhamdulillah, ada lagi tambahan daripada Allah, yang kita tak tahu. bila bersyukur, akan ada penambahan.

2) Makhluk memberi perhambahan kepada Allah, memohon kepada Allah sesuatu. Bila hamba meminta, Allah akan memberi

3) untuk hamba yang memohon kepada Allah, minta hidayah...ALlah akan bawa kepada jalan yang lurus dan menjauhkan jalan yang sesat.

Gabungan keseluruhan AL-fatihah membawa kepada visi dan misi.
Visi-mendapat keredhaan Allah. berjumpa Allah
MIsi: Iyya kana'budu. memenuhi ibadah kepada Allah.Kesungguhan kita sendiri untuk menyembah Allah.
17x sehari.-bacaan solat

Allah itu Rub kita.
Ulluhiyyah
Tidak ada sesiapa yang boleh menolong melainkan Allah
MOhon hidayah selalu kepada Allah.

membina kehidupan yang sejahtera. Bacaan surah dengan penghayatan dapat diperolehi dan merawat MISI dan VISI dan hidayah.

Klinik Al-Fatihah.

Pause.

Kembali kepada  Al-Fatihah.

Break.

Kembali kepada  Al-Fatihah.

Lupa

Kembali kepada Al-Fatihah.


Saturday, April 7, 2012

A Little Thought

Bismillah wa hamdanlillah...

Two days ago (Thursday, April 5), i almost got into an accident. It happen so fast that i was so shocked. Alhamdullilah, during that time there were no cars around me that might lead me to collided with them. Really, Alhamdulillah. I thought I was a gonner.

Well, its all my fault. No doubt: First, it was at night. Second, I was kinda out of mind. Something happen and I stuck thinking about it non-stop. Third, I was driving quite fast (ok...it's really fast actually, 80km/h on the way to iiu).

I was driving to iiu through the school route not highway. So I'm not supposed to drive that fast with that out-of-mind state. No...not crazy. I was going to break as the traffic light turn red, but the car somehow did not stopped but shift to the left side and almost collided with divider. It really happen so fast that i could not fathom the situation for a moment. I could see from the riders' reaction how anxious they were. There are not much cars but motorcycles.

For one minute i took a deep breath, calming myself before I started driving again. Turning around slowly at iic and went to my final destination, iiu. All the way to iiu, the only thing that i could thought about is how HE still gives me a chance to live and repent all the sins that i had done. If HE gonna took my life at that moment, I might collided with divider or even any cars around me. And I might really be death by now.

It is really scary. The incident.

HE really send me a message through this incident. HE really made me think and think, over and over again. Until now, i still felt the sensation. I was afraid to drive, yet I have to. HE does knew everything. HE heard anything. HE saw the whole thing in this world. Never miss anything. HE can twist even the tiniest thing that we could never imagine of. HE can save and harm whatever HE wants.

Though, we, one of the little thing HE created, felt arrogant with the little power HE let us borrowed. We thought we could do anything. 

HE is the Most Gracious and Most Merciful. HE remind us when we forgot, HE guide us when we lost. HE gave us hope when we felt despair. HE helps us in many way. And we appreciate and thanks HIM so little.

And I truly glad for I still alive. Alhamdulillah, thanks for giving me another chance to chase for more reward. Save me, save my family, friends and all muslim in the world. amin

Monday, November 21, 2011

belajar ikhlas

Situasi 1:

Sano-senpai: Yuko-chan, pelan kita hari itu tak jadi. Kita tukar jadi begini...begitu...begini...Kita kena siapkan cepat. Submission sudah dekat.

Yuko:*mengangguk-angguk, sambil berfikir, malam ni ada discussion, esok ada exam, bla..bla..bla.bila nak buat*hmmm

Sano-senpai: Terima kasih. Nanti dah siap inform. *berlalu pergi meninggalkan Yuko*

Yuko: Hmmm...camne nak buat ni?...Tapi kalo siap cepat, mesti Sano-senpai suke, mesti die puji punya!lagi2 kalo kemas dan teratur.

***
Situasi 2:

Akira sedang dalam perjalanan menuju ke surau.Waktu maghrib sudah masuk. Sesampai sahaja di surau kolej, kelihatan beberapa pelajar sedang bererehat-rehat di dalamnya. Usai mengambil wudu', Akira menunaikan solat sunat. Pelajar yang lain mula bergerak untuk mengambil wudu'. Setelah selesai solat sunatnya, Akira meoleh ke kiri dan kanan. Melihat-lihat, kalau-kalau, ada yang akan menjadi imam buat solat asar. 'Ish...kalo jadi imam ni, mesti orang kagum...mesti derang puji suara aku...'

***

Agak-agak, pernah tak terdetik rasa seperti dua situasi diatas?Tipuuuu kalau tak pernah...(mugkin juga korang memang pandai jaga hati => )

Percaya tak percaya, dua situasi diatas boleh menyebabkan kita hilang rasa ikhlas. Setiap perkara yang kita sandarkan perbuatan itu kerana Dia, Insya Allah ada balasannya. Sebab, ianya dikira ibadah. Apatah lagi kalau kita ikhlas melakukannya. 

Tapi bila unsur-unsur diatas datang mengetuk pintu hati, rosaklah ibadah kita. Hatta mungkin lain pula yang kita dapat. Ushakan hati supaya belajar ikhlas dalam apa jua keadaan. Terima pujian dari orang seperti angin lalu. Jangan mengharapkan ganjaran dari manusia, tapi dari Dia yang Maha Besar. Bak kata abah dalam gurau ketika berbuka puasa; "kalau orang puji banyak2 campak pasir" Untuk? kita jaga hati, jaga amal, supaya tidak ada unsur lai menerjah hati

Bila sedikit tersasar, kembali kepada niat asal, Lillahi Ta'ala. Insya Allah, semoga usha kita diberkati dan dirahmati. Ya bukan mudah untuk memupuk ikhlas, tapi tak mustahil. Jangan dilihat pada outcome, tapi apa yang kita dah buat untuk sampai kepada outcome itu.

Belajar untuk ikhlas.

Monday, October 3, 2011

...

"I believe in Intuition and inspiration. At time I feel certain that i am right while not knowing the reason. Imagination is more important than knowledge, because knowledge is limited, whereas imagination embraces the entire world"


-Albert Einstein-






"I believe in Intuition and Inspiration and Aspiration. At time i feel certain that i am right while not knowing the reason. Imagination is equally important as knowledge, because although imagination embraces the entire world, knowledge will brought me down to earth back, when i soar too high lost in the dreams"

-Sirr-

Sunday, August 21, 2011

Tidur


S: ...but it can be wen u r not having enought sleep, ur in pain..too cold o r too hot u r not mentally stress(as u aware that u r stress) but ur bodily stress. is my explanation ok?

Me: jadinya kalo body kite stress, penyelesaian nya? i understood ur explaination =)

S: takut too medical yg menyebbkan org x paham..sbb if im being too medical..that would be some kind of crime kot(coz kiteorg blaja, in psycology..klo bg tau pesakit penyakit patient, kite kne gne petient language..not doctor language
S: if u have sleepless nite, tido, scukupnye, or treat the insomnia...if u r in pain, take painkiller...if u got problem wif o fren, solve it right away

Me: painkiller is prohibited for me. pain killrer kan adik beradik panadol...is it? how to treat the insomnia? in the 1st place, how do we know we have it?

S: oh..wat bout, traditional way of treating ..let say insomnia.u do excercise in the evening, n b4 sleep, take a glass of milk.n ade satu doa yg lebeh kurang maksud: ya Allah, mlm telah berlabuh, bintang tlh melabuhkan tirai, n semua makhluk telah tidur.tidurkan lah ak spt mrk.(oh, lame dh doa nih..lpe ayat asal die camne)
S: Ya Allah! Telah lenyap segala bintang. Telah tenang segala mata (tidur), sedang Engkau hidup dan menguasai, tidak datang kepadaMu mengantuk dan juga tidur. Ya Tuhan yang hidup lagi menguasai, tunjukilah hatiku dan tidurkanlah mataku.

S: hoho..found it..tu ayat asal die. so, ko insomnia ke?

Me: thanks for the du'a...should be not la~huhu

S: oho..so, wat else?anything..

Me: aku boleh nak tido if i want to...but sometimes aku tahan tidoq =p hmm...

S: oo..et least 2 hour per day kne tido

Me: at least eh? bukan 5 hours?

S: coz nak ckpkan aroud 2 sleep cycle yg optimum...hm..tu pandangan ak yg muslim nih.

Me: ooo

S: sbb klo ikutkan, time kite tido, example..from 12 tgh mlm smpai 6 pagi
tu..atleast ade la dlm 4-5 cycle kite tido.cycle means, dlm mase, 30-45 min mungkin jgak 1 hour(diff ppl difrent time for 1 full cycle)
kite akan menjalani 3-4 phases of sleep

Me: whoah~

S: the best sleep is..wen it is composed only up to 3rd phase

Me: bukan kite terus tido la maksudnya? guling2 atas katil dulu camtu?=)

S: n this type of slees wic is the optimal sleep..will occur only at the beginning of our sleep
guling2 atas katil is not part of the sleep phase.it counted after u fall asleep
wic is around 3 oclock..
it canbe few min before n after that time too
coz as i said..diff pl got their own sleep cycle time

Me: camne nak tau da masuk phase 3 tu?

S: phase 3 ni la kite panggil sbagai deep sleep.time pase ni kite senang tejage..n klo kite tejage..kite x rase ngantuk pon..kan kengkadang kite tejage tgh mlm..
tu, tandenye kite dlm deep sleep latu..

Me: ooo...cam susah je nak dapat deep sleep tu kalo duk asyik mimipun cm2

S: sbb tu..bg ak..klo muslim point of view..ak consider 2-3 hours slep la kot.sbg time yg atleast we have to go n sleep



S: oh..x shh..sbb evry cycle kite mmg akan alami 3rd pahse tu.meh ak terang lg sket
cth..katekan ko nye 1 cycle is 45 min. 1st ten min, is 1st phase. the next 10 min is 2nd
n da next 30 min is the 3rd..oh srry silap ingatan..90-130 min la.silap plak..sbb 45 kan 9 klo kat jam tu huhuhu
klo early night..wic is dr 12 tgh mlm tu sampai la ko completekan 2nd cycle ko
biasenye xde 4th phase.
S: n 4th phase ni..ak consider bad phase la..sbb die ade banyak after 2nd cycle n on.phase ni menyebbkan kite mls bangun pagi
bile kite dikejutkan time pagi, kite rase cam berat nak bangun kan?tu la tu..sbb dh banyak dh kite tido sebno nye..n dah enough pon tide sebnonye..tapi 4th phase ni bg kite rase,,arghh ak x ckp tide lg
gi tu laaa

some of the conversation between me and her. well there is so much information that i dare not delete it without copying it from ym! I wish to share this with everyone, though  our conversation quite disorganize. Sorry for the inconvenient.

Wednesday, June 8, 2011

Kalam-Nya

"Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
 Maka Maha Tinggi Allah, Raja yang sebenarnya: Tidak ada Tuhan selain Dia. Tuhan (yang mempunyai) 'arasy yang mulia. 
Dan barang siapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, padahal tidak ada suatu dalil pun baginya tentang itu, maka sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang kafir itu tiada beruntung.
Dan katakanlah: 'Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat yang paling baik'"
(Al-mukminun:115-118)

Kita selalu lupa hakikat penciptaan kita...
Dijadikan bukan untuk bersuka ria sahaja
Dia memahami kita...
Tapi kita sukar untuk menoleh dan tunduk pada-Nya
Kemudian,
Dia memberi petunjuk pada kita
"Dan katakanlah:"Ya Tuhanku, berilah ampun dan berilah rahmat yang paling baik.amin