Series of Sirr
Saturday, January 1, 2022
Saturday, October 30, 2021
Series
Saturday, June 26, 2021
Ladies Talk
Niatkan perjalanan hidup ini kerana Allah. Dalam perjalanan ini kadang-kala kita terlupa akan niat utama kehidupan kita; bertaqwa kepada Allah dan mencari redha Allah. Kerana akhir perjalanan hidup kita ini matlamat kita hanya satu: Syurga.
Allah mengetahui apa yang kita kerjakan; Allah sentiasa memerhatikan perbuatan baik dan buruk kita.
Ibrah dari surah Al-Hasyr, 59: 18-20
Monday, June 29, 2020
Jom kerja
Wednesday, May 13, 2020
Hidup
Wednesday, January 1, 2020
Permulaan 2020
Tuesday, November 19, 2019
Inilah Memori Kita
17.11.2019
Hari kedua
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah kasih sayang-Nya, tiada kecederaan dalam melainkan tisu lembut bahu kanan yang lari daripada kedudukan asal. Dahi, hidung dan bibir telah doktor jahit kerana luka yang dalam dan untuk menghentikan darah yang mengalir.
Bicaramu sedikit kerana luka di bahagian mulut. Makan dan minummu sukar. Namun dikau gagahi juga demi kesembuhan diri.
'Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan-mu yang kamu hendak dustakan?'
Telah banyak yang Dia berikan, dan sedikit yang ditarik tetap memberi peritnya melalui ujian ini. Barangkali ini juga sebahagian hikmah dan peringatan buat kami.
Benar, perjalanan menuju kesembuhan yang total bukanlah suatu yang mudah. Sehingga ini, masih lagi terasa seperti dalam mimpi yang ngeri. Doa dan sokongan amat diperlukan dan aku bersyukur pada sahabat handaimu yang mampir memberi semangat dan kekuatan buatmu. Majikan dan rakan kerja yang banyak memudahkan urusan. Ini juga nikmat Tuhan pada hamba-hambanya yang kerdil.
Mendengarkan peristiwa itu daripada dirimu sendiri, aku membayangkan apa yang dikau lalui. Ya Tuhan kami, kupohon lindungan-Mu kepada keluarga ku.
Menjagamu bukanlah suatu yang membebankan. Menjagamu adalah penghormatan buatku. Teruslah kuat bersama-sama, sayang. Insya Allah kita bisa lalui bersama. Dan pabila kita melihat kembali kisah ini di masa hadapan, semoga kita mampu tersenyum syukur kerana terpilih melalui ujian ini. Kerana Allah hadirkan insan-insan yang prihatin dalam hidup kita. Kerana Allah sayangkan kita untuk hidup lebih teguh bersama bergantung pada Dia.
Ujian ini ternyata berat tika ini, barangkali terlihat ringan di masa hadapan. Semoga kita tiba pada masa itu dengan redha dan syukur.
Menulis dalam mencari hikmah yang tersembunyi di setiap ujian dan nikmat-Nya
Inilah Memori Kita